Totem dan Tabu: Persamaan di antara Kehidupan Mental Orang Asli dengan Penghidap Neurosis

SIGMUND FREUD (1856-1939) adalah ahli falsafah, pengasas bidang kajian psikoanalisis, dan juga seorang ahli neurologi berkelahiran Austria.

Terjemahan daripada Totem and Taboo: Resemblances Between the Mental Lives of Savages and Neurotics oleh SYED HAMID ALI

Pipit Press (Cetakan pertama, 2024)
262 halaman

RM35.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9786299933045 Product ID: 43241 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Totem dan Tabu: Persamaan di antara Kehidupan Mental Orang Asli dengan Penghidap Neurosis merupakan kumpulan esei Sigmund Freud yang mengaplikasikan kerja-kerja psikoanalitik ke dalam bidang antropologi, arkeologi, budaya dan seterusnya agama. Diterbitkan pada tahun 1913, karya ini mengandungi empat esei yang diinspirasikan daripada kerja-kerja Wilhelm Wundt dan Carl Jung. Karya ini dianggap sebagai salah satu karya klasik di dalam bidang antropologi, setara dengan karya Edward Burnett Tylor, Primitive Culture (1871), dan juga The Golden Bough (1890) oleh Sir James George Frazer. Dalam karya ini, Freud meneroka konsep totemisme, iaitu kepercayaan tatkalanya sesuatu suku kaum dikaitkan dengan semangat kehaiwanan atau tumbuhan tertentu (totem). Beliau kemudiannya mengaitkan konsep ini dengan larangan terhadap hubungan sumbang mahram, iaitu sebuah larangan yang terdapat dalam kebanyakan budaya.

Teori utama Freud berlegar di sekitar Oedipal Complex, iaitu idea beliau bahawa kanak-kanak lelaki secara bawah sedar menginginkan ibu mereka dan menyimpan perasaan cemburu terhadap bapa mereka. Dengan memprojekkan Oedipal Complex ke zaman purba, Freud mencadangkan kewujudan “kawanan primal” yang mana anak-anak lelaki bekerjasama untuk membunuh dan memakan ketua keluarga yang berkuasa iaitu si bapa. Lantas kemudiannya, anak-anak lelaki tersebut mewujudkan dua struktur sosial utama: totem, iaitu representasi simbolik bapa yang dibunuh, dan larangan sumbang mahram, untuk menghalang anak-anak lelaki masa depan daripada mengulangi perbuatan tersebut. Rasa bersalah dan penyesalan terhadap perbuatan itu membawa kepada perkembangan struktur sosial dan agama, dengan totem menjadi simbol yang dipuja.

1. Ketakutan Orang Asli terhadap Sumbang Mahram
2. Tabu dan Kesamaran Emosi
3. Animisme, Magis dan Kemahakuasaan Fikiran
4. Pengembalian Totemisme di Zaman Kanak-kanak

Nota

Weight0.23 kg
Dimensions17.5 × 12.5 × 1.8 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.