Warisan Tradisional dan Kebudayaan Suku Kaum Dusun Ranau

Penulisan bersama SIAW YAN-LI, AZMAWATY MOHAMAD NOR dan AWANG AZMAN AWANG PAWI

Penerbit UM (Cetakan pertama, 2023)
xv + 93 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM48.00

In stock

Warisan Tradisional dan Kebudayaan Suku Kaum Dusun Ranau memerikan khazanah tradisi warisan dan adat istiadat suku kaum Dusun di Ranau, Sabah berdasarkan kajian lapangan yang dijalankan selama dua tahun bersama narasumber tempatan. Di samping itu, buku ini memberi pengenalan berkenaan dengan keistimewaan tradisi warisan bagi penduduk peribumi dan sejagat umumnya serta khusus kepada budaya kearifan tempatan di Sabah. Hasil kajian lapangan ini berupaya menjadi rujukan kepada generasi yang akan datang dalam konteks keunikan tradisi dan budaya penduduk peribumi di Malaysia terutama bagi suku kaum Dusun di Ranau, Sabah.

Adat tradisional dan budaya adalah bahagian daripada kepercayaan, pengetahuan atau tingkah laku yang diwarisi daripada satu generasi kepada generasi yang lain dalam sekelompok manusia. Adat tradisional sesebuah masyarakat melibatkan budaya, nilai, kepercayaan, peraturan dan bahasa yang unik dan tersendiri. Amalan hidup yang unik ini membentuk kebanggaan dan identiti masyarakat terutama dalam kalangan penduduk minoriti peribumi. Walau bagaimanapun, pemodenan dan perbandaran menghakis dan mengancam kelestarian budaya tradisional penduduk peribumi. Sehubungan itu, adalah penting untuk mendokumentasikan dan menilai kritis keunikan tradisi dan budaya penduduk minoriti peribumi agar menjadi rujukan zaman.

Prakata
Penghargaan

1. Penduduk Peribumi
Adat Tradisional Penduduk Peribumi
Penduduk Peribumi di Asia Tenggara
Kumpulan Peribumi Abui di Indonesia
Kumpulan Peribumi Katu di Vietnam dan Laos
Kumpulan Peribumi Maniq di Thailand
Sejarah Orang Asli di Malaysia
Keunikan Warisan Budaya Orang Asli di Malaysia
Kepercayaan Orang Asli
Nilai-Nilai Murni
Pantang Larang
Tarian dan Kraf Tangan

2. Peribumi di Malaysia
Populasi di Malaysia
Agama, Budaya dan Bahasa di Malaysia
Peribumi di Semenanjung Malaysia
Semang/Negrito
Senoi
Proto-Malay (Aboriginal Malay)
Peribumi di Malaysia Timur
Peribumi Sarawak
Peribumi Sabah

3. Suku Kaum Dusun di Ranau, Sabah
Kajian Lapangan di Ranau
Daerah Ranau di Sabah
Keindahan Daerah Ranau
Asal Usul Suku Kaum Dusun
Legenda Nunuk Ragang
Kepercayaan Kedatangan dari Keturunan Negara China
Mutiara Gunung Kinabalu
Asal Usul Nama Dusun
Catatan Khas

4. Kepercayaan Suku Kaum Dusun
Mengemborongoh Sebagai Kepercayaan Dusun
Kepercayaan Ketuhanan
Kepercayaan Kewujudan Roh
Sindaat
Amalan Mengemborongoh
Perkembangan Kepercayaan
Pemodenan

5. Adat Istiadat Suku Kaum Dusun
Adat Perkahwinan Suku Kaum Dusun
Pertama: Tinjauan (Risikan)
Kedua: Melamar (Meminang)
Ketiga: Melangsungkan (Hantaran)
Keempat: Upacara Perkahwinan (Nikah)
Catatan Khas
Adat Kematian Suku Kaum Dusun
Pemberitahuan
Pengebumian
Selepas Pengebumian
Bobolian
Cara Memahami Masyarakat Dusun
Temu Bual: Asal Usul Suku Kaum Dusun
Kepercayaan
Hukuman Buang Kampung

6. Asal Usul Bahasa Suku Kaum Dusun
Penyelidik Tempatan
Temu Bual bersama-sama Penyelidik Tempatan
Dialek dan Etnik Dusun Ranau
Dusun Liwan
Dusun Bundu
Dusun Tompulung
Dusun Tinagas
Dusun Sogiltan
Dusun Talantang
Catatan Khas: Etnik Sagamo dan Lobu

7. Reka Bentuk Perumahan Suku Kaum Dusun
Tinjauan Bersama-sama Ketua Bombon di Kampung Marakau
Reka Bentuk Perumahan
Pandangan dan Rekaan Luar
Struktur Bertangga
Fungsi Loteng
Dapur

Rujukan
Indeks

Weight0.172 kg
Dimensions22.7 × 15.1 × 0.6 cm
Author(s)

, ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.