Bibliografi Dialek Melayu di Pulau Sumatera

JAMES T. COLLINS merupakan ahli linguistik terkemuka dalam bidang linguistik komparatif, leksikografi dan sosiolinguistik. Bidang pengkhususan Collins meliputi bahasa-bahasa Melayo-Polinesia dan memberi sumbangan yang amat besar kepada bidang pengajian Austronesia.

DBP (Cetakan Kedua, 2021)
207 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM30.00

In stock

Bibliografi Dialek Melayu di Pulau Sumatera disusun untuk memupuk perhatian terhadap kepelbagaian dialek Melayu yang terdapat di Pulau Sumatera. Penghasilan bibliografi ini memberikan gambaran tentang peluang penggunaan bahasa Melayu yang bukan sahaja mencerminkan peranannya sejak dahulu kala di Pulau Sumatera malah melambangkan keagungan bangsa dan bahasa Melayu di seluruh Nusantara. Projek penyusunan dan penulisan sejarah bahasa Melayu mengandungi empat fasa pelaksanaan. Satu daripada fasa tersebut 1alah penerbitan sin monograf, termasuklah Bibliografi Dialek Melayu di Pulau Sumatera mi.

Penyusunan bibliografi ini menampilkan rujukan semua tulisan tentang semua dialek Melayu yang dituturkan di Pulau Sumatera yang terbit sehingga tahun 1991. Di dalamnya bukan hanya tercakup daftar kata dan esei linguistik, tetapi dimuatkan juga tulisan tentang adat istiadat, pertukangan tradisi, flora dan fauna, serta karya sastera yang diwamai dialek Melayu.

Pulau Sumatera yang megah dan luas itu sudah lama termasyhur dalam sejarah dunia. Sejak 1400 tahun lalu, biksu dan biarawan Cina berulang kali menyebut Sumatera sebagai pusat ilmu agama Buddha dan pengkajian tatabahasa Sanskerta. Dalam perjalanan menziarahi tempat-tempat sakral Buddha di India, mereka dinasihati menyinggahi bandar dan pusat pengkajian Buddha itu di Sumatera Selatan. Lihat sahaja ringkasan laporan I-ching (I-tsing) tentang lawatannya di Palembang selama enam bulan pada tahun 671. Sesungguhnya kekuatan dan kecemerlangan Srivijaya di Sumatera Selatan serta sistem perdagangan dan pemerintahan yang utama di Asia Tenggara sudah sejak 1000 tahun lalu didokumentasikan dalam kitab dan arkib Arab, Parsi dan Cina.

Maka, tidak menghairankan bahawa prasasti Melayu yang tertua ditemukan di Sumatera. Di sekitar Palembang, yakni di Kedukan Bukit dan Talang Tuwo, dan di Pulau Bangka di seberang selat dari Sumatera dekat Palembang, juga terdapat batu-batu bertulis dalam bahasa Melayu yang tertua; kesemuanya dipahat pada abad ketujuh, iaitu antara tahun 683 dengan 686. Adanya prasasti dalam bahasa Melayu yang beraksara Pallava dan berumur 1300 tahun itu harus diakui sebagai bukti kebesaran kerajaan-kerajaan Sumatera dan peranan bahasa Melayu dalam tamadun itu.

Nescaya, dapat diperkirakan bahawa penggunaan bahasa Melayu di Sumatera sejak lebih 1300 tahun lalu mempengaruhi kepelbagaian bahasa dan dialek di sana. Maksudnya, jangka waktu yang panjang itu, dengan sendirinya memungkinkan perbezaan dalam penggunaan dan fungsi bahasa Melayu.

Tambahan lagi, jumlah penutur dialek Melayu di Sumatera sangat besar. Kini lebih kurang 35 juta orang tinggal di Sumatera. Daripada jumlah yang sebesar itu, kira-kira 65.7% atau 23 juta orang adalah penutur dialek Melayu sebagai bahasa ibundanya. Namun, dalam jumlah 23 juta orang itu tiada sesuatu dialek yang mencapai majoriti. Dialek yang terbesar memang dialek Minangkabau dengan lebih kurang 6 juta orang penutur. Tetapi angka itu pun hanya mencapai sekitar seperempat daripada jumlah semua penutur dialek Melayu di Sumatera. Tiada dialek lain dengan jumlah penutur yang sebanyak sejuta. Maka, kalau ditinjau daripada segi demografi sahaja dapat diduga bahawa jumlah dialek Melayu semestinya besar sekali.

