Kembara Mencari Sempadan: Catatan Seorang Penyair

MUHAMMAD HAJI SALLEH (b. 1942 – ) merupakan salah seorang penulis Malaysia yang telah dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara 1991. Beliau juga telah memenangi Anugerah Penulis S.E.A. pada tahun 1997. Pada 2008, beliau dinobat sebagai Tokoh Akademik Negara. Beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia (1978-1982) dan banyak menterjemah puisi berbahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Beliau juga menjadi sidang editor jurnal Tenggara, anggota Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, dan anggota Panel Anugerah Sastera Negara.

Dewan Bahasa dan Pustaka (Cetakan pertama, 2019)
464 halaman, termasuk Indeks

RM58.00

In stock

Kembara Mencari Sempadan: Catatan Seorang Penyair mengumpulkan esei-esei kembara yang melukis pengalaman Muhammad Haji Salleh di Asia, Polinesia dan Australasia, termasuk di Indonesia, jepun, Korea, Vietnam, Laos, Thailand, India, Nepal dan Turki. Terungkap juga beberapa pengalaman di negara indah New Zealand. Begitu banyak pulau yang tersebar di Pasifik. Penulis hanya dapat menawarkan pengalaman di Tonga, Rarotonga, Kepulauan Cook, Tahiti dan Bora-bora, Samoa dan Fiji. Dan di pulau-pulau ini, penulis terasa seperti pulang ke zaman yang lebih awal, lebih dasar dan lebih sejahtera.

Masih ada berpuluh-puluh esei tentang Eropah, Amerika Syarikat, Kanada… Peru, dan Balkan yang tidak dimasukkan, kerana ingin mengelak supaya jilidnya tidak akan menjadi terlalu besar dan berat. Oleh yang demikian, mungkin akan terbit pula jilid II, dalam dua tiga tahun ini.

Kehidupan ini membawa penulis menjadi pengembara secara sebenar dan juga simbolik. Dari sejak kecil lagi penulis berpindah-randah dari sebuah kampung ke kampung yang lain, dari sebuah pekan ke pekan yang lain dan juga dari sebuah sekolah ke sekolah yang lain. Setelah itu hidup ini menerbangkan beliau ke luar negara, pertamanya ke Britain, dan setelah digigit oleh kutu kembara ini, penulis terus mengembara sendiri di Asia, Eropah, Amerika Utara dan Selatan, Polinesia, dan juga Afrika.

Sejak tahun 2007 penulis diberikan oleh Dewan Budaya sebuah ruang untuk melakarkan kembara ini. Hadiah ini, penulis syukuri kerana banyak yang terlintas di depan mata, akal fikiran dan juga perasaan, dan sebahagiannya pertama kali dialami. Penulis bertemu dengan manusia baik dan jahat, dangkal dan dalam, meriah dan sedih dan ratusan yang lainnya. Sebahagiannya telah diturunkan dalam bentuk sajak secara berasingan, atau sebagai draf dalam esei-esei ini.

Yang temui temui sejulat budaya dan sederet tamadun yang dipengaruhi China pada awalnya, tetapi muncul sebagai tamadun sendiri yang sangat peka, manusia, berbahasa dan sastera sendiri. Jepun dan Korea termasuk dalam kumpulan ini. Vietnam dan Laos lebih cair pengaruh Chinanya dan watak tempatan lebih menyerlah. Thailand dan Indonesia yang dulunya beragama Hindu dan Buddha kini sangat berlainan daripada sumber pengaruh awalnya. Kedua-duanya ini ialah budaya besar dan unik.

Apakah yang penulis cari dalam Kembara Mencari Sempadan: Catatan Seorang Penyair? Penulis sukakan alam yang indah dan luar biasa, luar daripada biasa Malaysia. Penulis mencari genius bangsa-bangsa yang beliau lawati. Mereka mungkin pemikir tersohor atau penulis yang tajam mata pemerhatiannya. Ataupun seniman yang baik suara dan tuturannya. “Sedap manis” seperti kata Hikayat Hang Tuah. Mereka ini akhirnya menjadi pemikir dunia, yang cuba mempersoalkan isu yang mengganggu kita sebagai manusia.

Antara yang penulis cari ialah seni dan sastera yang halus dan tinggi pencapaiannya. Di Thailand, Jepun, Indonesia dan juga India. Mereka ini, secara tidak sedar menjadi alter ego penulis, yang ingin beliau jadikan contoh kejayaan untuk dipelajari daripada kehalusan dan keberaniannya.

Penulis mencari tamadun sejumlah kejayaan pemikiran, seni dan sastera dan manusia contoh yang menjadi penunjuk jalan. Penulis mencari segi dan kelainan yang selalu membuat saya gembira melihat inovasi dan ketajaman mata seni mereka. Penulis menonton kabuki, dan wayang kulit Jawa dan Bali; malah juga sering menonton drama Shakespeare dan Samuel Beckett, Brecht dan Pinter. Penulis juga sering digoda oleh tarian-tarian yang berbagai-bagai bentuk dan gayanya dari Vietnam hinggalah ke Thailand, India, Indonesia dan Amerika.

Juga agak biasa penulis akan mencari karya klasik atau mutakhir sesebuah negara. Sebahagiannya dalam terjemahan, sememangnya. Jadi, dalam perjalanan fizikal ada pula penerokaan di lorong-lorong imaginasi dan seni oleh budayawan tempatan. Oleh itu penulis menikmati sesebuah negara di peringkat fizikal, intelektual dan juga seninya. Pengalaman begini sangat mengasyikkan.

Sering juga di belakang gunung dan kota dunia, penulis menemui diri, jati diri sendiri dan soalan-soalan tentang masa depan. Kembara menjadikan kita pemikir, perasa dan perenung tamadun. Inilah penemuan yang tidak dapat dibeli dengan wang.

Seorang pengembara harus berada di sana, di tempat kembaranya, dan berinteraksi dengan pengalaman dan dalam itu. Inilah tujuan kembara yang penulis letakkan di peringkat yang paling atas.

Dalam kembara, kita membawa sekantung pengalaman di negara sendiri, ataupun juga dari negara-negara lain yang pernah kita lawati. Dalam sebuah perjalanan terkini, kita membawa sejarah seorang pengembara, dan secara tidak sedar, kita membandingkan semuanya, dari negara sendiri dan juga dari negara-negara lainnya. Di hujung perjalanannya kita membuat kesimpulan dan juga belajar daripada kehidupan

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.67 kg
Dimensions 22.6 × 15 × 2.7 cm
Edition

Format

ISBN

9789834918880

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kembara Mencari Sempadan: Catatan Seorang Penyair”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.