Surat-surat Perempuan Johor karya Faisal Tehrani merupakan sebuah novel cinta, yang mengisahkan cinta dua zaman, cinta antara dua bangsa yang hebat, cinta luhur buat bangsa dan nusa, cinta kepada sejarah dan juga cinta kepada agama. Cinta murni yang membawa kepada Tuhan. Sebuah novel sarat pengajaran, dengan manipulasi bahasa puitis dan arkaik yang seimbang, watak-wataknya menggugah dan mengesankan jiwa. Telusuri warkah dan surat Ungku Hamidah serta Ungku Nur, sulaman pantun dan falsafah, dan hayati episod sejarah berlatar Majalah Ahkam Johor, proses pemodenan Johor oleh Almarhum Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim, hubungan erat Johor dan Turki serta cita-cita mengetepikan sekularisasi sebagai tenaga memulihkan kegemilangan sejarah demi mencapai kemurnian akidah. Semuanya tergambar sebagai sebuah karya epistolari, sesuatu yang langka dalam penulisan sastera Melayu. Salah sebuah karya sastera terbaik Faisal Tehrani, menurut Laporan Panel Penilai Sayembara Menulis Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Dengan membaca novel ini, ideologi tentang kebestarian fikiran pemerintahan Melayu dapat ditegakkan dalam fikiran khalayaknya.
Surat-surat Perempuan Johor
FAISAL TEHRANI (b. 1974) adalah seorang pengarang asal Malaysia. Faisal telah memenangi aneka anugerah sastera dan sering dianggap seorang yang kontroversi lantaran gemar bereksperimen, baik menerusi bentuk ataupun kerana mengetengahkan wacana alternatif dalam karya-karyanya.
Aberdeen (Cetakan kedua, 2008)
viii + 219 halaman
RM40.00
In stock
Weight | 0.213 kg |
---|---|
Dimensions | 18 × 11.5 × 1.2 cm |
Author(s) | |
Format | |
Language | |
Publisher | |
Year Published |
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
More from this Author
- Out of stock
Reviews
There are no reviews yet