Puitika Sastera Melayu

MUHAMMAD HAJI SALLEH (b. 1942 – ) merupakan salah seorang penulis Malaysia yang telah dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara 1991. Beliau juga telah memenangi Anugerah Penulis S.E.A. pada tahun 1997. Pada 2008, beliau dinobat sebagai Tokoh Akademik Negara. Beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia (1978-1982) dan banyak menterjemah puisi berbahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Beliau juga menjadi sidang editor jurnal Tenggara, anggota Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, dan anggota Panel Anugerah Sastera Negara.

DBP (Edisi Ketiga, 2021)
405 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM40.00

In stock

If you purchase this book you will earn 8 points worth of RM0.80!

Puitika Sastera Melayu ialah suatu percubaan yang menyeluruh untuk melihat konsep dan prinsip dasar yang menjadi landasan kepada pemikiran dan penciptaan sastera Melayu. Bermula dengan takrif kata-kata dasar, Muhammad Haji Salleh telah memasuki daerah konsep teks, genre, pengarang, bahasa, estetika, dan khalayak sastera Melayu seperti yang menjelma dalam karya-karya lisan dan tulisan. Konsep -konsep ini pula digali daripada baris dan karya, bahasa dan bait sastera, dan daripada lurah kehidupan budaya di Nusantara.

Sebagai seorang pelajar sastera Inggeris, penulis ditunjukkan bahawa sastera ini tinggi pencapaiannya, dan besar sumbangannya terhadap kebudayaan dunia. Sebagai seorang pelajar juga, penulis turut kagum dengan karya dan kritikan yang mendukungnya. Malah sebagai kesan langsung, penulis mula menulis puisi dalam bahasa Inggeris suatu kesan yang terbesar mungkin terhadap seorang mahasiswa.

Namun begitu, pada sebahagian jiwa penulis, berbayang hakikat bahawa sastera dalam bahasa Melayu wujud samar, kerana wajahnya terpencil dari pentas sastera dunia. Buku-buku lama dilupakan dan tertimbus dalam debu kealpaan zaman. Penulis tidak mampu menjangkau sastera ini dari jarak jauh, tetapi penulis pula tidak merasakan bahawa hal ini mustahil kerana Winstedt atau Wilkinson sewaktu menjejak kaki di pantai Semenanjung tidak pun mengenal alif.

Setelah lama di luar, penulis pulang, pertama untuk membanding antara puisi moden Indonesia dan Malaysia. Sewaktu penulis sampai di Ann Arbor pada tahun 1970, pengetahuan penulis tentang sastera Malaysia dan Indonesia sudah mantap dan penulis terus mengikuti bidang sastera bandingan. Dipandu oleh Prof. Alton Banker, penulis menyelami cara berfikir pengarang Asia Tenggara dan melihat ke dalam cebisan puitika Burma dan Jawa. Sementara itu, Prof. Alton juga mengajar kursus teori mutakhir di universiti itu, yang penulis ikuti dengan penuh rasa takjub. Kursus ini menjadi medan penemuan baru untuk penulis, dan menganugerah puluhan soalan untuk orang Asia, tentang kemampuannya mencipta teori baru. Kursus sastera Jepun dan Cina yang juga sedang penulis ikuti, menjawab sebahagian daripada soalan ini.

Titik permulaan gagasan tidak pernah jelas, begitulah juga gagasan untuk menulis sebuah puitika atau teori sastera Melayu. Tetapi kita tidak mungkin memahami sastera sesuatu bangsa tanpa mengetahui puitika sasteranya. Sastera dalam bahasa Melayu akan selalu dianggap tidak “padat”, “tidak intens” dan akhirnya “tidak baik” kerana kita menilainya dari rangka nilai sastera Barat. Sementara itu, puitika sastera Melayu tumbuh daripada bahasa, persekitaran dan falsafah bangsa itu. Kita akan bersalah sekiranya kita mengukurnya dengan ukuran Barat.

Selama 30 tahun lebih, penulis belajar untuk mengertikan teori sastera Barat dan Jepun, yang terus-menerus berkembang, dan akhirnya penulis menanyakan soalan terbesar yang pernah penulis tanyakan, “Apakah teori sastera Melayu?” Soalan ini amat mencabar.

Menemukan sebuah teori sastera Melayu ialah perlakuan pascakolonial yang penulis kira mengembalikan falsafah Malaysia kepada seninya, kerana dengan teori ini, kita menggeser teori yang dipinjam dari Barat, dan mengisytiharkan bahawa kita sebenarnya sudah lama mempunyai teori sendiri, yang menjadi landasan ciptaan falsafah seni bangsa Malaysia.

Penghargaan
Prakata Edisi Ketiga

Bab 1 Takrif dan Istilah

Bab 2 Fungsi Karya Sastera

Bab 3 Genre

Bab 4 Perkataan yang Indah-indah

Bab 5 Teks

Bab 6 Memperbaharu Pengarang

Bab 7 Yang Indah-indah: Sebuah Estetika Buat Hiburan dan Manfaat

Bab 8 Khalayak di Serambi dan Pentas

Bab 9 Penutup

Bibliografi
Indeks

Weight 0.489 kg
Dimensions 20.4 × 13.3 × 2 cm
Author(s)

Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Puitika Sastera Melayu”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More from this Author

  • Seorang Penyair, Sebuah Benua Rusuh: Biografi Usman Awang

    Seorang Penyair, Sebuah Benua Rusuh: Biografi Usman Awang

    , RM38.00
  • Pantun: The Poetry of Passion

    Pantun: The Poetry of Passion

    , , RM42.00
  • Pandangan Dunia Melayu Pancaran Sastera
    Out of stock

    Pandangan Dunia Melayu Pancaran Sastera

    , , RM30.00
  • Kembara Mencari Sempadan: Catatan Seorang Penyair

    Kembara Mencari Sempadan: Catatan Seorang Penyair

    , RM58.00
  • Sebuah Lembah Kunamakan Tanah Air
    Out of stock

    Sebuah Lembah Kunamakan Tanah Air

    , RM50.00
  • Setitik Darah di Bilik Bundar

    Setitik Darah di Bilik Bundar

    , RM17.00
  • Salju Shibuya Muhammad Haji Salleh
    Out of stock

    Salju Shibuya

    , RM15.00
  • Romance and Laughter in the Archipelago: Essays on Classical and Contemporary Poetics of the Malay World

    Romance and Laughter in the Archipelago: Essays on Classical and Contemporary Poetics of the Malay World

    , , RM80.00