Hikayat Kelana Sita Kembara

Ditransliterasi oleh WAN KHAIROSLINDA WAN MOHD KHAIRI

DBP (Cetakan pertama, 2023)
xlix + 382 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM48.00

In stock

ISBN: 9789834941024 Product ID: 41312 Subject: Sub-subjects: , ,

Hikayat Kelana Sita Kembara merupakan salah satu koleksi cerita panji yang ada dalam simpanan Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Buku ini memuatkan transliterasi keseluruhan teks yang dialih huruf daripada huruf Jawi kepada huruf Rumi tanpa mengubah sebarang aksara dan gaya penceritaan. Berdasarkan proses transliterasi yang dilaksanakan secara teliti, maka isi kandungan naskhah hikayat in dapat difahami dengan mudah. Buku ini turut merungkai deskripsi naskhah yang meliputi nombor kelas, asal naskhah, fizikal naskhah, ikhtisar teks, sistem ejaan dan aspek bahasa sebagai panduan para pengkaji dan peminat sastera tradisional.

Cerita panji Hikayat Kelana Sita Kembara mengisahkan pengembaraan anak Menteri Angkuripan Empat Bersaudara, iaitu Sira Panji atau nama sebenarnya Raden Panji Indana Asmara, Bangbang Darma Sutera, Misa Lara Nestapa dan Raden Carangtinangluh yang telah terpisah daripada adik beradik masing-masing dan juga isteri serta anak-anak mereka. Perpisahan antara Sira Panji empat bersaudara dengan isteri masing-masing dan anak mereka berlaku berikutan perjanjian Sang Nata Daha untuk membayar kaul kepada para dewa setelah memperoleh putera tidak ditunaikan dan kemudiannya membawa bencana kepada keluarga Sang Nata Gagelang, Kuripan, Lasem, Daha, dan Bali.

Pendahuluan
Deskripsi Naskhah Hikayat Kelana Sita Kembara
Ikhtisar Teks Hikayat Kelana Sita Kembara
Ciri-ciri Cerita Panji
Sistem Ejaan
Aspek Bahasa
Kesimpulan

Transliterasi Teks Hikayat Kelana Sita Kembara
Catatan Teks

Glosari
Bibliografi
Indeks

Weight0.52 kg
Dimensions21.5 × 14 × 2 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.