Hikayat Ular Nangkawang

Disunting oleh FATHENWAN WAN MOHD NOR

DBP (Cetakan Pertama, 2019)
121 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM18.00

Only 1 left in stock

Hikayat Ular Nangkawang merupakan sebuah karya kesusasteraan tradisional yang mengangkat tema fitnah dan pemikiran tentang nilai moral dan budi. Fitnah dan sikap iri hati akan memusnahkan kehidupan berkeluarga. Persoalan lain yang ditampilkan ialah percintaan dan kasih sayang dalam keluarga dan sesama manusia. Nilai sosiobudaya, pemikiran dan keindahan pengucapan sastera Melayu yang terkandung dalam naskhah ini mewajarkan manuskrip ini diterbitkan dalam usaha memelihara dan melestarikan khazanah warisan untuk tatapan generasi masa kini.

Manuskrip “Hikayat Ular Nangkawang” yang digunakan untuk kerja transliterasi ini, berdasarkan sebuah manuskrip koleksi John Leyden yang diperoleh daripada India Office Library pada tahun 1824. Manuskrip “Hikayat Ular Nangkawang” juga turut dinyatakan terdapat dalam Indonesian manuscripts in Great Britain. Naskhah Mss Malay A.1. kini tersimpan di British Library dalam bentuk digital. Selain itu, terdapat satu lagi naskhah “Hikayat Ular Nangkawang” di British Library ditandai dengan Add. 12382.

Salah satu keistimewaan “Hikayat Ular Nangkawang”, adalah ditulis dengan menggunakan kertas cina. Kebiasaannya, naskhah Melayu lama banyak ditulis menggunakan kertas Eropah yang mempunyai ciri khas, iaitu memiliki tera air atau watermarks apabila diamati melalui cahaya matahari akan terlihat tera air pada kertas tersebut. Kebanyakan kertas Europa, tera air biasanya terletak pada bahagian tengah atau kiri kertas manakala kertas cina tidak mempunyai tera air. “Hikayat Ular Nangkawang” dalam Mss Malay A.1. ditulis menggunakan kertas cina tetapi tidak dinyatakan secara terperinci berbanding dengan naskhah “Hikayat Ular Nangkawang” yang ditandai dengan Add. 12382 yang terbukti menggunakan kertas cina apabila meterai atau cop perdagangan berdakwat merah jelas ditemui pada halaman f.29v-f.30r.

Kata Pengantar
Pendahuluan
Lambang

Transliterasi Teks “Hikayat Ular Nangkawang”

Glosari
Bibliografi
Indeks

Weight0.215 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.