Saasatul Ibaad

FAISAL TEHRANI (b. 1974) adalah seorang pengarang asal Malaysia. Faisal telah memenangi aneka anugerah sastera dan sering dianggap seorang yang kontroversi lantaran gemar bereksperimen, baik menerusi bentuk ataupun kerana mengetengahkan wacana alternatif dalam karya-karyanya.

Aberdeen (Cetakan pertama, 2009)
viii + 266 halaman

RM120.00

In stock

ISBN: 9789834215248 Product ID: 43306 Subject: Sub-subjects: ,

Saasatul Ibaad merupakan sebuah novel sejarah karya Faisal Tehrani yang mengambil latar zaman Johor Lama, iaitu sekitar tahun 1688 sehingga 1699, sewaktu peristiwa penyingkiran Tun Abdul Jamil dan pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Saasatul Ibaad yang bermaksud ‘pelaku siasah’ (atau political players) membuka lembaran sejarah Johor Lama yang kurang dimesrai dengan ‘penyingkiran’ Paduka Raja Tun Abdul Jamil. Lantas Bendahara Tun Habib Abdul Majid yang dinafikan peranannya sebagai bendahara selama ini kembali memperolehi kuasa. Menyedari kesilapan Tun Abdul Jamil yang tidak melibatkan Majlis Orang Kaya dalam setiap tindakannya, termasuklah menandatangani perjanjian 1685 dengan Belanda di Melaka; Tun Habib mengambil pendekatan yang lebih berbeza iaitu bersikap lebih diplomatik, yakni dengan cara merundingkan setiap masalah negeri dengan pembesar istana. Tekanan dan sekatan ekonomi yang dikenakan oleh Belanda, ancaman keluarga Paduka Raja Tun Abdul Jamil yang mahu membalas dendam, dan pergolakan di negeri-negeri naungan seperti Minangkabau dan Siak menyebabkan Tun Habib membawa Sultan Mahmud Syah yang masih kanak-kanak ke Kota Tinggi dan mendirikan kerajaan Johor Lama di sana.

Tun Habib menyedari pembesar-pembesarnya yang suka berfoya-foya itu kurang boleh dipercayai, untuk itu beliau mengundang sahabat lamanya Orang Kaya Dato Utama Mahdi Hasan dari Naning sebagai sekutu politiknya. Untuk mengelakkan soal jawab orang kenamaan yang lain, Dato Utama Mahdi Hasan diberi peranan sebagai juru catat atau juru tulis warkah dan perjanjian untuk kerajaan Johor. Kebijaksanaan kedua-duanya telah membolehkan mereka merangka sebuah perjanjian pada tahun 1688, yang mempermain-mainkan Belanda di Melaka. Pihak Belanda yang menyangka mendapat keuntungan di sebalik perjanjian tersebut ternyata mengalami kerugian besar di mana pihak Tun Habib sering menggunakan alasan ‘Sultan Mahmud Syah masih kanak-kanak’ justeru mereka tidak dapat membuat keputusan muktamad. Kedua-dua pembesar itu juga memanfaatkan kelemahan pentadbiran Belanda di Melaka yang sering bertukar gabenor.

Menjelang tahun 1695, Belanda di Melaka mengalami kerugian perdagangan yang amat teruk tetapi tidak dapat bertindak kerana Johor menggunakan helah siasah yang amat licik dengan menjadikan Betawi serba salah. Johor pula mengalami kemajuan ekonomi yang juar biasa hasil permainan politik mereka. Kematian Tun Habib secara tiba-tiba dan penabalan Sultan Mahmud Syah dalam tahun 1698 menjadikan Tun Abdul Jalil yang merupakan anak dan pengganti Tun Habib dalam keadaan sukar. Tun Abdul Jalil melalui bimbingan guru spiritualnya, Dato Utama Mahdi semakin kehilangan kuasa dan pengaruh; ini berlaku kerana Sultan Mahmud Syah mulai menyedari kedudukannya sebagai raja. Kemajuan material Johor Lama termasuk kepesatan pelabuhannya tidak seimbang dengan kemajuan rohaniah rakyat Johor pada waktu itu. Selain hilang arah, rakyat Johor juga mengalami penindasan dan kezaliman Sultan Mahmud Syah yang bertindak sesuka hati termasuklah meneruskan kegemarannya melakukan ‘hubungan secara paksa’ dengan sesiapa yang disukai.

Kekejaman Sultan Mahmud adalah di luar kawalan sehinggakan bondanya Raja Fatimah juga gagal menangani masalah anak tunggalnya tersebut. Pembunuhan isteri Laksamana Bentan iaitu Megat Sri ‘Rama kerana mengidam makan nangka sultan menjadi kemuncak penindasan yang dialami oleh rakyat Johor pada waktu itu. Pada tahun 1699, rakyat Johor bangkit melakukan revolusi menggulingkan Sultan Mahmud Syah seratus tahun lebih awal dari revolusi Perancis yang terjadi pada tahun 1299. Baginda telah dilembing dan dikenali sebagai Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Revolusi tersebut bukan sahaja menurunkan pemerintah yang zalim, ia juga menjadi satu tanda yang besar kepada revolusi mental tatkalanya orang Melayu menolak konsep daulat dan perjanjian sosial era Demang Lebar Daun secara sedar. Ia juga merupakan revolusi spiritual yang hebat memandangkan dokumen sejarah menunjukkan rakyat Johor menaikkan Tun Abdul Jalil sebagai sultan. Adalah diketahui Tun Abdul Jalil merupakan seorang pemerintah yang bertakwa di samping alim dalam pelbagai ilmu agama. Revolusi 1699 tersebut tidaklah muncul secara kosong melainkan dipandu dan dibimbing oleh Dato Utama Mahdi Hasan yang menyediakan Tun Abdul Jalil sebagai ‘pelaku siasah’ yang hebat dan digeruni. Bimbingan rohaniah tersebut terpancar menerusi teks lama Saasatul Ibaad versi 1824.

Nota Pengarang

1. 2012 MASEHI

2. 1688 MASEHI
– Fasal Raja Itu Beriman dan Bertakwa Kepada Allah

3. 1689 MASEHI
– Fasal Raja Itu Mesti Adil dan Amanah
– Fasal Raja Itu Mengerti Setiap Rakyat Itu Berjiwa Merdeka

4. 1691 MASEHI
– Fasal Raja Itu Hendaklah Berilmu

5. 1697 MASEHI
– Fasal Raja Hendaklah Memberi Hak Perempuan

6. 1698 MASEHI
– Fasal Raja Mesti Berakhlak

7. 1699 MASEHI

8. INTIHA

Glosari

Weight0.243 kg
Dimensions18 × 11.3 × 1.4 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Bahlut

    Bahlut

    RM25.00
  • 1515
    Out of stock

    1515

    RM30.00
  • Babi, Kongkang, Panda dan Hal-hal yang Dipungut Kembali

    Babi, Kongkang, Panda dan Hal-hal yang Dipungut Kembali

    RM45.00
  • Bila Tuhan Berbicara

    Bila Tuhan Berbicara

    RM25.00