Out of stock

Bintang Merah di Langit Malaya

CHEAH BOON KHENG (1939–2015) adalah bekas Profesor Sejarah di beberapa buah universiti dan juga Editor Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society.

Terjemahan daripada judul asal Red Star Over Malaya: Resistance and Social Conflict During and After the Japanese Occupation, 1941-1946 oleh SYED OMAR HUSAIN

Jilid I – Masyarakat majmuk Malaya 1941
Jilid II – Persaingan Merebut Malaya Pascaperang

IBDE (Cetakan Pertama, 2022)
524 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM95.00

Out of stock

Bintang Merah di Langit Malaya memerikan keadaan perselisihan kaum yang berlaku antara orang Melayu dan Cina pada penghujung pendudukan Jepun dan juga pergolakan sosial serta keruntuhan undang-undang dan ketenteraman yang terjadi sewaktu tempoh singkat kelompongan kuasa selepas perang berakhir. Perselisihan antara kaum mencapai kemuncaknya semasa dan selepas tempoh peralihan selama dua minggu setelah Jepun menyerah kalah yang berlangsung dari 15 Ogos hingga 3 September 1945. Ketika tentera Jepun berundur ke bandar-bandar besar, gerila Cina dalam gerakan penentangan yang diterajui komunis, iaitu Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun (MPAJA), keluar dari hutan dan mengambil alih kira-kira 70 peratus pekan lebih kecil dan kampung di negara ini.

Pembalasan dendam yang menumpahkan darah yang dibuat oleh gerila terhadap golongan yang dituduh bersubahat dengan pihak Jepun, khususnya pegawai, anggota polis dan ketua kampung berbangsa Melayu, telah mewujudkan “pemerintahan ganas.” Di beberapa tempat di negara ini orang Melayu bertindak balas dan ramai orang Cina mati dibunuh oleh pelbagai kumpulan orang Melayu dari golongan pentaksub agama yang bersumpah melancarkan jihad memerangi musuh mereka.

Perselisihan antara kaum menandakan satu titik perubahan penting dalam sejarah pembinaan bangsa di Malaya. Pergaduhan berhenti buat seketika apabila angkatan tentera British mewujudkan semula undang-undang dan ketenteraman pada bulan September, tetapi kemudiannya bersambung semula dengan lebih dahsyat dan berterusan sehingga Mac 1946. Selepas itu ia berhenti secara mendadak apabila orang Melayu menumpukan perhatian mereka untuk menentang rancangan perlembagaan yang diusul oleh Kerajaan Britain bagi menubuhkan Malayan Union yang bertujuan menamatkan penguasaan politik orang Melayu dan memberikan hak kewarganegaraan sama rata buat julung kalinya kepada orang bukan Melayu yang layak di Malaya.

Dalam perselisihan antara kaum itu, ternyata orang Melayu muncul sebagai “juara.” Mereka berjaya menentang dan menumpaskan gerakan bersenjata komunis pada zaman perang yang dikuasai orang Cina yang cuba merampas kuasa di beberapa kawasan di negara ini. Tidak lama kemudian mereka turut mencapai kemenangan dalam usaha menentang Malayan Union, lalu memaksa Kerajaan Britain menarik balik rancangan tersebut. Persekutuan Malaya yang memenuhi banyak tuntutan orang Melayu menggantikan Malayan Union, tetapi hak-hak kaum bukan Melayu masih menjadi perkara yang menimbulkan perbalahan. Berkenaan hubungan antara kaum, pendudukan Jepun telah memberi kesan menyeluruh yang lebih banyak buruk berbanding baiknya.

