Elit Tradisi dan Reformasi di Asia Tenggara: Kumpulan Esei

SHAHARUDDIN MAARUF adalah pensyarah dan Felo Penyelidik di Universiti Malaya.

SIRD (Cetakan Pertama, 2022)
441 halaman termasuk Bibliografi

RM70.00

In stock

Elit Tradisi dan Reformasi di Asia Tenggara merupakan kumpulan esei Shaharuddin Maaruf yang merenungi hubung kait antara Tradisi, pemodenan dan perubahan sosial dalam dunia Melayu-Islam Asia Tenggara. Persoalan tradisi yang sungguh kompleks ini diamati dalam aspek-aspek khusus seperti persoalan kesinambungan sejarah, nilai-nilai, jati diri dan peranan orientasi agama dalam menentukan sifat dan hala tuju perubahan sosial ini. Etos-etos sejarah yang penting, seperti feudalisme dan kolonialisme, dan kesinambungannya dikaji dalam mencoraki pandangan hidup Asia Tenggara kontemporari.

Ada diandaikan salah satu faktor terpenting dalam membentuk dan mencoraki Tradisi ialah elit dan nilai-nilai mereka. Justeru esei-esei juga meninjau asal-usul dan latar belakang sosial pembentukan mereka. Sementara menentukan kesinambungan tradisi-tradisi dan sistem nilai-nilai mereka, kumpulan-kumpulan elit ini sendiri ditentukan sifat dan pandangan hidup mereka oleh kesinambungan-kesinambungan sejarah dari zaman lampau hingga ke hari ini.

Dalam memperkatakan permainan antara Tradisi dan pemodenan, sudah tentunya perbincangan mencerahkan juga rintangan-rintangan terhadap pemodenan dan perubahan sosial yang berkemajuan. Aspek-aspek ini memang sentiasa menarik prihatin dan renungan mendalam tokoh-tokoh intelektual dan reformasi dari tradisi Asia Tenggara. Sehubungan ini karya-karya Ibn Khaldun, Multatuli, Jose Rizal, Pramoedya Ananta Toer dikaji dalam kerangka tema besar esei-esei.

Istilah Tradisi seperti digunakan dalam buku ini bukan sekadar soal adat resam tetapi membawa erti atau maksud seluas-luasnya, tidak jauh daripada konsep kebudayaan. Cuma digunakan konsep “Tradisi” dan tidak “kebudayaan” kerana bertujuan merujuk dengan lebih khusus kepada perdu kebudayaan yang sebegitu lama berperanan sebagai asas weltanschauung masyarakat berkenaan dan memandunya bertahan dan berevolusi dalam dunia yang pesat berubah. Justeru Tradisi di sini mencakupi orientasi agama, sistem nilai-nilai, pengalaman sosio-sejarah, adat resam, gaya pemikiran, yakni sebahagian besar dari weltanschauung.

Beberapa pertimbangan mempengaruhi pemilihan esei dalam buku ini, memandangkan tidak mungkin diterbitkan kesemuanya atas pertimbangan praktikal. Pertamanya, setiap esei mencerminkan tema utama penyelidikan dan penerbitan saya selama itu. Adalah diharapkan esei-esei mewakili pemikiran dan pendirian saya tentang aspek-aspek kehidupan masyarakat Asia Tenggara keseluruhannya. Justeru, sejajar dengan harapan ini setiap esei dalam kumpulan ini memperkatakan hubung kait peranan elit dan Tradisi dalam pemodenan dan reformasi masyarakat.

Penghargaan
Kata Pendahuluan
Pengenalan

BAB 1 Tradisi dan Pemodenan dalam Masyarakat Melayu Asia Tenggara: Beberapa Persoalan Teori

BAB 2 Kesusasteraan Melayu sebagai Sejarah Sosial

BAB 3 Laknat Tuhan: Orientasi Agama dalam Kesusasteraan dan Persuratan Melayu

BAB 4 Renungan ke atas Sejarah Sosial Massa Melayu

BAB 5 Antara Dua Darjat Dua Zaman: Idea-idea Filem P. Ramlee

BAB 6 Jejak-jejak Pencarian Falsafah Melayu: Ketaasuban dan Penutupan Minda Melayu

BAB 7 Menarah Sejarah: Suatu Analisis Pemikiran Borjuis dalam Novel Max Havelaar: Atau Lelang Kopi Maskapai Dagang Belanda Karya Multatuli

BAB 8 Mendedah Barah Masyarakat Terjajah: Perlawanan Jose Rizal dalam Noli Me Tangere

BAB 9 Cita Luhur Jose Rizal dalam Novel Filibusterismo

BAB 10 Struktur Sosial Kolonial, Jati Diri dan Hubungan Ras: Pramoedya Ananta Toer dalam Novelnya Bumi Manusia

BAB 11 Muqaddimah Ibn Khaldun: Keadaan Material, Nilai-nilai Kebudayaan dan Dinamika Kumpulan

BAB 12 Sains Sosial di Asia Tenggara: Sosiologi Anti-Sosiologi dan Sains Sosial Keterasingan

Weight0.69 kg
Dimensions22.9 × 15.2 × 2.4 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Concept of a Hero in Malay Society

    Concept of a Hero in Malay Society

    RM23.00
  • Idea-Idea Melayu Tentang Pembangunan: Daripada Pembesar Feudal Kepada Kapitalis

    Idea-Idea Melayu Tentang Pembangunan: Daripada Pembesar Feudal Kepada Kapitalis

    RM35.00
  • Konsep Wira dalam Masyarakat Melayu: Membelai Romantisme Dekaden

    Konsep Wira dalam Masyarakat Melayu: Membelai Romantisme Dekaden

    RM20.00
  • Malay Ideas on Development: From Feudal Lord to Capitalist

    Malay Ideas on Development: From Feudal Lord to Capitalist

    RM30.00