Out of stock

Akal Budi dalam Sastera Rakyat: Naratif dan Bukan Naratif

Disunting oleh NURUL FARHANA LOW ABDULLAH dan RAHIMAH A. HAMID

Penerbit USM (Cetakan semula, 2018)
192 halaman, termasuk Indeks

RM85.00

Out of stock

ISBN: 9789674611743 Product ID: 11046 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Akal Budi dalam Sastera Rakyat: Naratif dan Bukan Naratif menghimpunkan sejumlah makalah daripada beberapa orang penyelidik dalam bidang kesusasteraan, khususnya sastera lisan yang mengkaji, menghurai dan menganalisis pelbagai bentuk sastera lisan masyarakat Malaysia untuk ditonjolkan nilai estetika yang ada di sebalik genre sastera ini yang tumbuh dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Melalui kajian mereka, titik persamaan dicari agar nilai sepunyanya dapat diketengahkan demi mencapai perpaduan dan keharmonian dalam kehidupan masyarakat.

Kajian dalam bidang sastera lisan ini telah dilakukan oleh mereka yang ingin mendalami cara pemikiran sesuatu budaya atau masyarakat kerana dapat mengungkap buah fikiran komuniti itu dalam menghadapi sesuatu situasi. Malah, sastera lisan juga dapat mencerminkan norma dan nilai pegangan komuniti tersebut. Dalam usaha untuk memulihara kearifan tempatan di Malaysia, maka hasil sastera lisan sesuatu masyarakat itu amat penting dikaji, diolah secara ilmiah dan didokumentasi untuk tatapan umum.

Dalam usaha untuk memartabatkan kearifan tempatan pula, sastera lisan sebagai satu khazanah ilmu wajar diberikan perhatian oleh para pengkaji kerana genre ini mampu menjadi sumber akal budi, di samping menjadi hiburan dan sumber pendidikan. Tidak dinafikan, peribahasa, cerita rakyat, syair dan pantun yang dihasilkan pada masa lalu itu mengandungi unsur-unsur yang mencerminkan perkembangan sejarah pada waktu sastera lisan tersebut diilhamkan kerana “tiap-tiap hasil sastera mencerminkan keadaan masyarakat pada waktu itu, khususnya susunan masyarakat bangsa itu sendiri dari segi lahir dan batinnya.” (Yahya, 1963: 417)

Jika diteliti, beberapa bentuk kesusasteraan lisan yang terangkum di dalam Akal Budi Dalam Sastera Rakyat: Naratif dan Bukan Naratif menonjolkan kehebatan dan kearifan ilmu yang dimiliki oleh masyarakat tempatan dan peribumi. Kepandaian dan kearifan ini merupakan warisan turun-temurun dan tidak diketahui secara pasti siapa yang memulakan bentuk sastera lisan tersebut. Oleh itu, hasil karya ini wajar dianggap sebagai ilmu sepunya segenap lapisan masyarakat, lalu harus dipelihara dan disebarkan terutamanya kepada generasi muda agar dapat dikekalkan sebagai satu amalan budaya yang mencerminkan betapa tinggi dan dinamiknya nilai peradaban masyarakat Malaysia.

Weight 0.367 kg
Dimensions 24 × 16.5 × 1.1 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.