Menyanggah Belenggu: Kerancuan Fikiran Masakini

AZHAR IBRAHIM ialah felo pelawat di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (NUS)

SIRD (Cetakan pertama, 2016)
266 halaman termasuk Bibliografi

RM38.00

Only 1 left in stock

Menyanggah Belenggu: Kerancuan Fikiran Masakini merungkai permasalahan bangsa dengan mengangkat sejarah dan mengekalkan nilai adab dan adat Melayu. Kerancuan fikiran yang wujud dalam masyarakat dan individu adalah penghalang utama bagi membangunkan masyarakat yang berakal sihat, waras, beradab, bermartabat dan seimbang. Pemikiran yang rancu itu boleh kita sifatkan sebagai pola pemikiran yang kusut, kabur, kalut dan kelam kabut. Kerancuan fikiran wujud dan bertahan kerana rapuh atau punahnya akal sihat, renungan berhemah, rasa pertanggungjawaban akan kesan dan akibat, persekongkolan dengan anasir yang regresif serta mundurnya cara berfikir yang tertutup dan berdegil bahawa ia sahaja yang benar dan betul. Kerancuan fikiran bisa datang dari pelbagai penjuru dan bisa terjelma dalam pelbagai bentuk, tempat dan masa. Ia bukan datang tidak semena-mena, tetapi lahir dari cara berfikir dan tindak tanduk manusia, yang mungkin disebabkan kejahilan, keangkuhan, kelekaan, ketidakmatangan, kemaruk akan kuasa dan banyak lagi.

Kerancuan fikiran kian subur kerana pernanahan idea yang kusut dan gerak fikiran yang berkarat dengan sentimen autoritarian, prejudis, rasis, fasis, fundamentalis, seksis serta pelbagai rencam fikiran yang regresif sifatnya. Kerancuan fikiran seperti ini disebabkan keterabaian dan kedegilan dalam memahami realiti sosial, politik dan ekonomi. Ia tidak dapat memahami apakah yang terbaik untuk kemaslahatan bersama. Di saat kita berbicara tentang kewarganegaraan yang adil, terjamin haknya dalam perlembagaan, ada pula yang melatah membicara tentang kewatanan atau kedaulatan etniknya dengan singgahsana ketuanannya. Di saat kita membicarakan perlunya ditegakkan perlembagaan agar semua hak warga terjamin, ada pula yang asyik membicarakan kitab sucinya saja menjadi perlembagaan yang utuh; di saat kita membicarakan kesejahteraan ekonomi untuk semua, khasnya yang miskin melarat, mereka sombong membicarakan hak keistimewaan yang tidak boleh dilentur. Kerancuan fikiran seperti ini sangat-sangat terparah lagi apabila suara-suara yang tersumbang ini cepat mendabik dada bahawa mereka pembawa panji Islam rahmatan alamin dan kedaulatan rakyat untuk semua dalam kesatuan itu dan ini.

Sekapur Sirih

Pengenalan – Darihal Sejarah yang Membebaskan

1. Humanisme dan Feudalisme Melayu: Sanggahan Pemikiran dan Nilai dalam Sejarah
2. Orientalisme dalam Pengajian Melayu
3. Adat dan Adab: Sekilas Pemikiran Pujangga Raden Ngabehi Ranggawarsita dan Raja Ali Haji
4. Sejarah Rakyat: Pemberdayaan Melawan Cita Bencana
5. Pedagogi Pemberdayaan Identiti dan Multikulturalisme
6. Budaya kKritik dalam Pengajian Melayu: Antara Kefetishan Akademia dan Pencerahan Awam
7. Sains Sosial dan Pengajian Melayu
8. Sastera dan Seni dalam Jagat dan Jerat Neoliberalisme
9. Wacana Melayu Baru: Antara Idealisme dan Perancangan
10. Aksara dan Bahasa untuk Cita Sempurna Manusia Melayu

Epilog – Membina Generasi yang Menyuburkan Tradisi dan Sejarah

Bibliografi

Weight0.440 kg
Dimensions22.7 × 15.2 × 1.5 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.