Kesan Revolusi Arab (1916-1918) terhadap Semenanjung Arab dan Turki Uthmaniyah

Penulisan bersama NURUL ABRAR MD ISA dan NAPISAH KARIMAH ISMAIL

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2023)
189 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM25.00

In stock

ISBN: 9786297547732 Product ID: 43694 Subject: Sub-subjects: , , , , ,

Kesan Revolusi Arab (1916-1918) terhadap Semenanjung Arab dan Turki Uthmaniyah meneroka sejarah latar belakang interaksi tiga hala antara British, Hijaz dan Kerajaan Uthmaniyah, peranan British semasa Revolusi Arab tercetus serta kesan Revolusi Arab terhadap Semenanjung Arab dan Kerajaan Uthmaniyah dalam dimensi politik, ekonomi, sosial dan keagamaan. Revolusi Arab yang dinisbahkan kepada ‘al-Thawrah al-‘Arabiyah al-Kubra’ merupakan kebangkitan yang dicetuskan oleh Syarif Husain di Hijaz pada tahun 1916 untuk menuntut kemerdekaan wilayah-wilayah Arab yang berada di bawah naungan Kerajaan Uthmaniyah. Meskipun revolusi yang menggugat hubungan 400 tahun antara Kerajaan Uthmaniyah dan Hijaz ini dilaksanakan untuk merealisasikan aspirasi orang-orang Arab, namun terdapat beberapa rundingan, peristiwa dan misi ketenteraan yang dijalankan turut melibatkan kelicikan kuasa British demi mencapai kepentingan mereka.

Sememangnya sudah wujud hubungan antara British, pemimpin Hijaz dan Kerajaan Uthmaniyah sebelum revolusi tercetus. Kejayaan revolusi ini mencetuskan kesan yang fundamental terhadap konflik pemetaan wilayah-wilayah Arab dan keruntuhan Kerajaan Uthmaniyah selaku pengelola institusi khilafah. ‘Al-Thawrah al-‘Arabiyah ai-Kubra’ turut berperanan dalam membentuk pandangan sarwa masyarakat Turki dan Arab sekaligus membenihkan persepsi negatif serta stigma sesama mereka kerana ia dipotretkan sebagai sebuah tragedi yang traumatik dalam ingatan sosial mereka sekaligus mempengaruhi pembinaan identiti kedua-dua belah pihak.

Prakata

1. Isu Awal Sekitar Revolusi Arab
2. Hubungan Antarabangsa dalam Konteks Revolusi Arab
3. Sejarah Latar Belakang Hubungan Hijaz, Uthmaniyah dan British Sekitar Abad ke-19 dan ke-20
4. Interaksi antara British, Hijaz dan Kerajaan Uthmaniyah
5. Kronologi Revolusi Arab
6. Kesan Revolusi Arab terhadap Semenanjung Arab
7. Kesan Revolusi Arab terhadap Turki Uthmaniyah
8. Revolusi Arab dalam Pelbagai Dimensi

Rujukan
Indeks

Weight0.288 kg
Dimensions23 × 15.2 × 1 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.