Menyeberang Sejarah: Kumpulan Esei Pilihan

MUHAMMAD HAJI SALLEH (b. 1942 – ) merupakan salah seorang penulis Malaysia yang telah dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara 1991. Beliau juga telah memenangi Anugerah Penulis S.E.A. pada tahun 1997. Pada 2008, beliau dinobat sebagai Tokoh Akademik Negara. Beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia (1978-1982) dan banyak menterjemah puisi berbahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Beliau juga menjadi sidang editor jurnal Tenggara, anggota Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, dan anggota Panel Anugerah Sastera Negara.

DBP (Cetakan kedua, 2006)
647 halaman

RM20.00

Only 1 left in stock

Product ID: 8606 SKU: 9789836265395 Categories: , , Tags: , , ,

Menyeberang Sejarah: Kumpulan Esei Pilihan merupakan penanda perjalanan intelektual dan budaya yang panjang dan jauh oleh Sasterawan Negara, Muhammad Haji Salleh. Kritikawan dan ahli teori ini bermula dengan kesusasteraan Bandingan, tetapi telah pulang kepada kesusasteraan Melayu dan kesusasteraan Nusantara dengan kekayaan dan pengalaman kesusasteraan dunia.

Kini beliau membawakan pendekatan dan teori yang teruji dan berguna untuk kesusasteraan kita di wilayah ini. Selain Bakhtin, Ong, Barth, beliau juga terangsang oleh Fanon, Edward Said dan Aijaz Ahmad. Teori-teori pascakolonialisme membahaskannya untuk menyatakan derita anak negeri yang dijajah tanah air dan jiwanya dan melukis keindahan serta keunikan kesusasteraan Melayu yang sama sah, indah dan bermanfaat. Dalam beberapa buah esei, Muhammad cuba melihat teks lisan dan tulisan, dan berdasarkan bukti dalaman beliau secara tekun dan susah payah telah membina takrif, konsep dan teori kesusasteraan Melayu yang ternyata kaya dan unik.

Himpunan ini memperlihatkan suatu arah kritikan yang agak berlainan yang jarang ditempah oleh kritikawan tempatan. Muhammad membuka diri kepada teori kesusasteraan dari pelbagai benua. Puncak-puncak yang dicapai beliau membayangkan juga puncak penting kritikan kesusasteraan Malaysia yang sedang menuju jati dirinya.

Kertas-kertas dalam Menyeberang Sejarah: Kumpulan Esei Pilihan ditulis dalam rentangan waktu yang cukup panjang, dari ceramah yang mementingkan kesan lisan, hinggalah kepada kertas kerja dan hasil penyelidikan. Yang terbanyak ialah kertas kerja yang dibentangkan di berpuluh tempat di Asia, Eropah dan Amerika. Ada antaranya yang bermula kewujudannya dalam bahasa Inggeris tetapi diterjemahkan/dicipta kembali dalam bahasa Melayu. Namun demikian penulis turut mempunyai sebuah manuskrip esei yang sama besarnya dengan kumpulan ini, kebanyakannya sebagai hasil daripada pembentangan kertas kerja di dalam dan di luar Malaysia.

Muhammad Haji Salleh sudah lebih 20 tahun menulis tentang kesusasteraan Melayu dan kesusasteraan Asia Tenggara dalam bahasa Melayu dan Inggeris, dan menyumbang secara bermakna dan berkekalan kepada bidang ini. Bakat kritikan beliau amat diperkuatkan oleh bakat kepenyairan dan terjemahan yang terbukti dalam lebih daripada sepuluh buah buku puisi dan lima buah buku terjemahan.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.648 kg
Dimensions 20.5 × 13.3 × 3.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789836265395

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Menyeberang Sejarah: Kumpulan Esei Pilihan”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.