Ringkasan Riwāyat Hidup al-Khulafā’ al-Rāshidīn

ZA’BA (1895-1973) merupakan pendeta bahasa dan pemikir ulung Melayu abad ke-20.

AJM (Cetakan pertama, 2024)
xxii + 100 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

In stock

ISBN: 9789672422617 Product ID: 42959 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Ringkasan Riwāyat Hidup al-Khulafā’ al-Rāshidīn karangan Za‘ba adalah raqaman kehidupan empat khalifah Rasūlu’Llāh yang dikisahkan secara ikhtiṣār (ringkas). Peribadi dan perjalanan hidup Abū Bakr, ‘Umar, ‘Uthmān dan ‘Ālī dicerita seringkas-padat yang mungkin, dipersembahkan laku perangai sepanjang bersahabat dengan Rasūlu’Llāh, tugas-tugas yang disempurnakan sebagai khalifah dan beberapa pergulatan yang terjadi sepanjang kekhalifahan. Istimewa buku ini ialah gaya bahasa Pendeta Za’ba yang kemas dan tersusun dalam lenggok bahasa Jawi yang indah dini‘mati. Selain itu, buku ini juga dilengkapi nota kaki dengan ta’liq (komentar ringkas) terhadap istilah yang memerlukan keterangan, huraian ringkas peristiwa dan nama-nama tokoh, pembetulan fakta pada beberapa tempat dan catatan kepada sumber ayat-ayat al-Qur’an dan hadith yang Za‘ba ruju‘. Buku ini diterbitkan berdasarkan naskhah bersurat tangan yang didaftarkan di bawah nama Pendeta Za‘ba yang ditemukan di Arkib Negara Malaysia. Catatan Za‘ba pada halaman akhir buku ini menyatakan karangan ini siap pada 2 Julai 1945. Naskhah asli dalam Jawi dilampirkan untuk tatapan pembaca.

Pengantar
Catatan Penyunting
Naskhah Rujukan
Galuran Ringkas Riwayat Hidup Zayn al-‘Ābidīn bin Ahmad (Za‘ba) (1895-1973)

RINGKASAN RIWĀYAT HIDUP AL-KHULAFĀ’ AL-RĀSHIDĪN (YA‘NĪ KHALĪFAH-KHALĪFAH YANG BERJALAN BETUL)

1. Sayyidinā Abū Bakr al-Siddīq
Perjalanan Hidupnya, Laku Perangainya dan Kelebihan-kelebihannya
Keadaan Ia Jadi Khalifah dan Kerja-kerja yang Disempurnakannya

2. Amīr al-Mu’minīn ‘Umar ibn al-Khaṭṭāb
Perjalanan Hidupnya, Laku Perangainya dan Kelebihan-kelebihannya
Keadaannya jadi Khalifah dan Kerja-kerja yang Disempurnakannya

3. Sayyidinā ‘Uthmān ibn ‘Affān
Perjalanan Hidupnya, Laku Perangainya dan Kelebihan-kelebihannya
Keadaannya Jadi Khalifah dan Kerja-kerja yang Disempurnakannya

4. Amīr al-Mu’minīn ‘Alī
Perjalanan Hidupnya, Laku Perangainya dan Kelebihan-kelebihannya
Keadaannya Jadi Khalifah dan Kerja-kerja yang Disempurnakannya
Pesanan Sayyidina ‘Ali kepada Anak-anaknya
Di antara Nasthat-nasihat dan Pengajaran Sayyidina ‘Ali

Daftar Istilah (Glosari)
Daftar Ruju’kan
Daftar Kata (Indeks)

Weight0.195 kg
Dimensions21.5 × 14 × 0.8 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Script

Jawi, Roman

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author