Bintang Merah di Langit Malaya juga satu usaha untuk menulis sejarah “berwewenang.” Penulis berhasrat mencari sebuah ruang sejarah yang tidak dikawal oleh kuasa imperialis Eropah atau Jepun, ruang di mana penduduk tempatan menjadi pemeran watak-watak utamanya. Penulis mahu menggarap satu sudut pandangan berkecuali dengan mengemukakan seberapa banyak sisi yang mungkin daripada perselisihan antara kaum itu menerusi penelitian terhadap pemeran-pemeran tempatan yang berjaya menunjukkan keupayaan mereka selepas kuasa Jepun runtuh. Buku ini memperlihatkan bahawa tempoh peralihan selepas Jepun menyerah kalah adalah masa yang menyaksikan pejuang kebangsaan radikal Melayu dalam parti kebangsaan Kesatuan Melayu Muda dan juga komunis serta gerila Cina gagal memanfaatkan peluang yang ada. Kedua-dua golongan itu cuba merintis pelbagai jalan untuk mendapatkan kuasa dan kemerdekaan negara. Kegagalan mereka amat jauh berbeza daripada kejayaan yang diraih gerakan kebangsaan Indonesia dan Vietnam yang berjaya merampas kuasa setelah perang berakhir. Di Malaya, peristiwa yang terjadi bukanlah revolusi, tetapi keadaan huru-hara dan perselisihan antara kaum.

Pihak Jepun menjadi sekutu orang Melayu dan tanpa sengaja menyebabkan pendudukan mereka itu menyediakan peluang dan juga medan untuk berlakunya pertembungan antara kaum. Akibat kekalahan mereka, kuasa Jepun musnah dan perselisihan kaum bertukar menjadi persaingan yang pertama dalam erti kata sebenar untuk merebut Malaya selepas tamat perang. Gerakan komunis teragak-agak membuat percubaan yang bersungguh-sungguh untuk merebut kuasa dan lebih memberikan tumpuan kepada tindakan balas dendam, manakala gerakan kebangsaan radikal Melayu pula terjebak dalam kekeliruan dan pemimpin-pemimpin utama mereka akhirnya melarikan diri ke Indonesia.

Buku ini menyajikan pengulangan ceritera keganasan dan tindakan hebat yang terjadi pada satu detik sejarah tertentu ketika manusia ditekan oleh pelbagai peristiwa dan kejadian, sementara tamatnya perang menyaksikan berbagai-bagai daya sosial yang tidak terkawal telah dilepaskan. Ia sebuah dunia yang sudah jadi tunggang-terbalik dan mendatangkan bermacam-macam perubahan besar. Banyak sekali keganasan politik, pengkhianatan, persengketaan kaum dan pertumpahan darah yang berlaku, dan semua itu ditampilkan dari sudut pandang para pelaku utamanya.

Senarai Jadual
Senarai Rajah
Catatan Mengenai Matawang
Catatan Mengenai Ejaan Tulisan Bahasa Cina
Singkatan
Prakata Edisi Keempat
Pengantar Edisi Ketiga
Penghargaan
Pengenalan

BAHAGIAN I: MASYARAKAT MAJMUK MALAYA 1941

1. Masyarakat Majmuk di Malaya pada 1941
2. Kesan Sosial Pendudukan Jepun di Malaya, 1942-5
3. PKM dan Gerakan Anti-Jepun
4. Gerakan Kemerdekaan Orang Melayu

Catatan
Daftar Kata


Senarai Gambar
Senarai Lampiran
Singkatan
Catatan Mengenai Matawang
Catatan Mengenai Ejaan Tulisan Bahasa Cina

BAHAGIAN II: PERSAINGAN MEREBUT MALAYA PASCAPERANG, 1945-6

1. Masa Peralihan Selepas Jepun Menyerah Kalah: Keruntuhan Undang-undang dan Ketenteraman
2. Pengambilalihan Kuasa oleh Gerila MPAJA
3. Tercetusnya Keganasan dan Bermulanya Zaman Pemerintahan Kejam
4. Perselisihan Orang Melayu/PKM/Orang Cina
5. Perselisihan Antara Komunis dan BMA
6. Perselisihan Antara Orang Melayu dan British
7. Kesimpulan

Lampiran
Catatan
Daftar Pustaka
Daftar Kata

Weight0.924 kg
Dimensions23.6 × 15.7 × 4.8 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Red Star Over Malaya: Resistance and Social Conflict During and After the Japanese Occupation, 1941-46
    Out of stock

    Red Star Over Malaya: Resistance and Social Conflict During and After the Japanese Occupation, 1941-46

    RM85.00