Etnosentrisme dalam Syair-Syair Perang Melayu-Belanda

ZUBIR IDRIS adalah Pensyarah Kanan di Program Persuratan Melayu, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang kepakaran ialah Kesusasteraan Melayu Tradisional dengan pengkhususan kajian manuskrip Melayu dan Historiografi Melayu Tradisional.

Penerbit UKM (Cetakan Kedua, 2017)
248 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

In stock

If you purchase this book you will earn 7 points worth of RM0.70!

Etnosentrisme dalam Syair-Syair Perang Melayu-Belanda mengkaji konsep etnosentrisme yang diperkenalkan oleh William Graham Sumner dengan meneliti karya-karya syair sejarah oleh pengarang silam Melayu, yang mempunyai sifat khususnya yang istimewa dan tersendiri.

Kedatangan kolonial Barat di Alam Melayu seperti Portugis, diikuti Belanda, Sepanyol dan Inggeris sesungguhnya telah mencetuskan konflik yang berpanjangan di antara pihak penjajah dan masyarakat peribumi, yang akhirnya membawa kepada peperangan sebagai kemuncak respons. Karya-karya pensejarahan Melayu (historiografi Melayu) merakam dan mengabadikan bagaimana etnik peribumi Melayu Nusantara berjuang menentang penjajah bagi mempertahankan Tanah Air mereka. Melalui karya-karya syair sejarah/syair perang (contohnya seperti Syair Perang Mengkasar, Syair Peperangan Aceh dan Syair Perang Menteng yang mewakili etnik Melayu Nusantara umumnya), luapan etnosentrisme anak watan diterjemahkan dalam pelbagai aspek sama ada bersifat spiritual, mental mahupun fizikal bagi menghadapi pihak musuh.

Karya-karya pensejarahan Melayu umumnya terbahagi kepada dua bentuk; prosa dan puisi (syair). Karya-karya yang berbentuk prosa secara umumnya memerihalkan sejarah sesebuah kerajaan sebelum kedatangan kuasa Barat. Bahagian permulaan cerita biasanya diperkayakan dengan campuran mitos, dongeng dan imaginasi untuk memperjelaskan tentang rasional kewujudan atau asal usul pembukaan negara kota dan juga asal usul jurai keturunan raja, manakala pada bahagian akhir penceritaan, pengkisahan lebih bersifat faktual. Contohnya seperti Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin), Hikayat Merong Mahawangsa, Misa Melayu, Hikayat Raja-Raja Pasai, Hikayat Banjan Hikayat Acheh, dan sebagainya.

Karya-karya yang berbentuk puisi pula lebih banyak menceritakan kisah-kisah selepas kedatangan Barat. Karya-karya yang berbentuk puisi lebih bersifat “catatan semasa” (chronicle), yang mengisahkan tentang sesuatu peristiwa yang tidak memakan ruang waktu yang panjang. Penceritaan dalam syair tidak lagi menggemblengkan unsur-unsur mitos dan dongeng, sebaliknya berdasarkan peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku dalam sejarah sesuatu masyarakat. Contohnya adalah seperti Syair Perang Mengkasar, Syair Peperangan Aceh, Syair Sultan Maulana, Syair Perang Johor, Syair Perang Siak, Syair Perang Menteng, Syair Perang Inggeris di Betawi dan lain-lain.

Faktor maruah, semangat cintakan tanah air, ikatan setia antara raja-rakyat, semangat patriotisme yang tinggi serta pegangan yang teguh terhadap ajaran agama yang dimanifestasikan melalui jihad fisabilillah adalah ciri-ciri asas yang membina dan membangunkan etnosentrisme Melayu. Pengalaman berabad-abad lamanya ditakluk dan dikuasai penjajah sesungguhnya telah menyediakan satu ruang dan kesempatan kepada pengarang-pengarang silam Melayu untuk membangkitkan kesedaran dan ingatan kepada generasi mendatang tentang sejarah perjuangan nenek moyang mereka.

Melalui sentuhan pengarang silam ini, etnosentrisme etnik Melayu diangkat bagi menyerlahkan wibawa dan keunggulan masa silam yang pernah dimiliki oleh leluhur mereka, dan seterusnya ‘dikembalikan’ kepada masyarakat yang diwakilinya.

Weight 0.374 kg
Dimensions 22.8 × 15 × 1.3 cm
Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Etnosentrisme dalam Syair-Syair Perang Melayu-Belanda”

Your email address will not be published. Required fields are marked *