Idealis: Syed Hamid Albar

Penulisan bersama NOOR HASILAH ISMAIL dan FIRDAUS ZAINAL

ILHAM Books (Cetakan pertama, 2024)
xix + 194 halaman termasuk Bibliografi

RM55.00

In stock

ISBN: 9789670067179 Product ID: 42875 Subject: Sub-subjects: , ,

Idealis: Syed Hamid Albar mengisahkan sebuah kisah perjalanan kehidupan Syed Hamid Albar dan keterlibatan diri beliau dalam dunia politik tanah air. Permulaan cerita mengisahkan sosok tubuh yang dikenali ramai, ayahandanya Jaafar Albar yang mempunyai kewibawaan yang tinggi dan perjuangan dalam menegakkan hak-hak orang Melayu dalam UMNO. Ketegasan yang dibawa oleh beliau memberi inspirasi kepada dirinya. Ketika masa kecil, beliau dididik dengan sebaiknya oleh ayahanda dan ibundanya. Beliau mempelajari selok-belok kehidupan yang dilalui oleh ayahandanya. Setelah berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang undang-undang di luar negara, beliau kembali ke tanah air untuk memberi sumbangan semula pada negara.

Beliau memegang beberapa portfolio penting dan kemuncaknya sebagai seorang menteri kabinet. Walaupun dirinya berhadapan dengan pelbagai rintangan, beliau membawa prinsip untuk kekal tenang dan bersikap rasional dengan setiap perkara yang berlaku. Biografi ini mendedahkan jatuh bangun beliau dalam politik terutamanya dalam parti keramat UMNO.

Prolog
Muqaddimah

1. Perjalanan Hidup Penuh Ranjau ‘Singa UMNO’ Demi Agama, Bangsa dan Negara
2. Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau
3. Terjun ke Bidang Politik
4. Kesetiaan Kepada Pemimpin dan Parti
5. Menggalas Amanah Bangsa dan Negara
6. Berani Membelah Badai
7. Memahat Nama di Persada Antarabangsa
8. Berundur dari Politik
9. Masa Hadapan UMNO
10. Syed Hamid di Mata Kenalan

Epilog
Bibliografi

Weight0.336 kg
Dimensions22.8 × 15.4 × 1.2 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.