Intelektualisme dalam Wacana Persuratan Baru: Suatu Bacaan Kritis terhadap Novel-novel Sasterawan Negara Anwar Ridhwan

NUR FATIHA FADILA ABU BAKAR ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Wadi al-Irfan (Cetakan pertama, 2024)
xiii + 335 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM55.00

In stock

ISBN: 9789672422495 Product ID: 40004 Subject: Sub-subjects: , ,

Intelektualisme dalam Wacana Persuratan Baru: Suatu Bacaan Kritis terhadap Novel-novel Sasterawan Negara Anwar Ridhwan mempermasalahkan soal percanggahan pendapat dalam kalangan sarjana dan pengkritik sastera terhadap aspek intelektualisme dalam novel-novel Sasterawan Negara kesepuluh, Anwar Ridhwan. Dari satu sisi, terdapat kecenderungan yang jelas memperakukan adanya nilai-nilai intelektualisme yang tinggi dalam novel-novel sastera-wan negara ini, manakala pada sisi yang lain terdapat keraguan dan pertikaian dakwaan tentang adanya nilai-nilai intelektualisme dalam karya-karya beliau. Wujudnya dua kutub pandangan yang saling bertentangan ini mengundang beberapa persoalan penting dan relevan.

Antaranya, apakah benar karya-karya beliau sarat dengan ‘intelektualisme’, seperti yang diperakukan oleh sekumpulan sarjana dan pengkaji sastera? Sekiranya benar, apakah yang dimaksudkan dengan ‘intelektualisme’, yang dianggap dimanifestasikan dalam karya-karya beliau? Sehubungan itu juga, bagaimanakah pula dengan hujah-hujah sarjana dan pengkaji sastera yang meragui ‘intelektualisme’ karya-karya beliau ini? Dalam konteks pertentangan ini, pandangan pihak yang mana dapat dipertanggungjawabkan terutamanya dari segi penghujahan akademik? Buku ini berusaha untuk merungkaikan persoalan-persoalan ini dengan memberikan fokus terhadap soal ‘intelektualisme’ dalam karya-karya Sasterawan Negara Dato’ Dr. Anwar Ridhwan.

Bicara Pengarang
Pengenalan

1. Anwar Ridhwan Sebagai ‘Sasterawan Intelektual’
2. Persuratan Baru dalam Kesusasteraan Melayu Moden
3. Intelektualisme dalam Novel-novel Anwar Ridhwan
4. Penemuan dan Kesimpulan

Daftar Rujukan
Daftar Kata
Tentang Pengarang

Weight0.4 kg
Dimensions21.5 × 14 × 2.5 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.