Ahmad Lutfi: Pembangkit Semangat Zaman merupakan kajian biografi tokoh sastera era sebelum kemerdekaan, Ahmad Lutfi, atau nama sebenarnya Syed Abdullah bin Abdul Hamid al-Edrus. Beliau terkenal sebagai penulis novel yang berjaya menghasilkan 25 buah novel antara tahun 1948 hingga 1951. Pelibatan serius beliau dalam dunia persuratan Melayu dibuktikan juga oleh genre lain seperti penulisan buku kajian sastera, buku umum. buku politik, cerita rakyat, cerita kanak-kanak. dan buku tentang tokoh islam. Daya keintelektualan Ahmad Luthfi dapat dikenal pasti melalui sikap terbuka dan prinsip yang dipertahankannya.
Kritikannya terhadap golongan ahli politik, penguasa agama dan kehancuran sistem kekeluargaan pada tahun-tahun 1940-an dan 1950-an membentuk ciri yang dapat dirumuskan sebagai satu ciri bentuk peralihan penulisan sastera dan petsuratan Melayu. Peralihan ini membawa perubahan terhadap penulisan karya yang berbentuk cerita rakyat kepada bentuk wacana, sebelum selanjutnya semakin berkembang pesat di tangan penulis wartawan, guru dan golongan cendekiawan Melayu dalam memperjuangkan semangat kebangsaan dan menUntut kemerdekaan negara.
Antara tujuan kajian tokoh ini diusahakan adalah untuk mengupas pemikiran sasterawan Ahmad Lutfi sebagaimana yang tercitra dalam karya beliau. Selain itu, Ahmad Lutfi: Pembangkit Semangat Zaman turut meneliti sumbangan kepengarangan dan kekuatan karya tokoh tersebut. Kajian turut mencakup aspek pembentukan nilai jati diri tradisi bangsa, susur galur gaya penulisan, dan subjek lain yang dapat menyerlahkan kekuatan karya tokoh daripada pelbagai aspek. Hasil kajian oleh para saljana dan peneliti sastera ini amat bernilai sumbangannya dalam pengkajian kekayaan hasil karya tokoh dan pemikiran sasterawan ini, terutamanya dalam era sebelum merdeka.
Daripada hasil kajian ini, bukan sahaja dapat dikenal pasti pelbagai genre karya Ahmad Luth yang amat langka dibincangkan, tetapi juga penting dij adikan penanda kepada tahap perkembangan sastera kebangsaan.
Ahmad Lutfi muncul sebagai penulis, penerbit, dan pendakwah yang penting dalam sej arah perkembangan sastera tanah air. Kehadiran beliau dalam dunia persuratan Melayu menimbulkan pelbagai reaksi. Julukan yang sering diberikan kepada beliau sebagai penulis novel picisan sebenarnya adalah kurang tepat. Kebanyakan pandangan sedemikian hanya berasaskan pada ciri-ciri perwatakan yang digarap dalam novel beliau. Bagaimanapun, kesan gejala sosial dan budaya masyarakat baharu yang cuba di gambarkan oleh beliau itulah inti pati sebenar kepengarangannya.
Reviews
There are no reviews yet