Perjalanan Politik Abang Johari, Premier Sarawak menelusuri selok-belok empat dekad riwayat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg, sekaligus meneroka kerumitan politik Sarawak. Pada 13 Januari 2017, beliau yang lebih dikenali sebagai Abang Jo dilantik sebagai Ketua Menteri keenam bagi Sarawak. Seluruh negeri Sarawak masih dalam kesedihan dan berkabung atas kematian Tan Sri Adenan Satem yang meninggal tiga hari sebelum itu. Pada usia 66 tahun ketika itu, perjalanan politik Abang Jo sudah mencecah 36 tahun sejak beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Satok pada 1981. Beliau meneruskan legasi ayahandanya Tun Abang Haji Openg iaitu Yang di-Pertua Negeri Sarawak pertama selepas Sarawak mencapai kemerdekaan pada tahun 1963. Mentua beliau, Tuanku Bujang bin Tuanku Othman pula adalah Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang kedua. Sungguhpun lahir dan membesar daripada latar belakang keluarga ternama di Sarawak, perjalanan politik Abang Johari bukanlah lancar dan mudah. Abang Jo terselamat dalam peristiwa ‘Ming Court’ dan sejak itu langkah beliau dalam politik cukup cermat, memerlukan beliau bersabar dan bertenang, mengalah dan menanti saat yang sesuai yang pada akhirnya telah menghantar beliau ke tempat paling tinggi dalam politik Sarawak.
Perjalanan Politik Abang Johari, Premier Sarawak
ROOSFA HASHIM adalah editor dan penulis biografi prolifik. Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Editor di Penerbit UKM, dan juga Pengarah IIUM Press.
Reka Cetak (Cetakan pertama, 2024)
xv + 480 halaman termasuk Rujukan dan Indeks
RM110.00 – RM200.00
Prakata
1. Darah Aristokrat dalam Tubuhnya
2. Di Limbang Tempat Lahirnya
3. Zaman Persekolahan
4. Menjadi Wakil Rakyat Satok
5. Komplot Singkirkan Taib Mahmud
6. Jiwa dan Raga untuk Rakyat Sarawak
7. Timbalan Presiden PBB
8. Menteri Pelancongan
9. Memimpin Belia Melalui SEBERKAS
10. Hitam Putih Kehidupan Wakil Rakyat
11. Tok Nan Ketua Menteri
12. Menggantikan Tok Nan
13. Meninggalkan BN Menubuhkan GPS
14. Konvensyen GPS
15. Menang Besar PRN-12
16. PRU-15 — Menang Bergaya
17. Wira Transformasi Sarawak
18. Abang Jo pada Mata Orang Lain
19. Memimpin GPS Membela Sarawak
20. Penutup
Rujukan
Indeks
Weight | N/A |
---|---|
Dimensions | N/A |
Author(s) | |
Format | |
Language | |
Publisher | |
Year Published |
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet