Dinamisme Perubatan Tradisional dan Perubatan Islam dalam Alam Melayu

Penulisan bersama MOHD ZAWAWI MOHAMAD AWANG dan NUR AZUKI YUSUFF

Penerbit UMK (Cetakan Pertama, 2019)
160 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM29.00

In stock

If you purchase this book you will earn 6 reward points!

Dinamisme Perubatan Tradisional dan Perubatan Islam dalam Alam Melayu mengetengahkan unsur-unsur kepercayaan dinamisme dan menganalisis ukuran tahap kepercayaan pengamal perubatan tradisional Melayu dengan menjadikan akidah Islam sebagai piawaian sama ada bercanggah dengan ajaran Islam atau sebaliknya. Istilah dinamisme berasal dari kata asal dalam bahasa Yunani iaitu “dunamis” yang bererti kekuatan, kekuasaan, khasiat dan boleh diertikan juga dengan daya. Dalam buku ini, dinamisme merujuk kepada kepercayaan yang menunjukkan terdapatnya kuasa atau semangat pada sesuatu benda atau objek yang boleh memberi kesan sama ada baik atau buruk. Dalam erti kata yang lain ianya memberi maksud “kuasa penyembuh”. Dinamisme adalah suatu kefahaman atau kepercayaan bahawa pada benda-benda tertentu sama ada benda hidup atau mati dan juga benda-benda ciptaan seperti keris, tombak serta lainnya mempunyai kuasa ghaib dan dianggap suci. Benda suci ini mempunyai sifat yang luar biasa sehingga dapat memancarkan pengaruh baik atau buruk kepada manusia dan alam sekitarnya. Oleh hal yang demikian, di dalam masyarakat terdapat orang, binatang, tumbuh-tumbuhan, benda-benda dan sebagainya yang dianggap mempunyai pengaruh baik, buruk dan yang tiada kesan.

Unsur-unsur dinamisme lebih berfokuskan kepada kepercayaan yang dipegang melalui amalan perubatan tradisional Melayu sehinggalah muncul bersamanya bahan-bahan dan alat-alatan yang diguna pakai dalam sesi perubatan tersebut di samping penggunaan jampi, mentera, serapah, doa, zikir, berkat, istighathah (memohon pertolongan) pantang larang, tawassul (suatu perantaraan) yang melibatkan perkara ghaib, magis, semangat, khurafat (kepercayaan karut), keramat (perkara luar biasa bagi para wali Allah), bid’ah (ciptaan baharu dalam agama) dan kehadiran roh-roh dalam pengubatan mereka yang pada umumnya menyalahi ajaran Islam. Kepercayaan sedemikian merupakan satu warisan yang telah lama wujud dalam masyarakat Melayu di Nusantara di samping pengetahuan tentang khasiat tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling mereka.

Pengetahuan tentang perubatan tradisional telah pun termaktub dalam buku Ilmu Tabib yang dituliskan pada tahun 1288H/1872M. Ini menunjukkan bahawa ilmu perubatan tradisional Melayu telah ditulis selepas kedatangan Islam ke nusantara. Sistem perubatan Islam dan amalan perubatan Nabi Muhammad SAW terutamanya yang berkaitan dengan jampi dari ayat suci al-Quran, hadis Nabi Muhammad SAW dan doa. Selain itu, tidak terkecuali juga penggunaan beberapa mantera dari kepercayaan Hindu, serapah dalam bahasa Thai dan Pegu (Burma) serta tumbuh-tumbuhan semula jadi turut dipraktik ketika ritual penyembuhan dijalankan. Keberkesanan jampi diyakini akan kemujarabannya oleh masyarakat tempatan pada masa itu. Maka, tidak hairanlah jika ia masih diamalkan sehingga ke hari ini terutama sekali apabila ia dijadikan sebagai sebahagian amalan tradisi masyarakat Melayu Islam di Malaysia.

Sungguhpun kedatangan Islam ke alam Melayu telah mengubah kepercayaan masyarakat Melayu termasuklah amalan dan teknik perubatan tradisional yang sedikit sebanyak telah diislamisasikan, namun masih lagi terdapat unsur-unsur dinamisme yang diamalkan oleh pengamal perubatan tradisional Melayu yang bercanggah dengan akidah Islam. Berdasarkan kepada fenomena ini, penulis merasakan perlu dibuat kajian dan penulisan berkaitan untuk melihat kedudukan unsur-unsur dinamisme dalam pengamalan perubatan tradisional Melayu dari perspektif Islam, walaupun adanya hukum dan fatwa daripada pihak berkuasa tentang haramnya hukum kepercayaan dan penggunaan bahan-bahan yang jelas menunjukkan kesyirikannya. Pembaca akan disajikan dengan tiga usaha penting buku ini, iaitu (i) menyatakan unsur-unsur dinamisme yang digunakan dalam perubatan tradisional Melayu; (ii) mengklasifikasi tahap kepercayaan para pengamal perubatan tradisional Melayu; dan (iii) menyatakan kedudukan unsur dinamisme dalam perubatan tradisional dan perubatan Islam alam Melayu.

Berdasarkan kajian tersebut, dapat dinyatakan bahawa buku ini dapat memberi gambaran sebenar kepada masyarakat, agensi-agensi agama dan yang berkaitan mengenai unsur-unsur dinamisme dalam sistem perubatan tradisional Melayu dan juga menjadikan al-Quran dan al-Hadis serta urf sebagai landasan awal dalam menentukan hukum halal dan haram dalam fiqh perubatan di Malaysia sama ada secara ijma’ mahupun qiyas. Buku ini turut mendokumentasikan pengalaman para pengamal perubatan tradisional (PPT) semasa yang seharusnya dijadikan bahan dokumentasi bukti kewujudan unsur-unsur dinamisme. Di samping itu, bagi menambah perbendaharaan tulisan dan kesinambungan terhadap pembaharuan hukum di dalam konteks negara Islam khususnya di Malaysia.

Senarai Jadual
Senarai Rajah
Daftar Singkatan
Kata Prakata

1. PENGENALAN KEPADA DINAMISME DALAM PERUBATAN TRADISIONAL DAN PERUBATAN ISLAM ALAM MELAYU
Pendahuluan
Kenali Tajuk Buku
Dinamisme dan Latar Belakang Perkembangannya
Kepentingan dan Justifikasi Penulisan Ini
Penulisan dan Kajian Sebelum Ini yang Berkaitan
Kesimpulan

2. KONSEP KEPERCAYAAN PERUBATAN TRADISIONAL ALAM MELAYU
Pendahuluan
Perubatan Tradisional Melayu
Falsafah Perubatan Tradisional Melayu
Antropologi Perubatan Tradisional
Kepercayaan Awal Masyarakat Melayu di Asia Tenggara
Kepercayaan Masyarakat Melayu
Dinamisme dalam Masyarakat Melayu
Kepercayaan Warisan Melayu
Unsur-Unsur Kepercayaan dalam Perubatan Tradisional Melayu
Kesimpulan

3. PERUBATAN ISLAM ALAM MELAYU
Pendahuluan
Konsep Kepercayaan Menurut Islam
Konsep Perubatan Menurut Islam
Kepentingan Mengambil Rawatan dalam Islam
Proses-Proses Pengubatan Islam Alam Melayu
Bentuk-Bentuk Wasilah dalam Perubatan Islam
Kepercayaan Batil Menurut Syariat Islam
Kesimpulan

4. UNSUR KEPERCAYAAN DINAMISME DALAM PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU DAN HUBUNG KAITNYA DENGAN AMALAN PERUBATAN ISLAM
Pendahuluan
Pengenalpastian Unsur Kepercayaan Dinamisme dalam Perubatan Tradisional: Satu Kajian Kes
Hubung kait Dinamisme Kepercayaan dengan Amalan Perubatan Islam
Pandangan Pakar Berkaitan Unsur Kepercayaan Perubatan Tradisional Melayu yang Bertepatan dengan Perubatan Islam
Kesimpulan

5. RUMUSAN DAN PENUTUP
Pendahuluan
Rumusan
Kesimpulan Keseluruhan
Cadangan dan Penutup

Glosari
Bibliografi
Indeks
Biodata Penulis

Weight 0.27 kg
Dimensions 22.8 × 15.2 × 1.1 cm
Author(s)

,

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.