Hang Tuah: Catatan Vijayanagara

HASHIM MUSA adalah Professor Emeritus dan Profesor Linguistik Melayu di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), mengkhusus dalam bidang teori tatabahasa, falsafah bahasa, peradaban Melayu, sosiolinguistik, epigrati Melayu dan manuskrip Jawi. Juga penulis buku Hati Budi Melayu, Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi (memenangi Hadiah Citra Pendita DBP), Karya Agung Kitab Pengetahuan Bahasa Raja Ali Haji (memenangi Hadiah Fellowship Naib Canselor UPM), Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia dan banyak lagi.

ROHAIDAH KAMARUDDIN adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), mengkhusus dalam Bahasa Jepun dan Psikolinguistik.

SHAMSHULL KAMAR AHMAD

Penerbit UPM (Cetakan Kedua 2018)
173 halaman

RM54.00

Only 1 left in stock

Product ID: 2462 Categories: , ,

Hang Tuah: Catatan Vijayanagara adalah kesinambungan buku Hang Tuah: Catatan Okinawa bagi membuktikan kewujudan watak Hang Tuah dalam sejarah Melayu Nusantara. Bagi membuktikan lagi kewujudan watak laksamana Melaka ini, penulis telah ke Vijayanagara, India seperti yang tercatat dalam Hikayat Hang Tuah. Hikayat Hang Tuah mencatatkan bahawa Laksamana telah ke Vijayanagara untuk berkhidmat di bawah Maharaja India di Jajahan Vijayanagara.

Kawasan yang dikaji adalah Hampi, iaitu runtuhan jajahan Vijayanagara, yang terletak kira-kira 320 km dari bandar Goa, India. Di Hampi, terdapat satu bangunan yang terukir gambar lelaki berdastar yang menaiki kuda. Hikayat Hang Tuah telah menceritakan bagaimana Laksamana Hang Tuah ke Vijayanagara dan antara tugasan yang diberi oleh Maharaja Vijayanagara adalah menjinakkan kuda tezi milik baginda.

Perjalanan Hang Tuah ke Vijayanagara (dalam Hikayat Hang Tuah disebut Bijaya Negaram) dan peristiwa yang berlaku di sana merupakan episod yang diceritakan dengan panjang lebar dalam Hikayat Hang Tuah, iaitu menjangkau 21 halaman dalam versi transliterasi Kassim Ahmad (1966) pada halaman 342-363. Peristiwa ini berkemungkinan besar ada asas sejarahnya. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan beberapa fakta.

Pertama, peristiwa Hang Tuah disebut dalam Episod ke-28 dalam siri penggambaran sejarah India, Bharat Ek Khoj berasaskan buku Jawaharlal Nehru (presiden India yang pertama), The Discovery of India.

Seterusnya, ukiran pada dinding batu di runtuhan Empayar di Hampi menunjukkan seorang lelaki yang berdastar Melayu sedang menunggang kuda kemungkinan besar melambangkan peristiwa Hang Tuah menjinakkan dan menunggang kuda tezi milik raja, seperti yang tercatat dalam Hikayat Hang Tuah dan juga dalam siri video Bharat Ek Khoi episod ke-28 berasaskan buku Jawaharlal Nehru (presiden India yang pertama), The Discovery of India.

Ketiga, nama kerajaan, Raja Krishna Deva Raya dengan pelabuhan Nagapattinam ada tercatat dalam Hikayat Hang Tuah dengan sedikit perubahan, iaitu; Vijayanagara = Bijaya Negaram, Krishna Deva Raya = Kisna Rayan, dan Nagapattinam = Nagapatnam.

Catatan nama yang sama ini membuktikan bahawa kemungkinan besar terjalinnya hubungan antara kerajaan Melaka dan Empayar Vijayanagara yang kedua-duanya berkontemporer, dan ada rombongan dari Melaka yang dihantar oleh Sultan Melaka demi menjalinkan hubungan diplomatik dan juga hubungan perdagangan; rombongan demikian dikepalai oleh Hang Tuah.

Weight 0.340 kg
Dimensions 16.5 x 1 x 24 cm
Edition

Format

ISBN

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Hang Tuah: Catatan Vijayanagara”

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.