Ilmu Tatabahasa Arab di Alam Melayu: Kemunculan dan Perkembangan menerokai sejarah tatabahasa Arab di Alam Melayu serta naratif perkembangannya berdasarkan sumber-sumber sejarah dan sastera yang jitu. Buku ini mempunyai tahap keaslian dapatan yang tinggi bagi memberi perspektif baharu tentang hubungan erat antara bahasa Melayu dengan bahasa Arab, bukan hanya pada kata pinjaman dan istilah agama, malah juga pada aspek binaan teori tatabahasa Melayu abad ke-19. Ilmu tatabahasa Arab dianggarkan telah diajar sejak abad ke-15 di Alam Melayu. Tradisi pengajian ini berkembang pesat hingga tersebar ke pulau-pulau utama Nusantara. Setelah beberapa abad konvensi ini berterusan, menggunakan rujukan dan kaedah-kaedah tertentu, maka lahirlah sebilangan ilmuwan Melayu yang mampu berkarya dalam bidang tatabahasa pada abad ke-19. Terdapat dua kaedah penerapan ilmu tatabahasa Arab dalam kalangan bangsa Melayu. Pertama, dengan menghasilkan tulisan bermutu bagi memudahkan pelajar Melayu mempelajarinya. Gerakan ini terjadi di kota Makkah, dengan ulama-ulama Melayu, seperti Nawawi Banten dan Ahmad al-Fatani bergiat aktif dalam bidang pendidikan Islam. Kedua, dengan menjadikan ilmu tatabahasa Arab sebagai asas kebangkitan budaya persuratan Melayu menerusi pembinaan teori tatabahasa Melayu berdasarkan teori tatabahasa Arab seperti yang dapat dilihat pada sebilangan karya Raja Ali Haji.
Ilmu Tatabahasa Arab di Alam Melayu: Kemunculan dan Perkembangan
AMER HUDHAIFAH HAMZAH adalah pensyarah kanan di Jabatan Bahasa Arab dan Bahasa Timur Tengah, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.
Penerbit UM (Cetakan pertama, 2023)
140 halaman termasuk Rujukan dan Indeks
RM50.00
In stock
Senarai Rajah
Senarai Jadual dan Graf
Senarai Gambar
Jadual Transliterasi
Kata Pengantar
Prakata
1. Tatabahasa Arab di Timur Tengah
2. Masalah Rekonstruksi Sejarah Tatabahasa Arab di Alam Melayu
3. Sistematika Pensejarahan Tatabahasa Arab di Alam Melayu
4. Islamisasi, Bahasa Arab dan Ketibaan Tatabahasa Arab di Timur Jauh
5. Kemunculan Tatabahasa Arab di Timur Jauh
6. Perkembangan Pengetahuan Tatabahasa Arab dalam Kalangan Orang Melayu Pada Abad Ke-17 dan 18 Masihi
7. Penyebaran Tatabahasa Arab ke Wilayah-wilayah lain di Asia Tenggara
8. Tatabahasa Arab dalam Kalangan Orang Melayu Pada Abad ke-19 dan Abad ke-20
9. Tokoh Pengarang Melayu dalam Bidang Tatabahasa Arab di Timur Tengah
10. Kesimpulan
Lampiran
Rujukan
Indeks
Weight | 0.26 kg |
---|---|
Dimensions | 22.7 × 15.1 × 0.9 cm |
Author(s) | |
Format | |
Language | |
Publisher | |
Year Published |
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet