Abraham Lincoln: Tahun-Tahun Akhir Perang merupakan jilid kedua terjemahan kepada Abraham Lincoln: The War Years tulisan Carl August Sandburg yang diterbitkan pada tahun 1939. Abraham Lincoln: Tahun-Tahun Akhir Perang mengisahkan perihal perang saudara memasuki tahun keempat, dan tahun pemilihan Presiden akan diadakan. Jemu yang mula dirasakan ramai, cita-cita ahli-ahli politik Republikan dan Demokrat, serta keinginan Konfederasi membentuk satu tekanan tersendiri kepada Lincoln. Kelicikan Lincoln dalam menentukan prinsip yang tetap tetapi anjal membolehkannya kekal menjadi calon Presiden, memenangi perang sebelum pilihan raya dan sekaligus kekal sebagai Presiden bagi penggal kedua.
Ketika banyak desakan agar pengkhianat-pengkhianat Konfederasi dihukum keras, Lincoln mengambil pendekatan sederhana dengan mengajak seluruh warga memberi tumpuan kepada pemulihan semula negara itu. Baru sekitar sebulan setelah dilantik secara rasmi untuk kali kedua, mimpi dan isyarat telah terjelma dalam bentuk puluhan surat ancaman bunuh terhadapnya akhirnya menjadi kenyataan. Lincoln mati ditembak sebelum sempat memulihkan negara yang dicintainya. Namun, dunia terus mengenang Abraham Lincoln sebagai pemimpin politik yang berani mengambil risiko menghapuskan perhambaan—institusi gelap yang membenamkan kemuliaan insan.
41. Adakah Lincoln Akan Dicalonkan Semula Oleh Partinya?
42. Jay Cooke — Tunai untuk Perang — Masa Sukar — Pengosongan
43. Keinginan Chase Bertanding Menjadi Presiden
44. Musim Bunga 1864 — Darah dan Kemarahan
45. Serangan Grant, 1864 – Kebebasan Akhbar — Lincoln Melawat Tentera
46. Lincoln — Johnson Calon Parti Kesatuan Nasional
47. Washington Bertahan — Bebelan Keamanan
48. “Bulan Perang Paling Kelam” — Ogos 1864
49. Kempen Sengit Musim Luruh 1864
50. Ketawa Lincoln — dan Agamanya
51. Pengampun
52. Lelaki Yang Menjadi Persoalan
53. Hari Pilihan Raya, 8 November 1864
54. Lincoln Menamakan Ketua Hakim
55. “Tentera Hilang” — Serangan dan Pertumpahan Darah di Selatan — Tahanan Perang
56. Tahun Pahit 1864 Sampai Ke Penghujung
57. “Selamanya Bebas” — Perkara Ketiga Belas
58. Asap Tebal – Asap Hitam
59. Pelantikan Kali Kedua
60. Rutin Eksekutif Yang Tidak Pernah Habis
61. Lincoln Melawat Tentera Grant — Grant Memecahkan Barisan Tentera Lee
62. Kejatuhan Richmond — Appotamox
63. “Bukan Dengan Hati Yang Berduka, Tetapi Gembira”
64. Rundingan — Satu Impian Yang Tidak Mudah
65. Kalendar Menunjukkan Good Friday
66. Bulan Merah
67. Terkejut — Pembunuh — Orang Yang Tersiksa
68. Sebatang Pokok Boleh Diukur Dengan Lebih Baik Bila Ia Tumbang
69. Pertunjukan Besar Gilang-Gemilang, Kemudian Diam Yang Abadi
Sumber-sumber rujukan dan penghargaan
Daftar kata
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet