Hang Tuah: Catatan Okinawa

Penulisan bersama HASHIM MUSA dan ROHAIDAH KAMARUDDIN

Penerbit UPM (Cetakan Ketiga, 2018)
204 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM58.00RM78.00

If you purchase this book you will earn 12-16 reward points!
If you purchase this book you will earn 12-16 reward points!

Hang Tuah: Catatan Okinawa membincangkan watak Hang Tuah dari segi persoalan sama ada watak ini wujud dalam sejarah ataupun hanya sebagai satu watak dongeng hasil kreatif sasterawan Melayu tradisional demi melambangkan keagungan kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15 masihi. Perbahasan dibuat tentang cara untuk membuktikan kewujudan sesuatu watak dalam sejarah, dan seterusnya membuktikan bahawa watak Hang Tuah sememangnya wujud dalam sejarah.

Penceritaan tentang Hang Tuah dalam karya sastera Hikayat Hang Tuah iaitu sebuah naratif epik keagungan orang Melayu, masyarakat dan bangsanya, yang menjadi tunjang tentang kehebatan seorang laksamana laut berdarah Bugis kepada seluruh masyarakat Melayu di serata dunia. Karya ini yang tertulis dalam bentuk prosa adalah antara karya Melayu klasik yang terpanjang (146,000 perkataan, 491 halaman versi transliterasi huruf rumi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka), yang telah diterima oleh UNESCO’s Memory of the World Programme International Register pada tahun 2001.

Permasalahan yang timbul ialah Hikayat Hang Tuah ditulis setelah 200 tahun kejatuhan Empayar Melaka. Bagi membuktikan kewujudan Laksamana Hang Tuah satu kajian akademik perlu dijalankan bagi mensahihkan bukti primer yang ada dalam simpanan luar negara kewujudan Hang Tuah melalui dapatan daripada sumber luar negara. Penulis telah ke Okinawa, Jepun untuk menjalankan kajian serta mendapat bukti sejarah yang tercatat dalam sebuah manuskrip Jepun yang dipanggil Rekidai Hoan dan lebih menarik lagi terdapat sebilah keris berukuran 22.1 cm dari ulu hingga ke hujung ditemui tanpa pemegang dan sarung, kerana bahagian-bahagian yang diperbuat daripada kayu rosak. Keris ini disimpan dengan baik di Pusat Arkeologi Okinawa, Jepun.

Watak Hang Tuah merupakan seorang adiwira bangsa Melayu (Malay national hero) yang sudah sekian lama terpahat dalam hati budi orang Melayu yang melambangkan keperwiraan, keberanian, ketabahan, kesetiaan, kebaktian, dan kebijaksanaannya dalam memberikan sumbang bakti kepada raja dan bangsanya.

Berpandukan dapatan yang ada, penulis terus mengkaji dapatan lain daripada sumber negara luar termasuk berhubung dengan beberapa pakar arkeologi dari beberapa universiti luar negara antaranya Turki, India, Singapura, Thailand dan Jepun untuk membantu dalam penyelidikan ini. Penulis yakin masih terdapat manuskrip dari luar yang belum pemah didedahkan kepada para akademik dan masyarakat umumnya. Penulis berhasrat menulis lagi beberapa siri catatan Hang Tuah yang terdapat di luar negara.

Mukadimah

BAB 1 Pendahuluan: Watak Hang Tuah dalam Masyarakat Melayu

BAB 2 Bukti Catatan Dokumen Kewujudan Tokoh Utama Barat dan Timur dalam Sejarah

BAB 3 Pembuktian Kewujudan Hang Tuah dan Kerajaan Melaka dalam Sejarah: Sumber daripada Alam Melayu

BAB 4 Dokumen Primer Sumber Asing Tentang Kewujudan Hang Tuah dan Negeri Melaka

BAB 5 Kesimpulan

Rujukan

Lampiran I Terjemahan Bahasa Melayu Sebahagian daripada Buku Atsushi Kobata & Mitsugu Matsuda. 1969. Ryukyuan Relations with Korea and The South Sea Counitries: An Annotated Translation of Documents in the Rekidai Hoan.

Lampiran II Salinan Surat-surat dalam Bahasa Cina daripada Kerajaan Ryukyu kepada Kerajaan Melaka dan daripada Kerajaan Melaka kepada Kerajaan Ryukyu dalam Dokumen Rasmi Rekidai Hoan Kerajaan Ryukyu.

Lampiran III Terjemahan Bahasa Melayu Sebahagian (Halaman 89-91) daripada Buku Alfonso Dalboquerque (Terj.) Walter De Gray Birch. 1880/2010. The Commentaries of the Great Alfonso Dalboquerque Volume III.

Lampiran IV Salinan Halaman 89-91 daripada Buku Alfonso Dalboquerque (Terj.) Walter De Gray Birch. 1880/2010. The Commentaries of the Great Alfonso Dalboquerque Volume III.

Indeks

Weight0.380 kg
Dimensions16.0 × 1.1 × 24 cm
Author(s)

,

Edition

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author