Sastera: Pengalaman, Ilmu, Imaginasi dan Kitarannya

SHAHNON AHMAD (1933–2017) adalah seorang penulis Malaysia yang mendapat gelaran Sasterawan Negara pada 1982 serta merupakan bekas Ahli Parlimen. Beliau juga merupakan seorang Profesor Emeritus di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

DBP (Cetakan Pertama, 1994)
161 halaman termasuk Indeks

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM20.00

In stock

Sastera: Pengalaman, Ilmu, Imaginasi dan Kitarannya merupakan sebuah bingkisan dan kritik Shahnon Ahmad mengenai sastera dan sasterawan, para pengkarya dan alatnya dalam menghasilkan karya mereka. Kesusasteraan adalah keperihalan manusia. Kesusasteraan adalah seni yang indah yang diungkapkan melalui bahasa yang indah. Kesusasteraan adalah wahana luahan hasrat seni manusia, kesusasteraan adalah cerminan akal budi manusia yang luhur. Untuk mencapai ketinggian rasa seni sastera, sasterawan harus membicarakan manusia dengan segala macam keperihalannya. Kesusasteraan harus memanusiakan manusia. Tanpa (zonder) kemanusiaan, kesusasteraan tidak akan membekas dan memberi makna apa-apa. Demikianlah pandangan Shahnon Ahmad dalam bukunya dan ia tetap memperkukuh weltanschauung beliau terhadap manusia dan kemanusiaan yang terpancar dalam karya sastera. Pernyataan tentang sastera dengan segala macam kitarannya, teorinya, kritikannya dan disiplin bantunya tetap segar dalam mengungkapkan erti kesusasteraan dalam kehidupan. Sindirannya cukup tajam terhadap teori Barat kontemporari yang sedang berpengaruh di tanah air, dapat mendorong pembaca untuk ikut serta mencari suatu formula tentang teori sastera Melayu.

Perihal proses penciptaan karya sastera pasti sahaja berlainan coraknya dengan penyelidikan ahli akademik yang mungkin secara tidak sedar memasukkan juga pengalaman mesranya tetapi secara sedar berusaha untuk menyingkirkan pengalaman jenis itu yang dianggapnya sarat dengan emosi, fantasi dan imaginasi. Ketiga-tiga hal ini diterimanya sebagai anti-akademik pula meskipun diyakini bahawa dari segi kemanusiaan, emosi, fantasi dan imaginasi juga merupakan ciri-ciri kemanusiaan yang sebenar. Lebih-lebih lagilah aspek imaginasi dan emosi yang sekali gus mempunyai peranan yang sama pentingnya dengan pengalaman dan ilmu bagi sasterawan tetapi tidak bagi ahli akademik. Sasterawan memang tidak memadai hanya dengan pengalaman sahaja walaupun dia mempunyai banyak pengalaman yang mesra dan sebati dengannya. Pengalaman perlu diolah, dikembangkan, diasosiasikan dengan pelbagai perihal lain dalam perspektif yang lain. Pengalaman perlu diletakkan dalam iklim yang diimaginasikan, dalam ruang dan tempat yang dikhayalkan. Hal ini memerlukan daya imaginasi yang kuat dan rancak bagi sasterawan. Itulah sebabnya saya memberi penekanan bahawa sasterawan perlu banyak pengalaman, perlu banyak ilmu yang diambil daripada orang lain yang terdahulu daripadanya dan yang sama pentingnya, dia perlu kuat berimaginasi. Tanpa ciri imaginasi yang kuat sasterawan tidak akan galak berkreatif, tidak akan berani menjadi eksperimentalis yang amat dituntut dalam dunia kreativiti. Karyanya tidak akan hidup dan halus. Dia sendiri hanya sekadar menjadi tukang susun cerita sahaja kerana tidak adanya kemampuan berimaginasi.

Pendahuluan

1. Fiksyen Konvensional, Fiksyen Non-Konvensional
2. Apa Lagi Kalau Bukan Keperihalan Kemanusiaan
3. Tahap Kelainan antara Cereka Budaya Tinggi, Budaya Popular dan Budaya Picisan
4. Penyakit dalam Karya Sastera
5. Tokoh dan Ketokohan
6. Apresiasi Karya Sastera
7. Jenis atau Kategori Fiksyen
8. Cereka Melayu ala Nouveau Roman: Realisme Tanpa Idealisme
9. Proses Kreatif: Kesegalaannya Berpusatkan Insan
10. Kesusasteraan yang Berilmu
11. Dari Sini Hendak ke Mana?
12. Sastera untuk Membangunkan Mental Bangsa
13. Apabila Kita Bertemu

Indeks

Weight0.190 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1 cm
Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.