Lamanya digunakan bahasa Melayu di Sumatera serta jumlah penggunanya menyebabkan wujudnya sejenis jaringan dialek Melayu yang cukup rencam. Kalau keadaan sosiologi bahasa ditinjau pula, kenyataan itu makin jelas. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa diraja di beberapa daerah bekas kerajaan, dan sehingga kini bahasa Melayu dalam bermacam-macam bentuk dialeknya tetap berfungsi sebagai bahasa sastera, misalnya di daerah Minangkabau dan di lembangan Sungai Musi di Sumatera Selatan. Bahasa Melayu berperanan juga sebagai bahasa urban, baik di bandar purba seperti Palembang, Baros dan Sibolga mahupun di bandar moden di kawasan perminyakan, seperti Dumai, atau di kawasan perladangan getah, seperti Medan.

Fungsi bahasa Melayu di istana dan bandar Sumatera diimbangi dengan fungsinya di kampung dan pedalaman Sumatera. Kedua-dua tebing kebanyakan sungai di pulau itu padat dengan desa dan pekan yang berpenghunikan penutur asli Melayu. Musi, Ogan, Batanghari, Kampar, Inderagiri, Siak, Rokan—deretan nama sungai-sungai ini, yang sekan-akan berderau bagaikan aliran deras di hulunya, mencerminkan keagungan bahasa Melayu di Sumatera. Peninggalan purba, baik candi Hindu-Buddha mahupun megalit pra-Hindu, yang tersebar di seluruh wilayah Melayu Sumatera, menandakan tuanya penyebaran Melayu sampai ke pergunungan. Masyarakat Melayu itu berbeza-beza. Umumnya, penutur dialek Melayu itu beragama Islam dan mendiami kampung tetap dengan pekerjaan selaku pesawah, pekebun dan nelayan.

Tetapi banyak juga suku terasing yang berbahasa Melayu sebagai bahasa ibundanya. Suku Kubu, Sokop, Labu dan Sakai serta Orang Laut, Orang Darat, Orang Sekah dan Orang Lom berdialek Melayu, walaupun kebanyakannya menganuti kepercayaan animisme dan, bahkan, ada yang masih mengikuti cara hidup meramu dan berpindah-pindah di hutan dan di laut. Selain itu, terdapat juga beberapa kawasan peralihan antara kebudayaan Melayu dengan kebudayaan Batak. Di kawasan peralihan itu biasanya penduduk yang beragama Islam berdialek Melayu tetapi ragamnya itu dipengaruhi bahasa Batak. Hal ini wujud di beberapa daerah di sebelah timur Sumatera bahagian utara. Seharusnya kita insaf akan kepelbagaian dialek daerah dan sosial di Sumatera dan juga akan keterikatan semua ragam dan dialek itu di dalam suatu jaringan yang luas dan rumit. Sememangnya, kerumitan itu mencabar segala usaha bibliografi tentangnya.

Kata Pengantar
Prakata
Pendahuluan

Pengenalan dan Latar Belakang
Tujuan dan Cakupan
Perihal Susunan dan Penggunaan
Nota

Bibliografi Dialek Melayu di Pulau Sumatera

I. Aceh
II. Medan
III. Batak
IV. Sibolga
V. Rawa
VI. Rokan
VII. Siak
VIII. Lubu
IX. Minangkabau
X. Kampar
XI. Inderagiri
XII. Kuantan
XIII. Talang
XIV. Kerinci
XV. Jambi
XVI. Kubu
XVII. Muko-muko
XVIII. Rawas
XIX. Musi
XX. Sumatera Tengah
XXI. Bangka Hulu
XXII. Ogan
XXIII. Palembang
XXIV. Bangka
XXV. Orang Lom
XXVI. Orang Laut
XXVII. Belitung

Rujukan
Indeks Nama Penulis

Weight0.28 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.