Out of stock

Sejarah Islam di India: Abad ke-8 hingga Abad ke-20

AZHARUDIN MOHAMED DALI adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya.

DBP (Cetakan Pertama, 2014)
455 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM25.00

Out of stock

ISBN: 9789834614607 Product ID: 673 Subjects: , ,

Buku Sejarah Islam di India: Abad ke-8 hingga Abad ke-20 merupakan buku penting yang menjadikan Islam sebagai asas perbincangan. Berbagai-bagai aspek merangkumi kehadiran Islam, kerajaan dan tokoh Islam mahupun peristiwa-peristiwa yang membabitkan orang Islam di India antara abad kelapan hingga abad ke-20 yang menjadi tumpuan utama. Sejarah Islam di India: Abad ke-8 hingga Abad ke-20 dihasilkan dengan menggunakan sumber rujukan yang mendalam yang pasti menjadi sumber rujukan penting kepada pelajar sama ada pada peringkat sekolah mahupun institusi pengajian tinggi serta mereka yang berminat dengan sejarah Islam. Lebih penting lagi, buku ini akan mengisi kekosongan yang wujud dalam meneliti dan memahami Islam di India. Diharapkan buku ini memberikan faedah kepada semua pembaca.

Penulisan Sejarah Islam di India: Abad ke-8 hingga Abad ke-20 bertujuan untuk mengetengahkan kenyataan bahawa Islam merupakan agama yang telah melalui satu perkembangan yang cukup menarik di beberapa wilayah di dunia dan salah satunya di benua kecil India. Sejarah Islam di India: Abad ke-8 hingga Abad ke-20 secara umumnya mempunyai beberapa tema dan dikembangkan dalam bab-bab yang terdapat di dalamnya. Tema-tema yang dimaksudkan ialah sejarah perkembangan Islam, kemunculan tokoh-tokoh Islam dalam sejarah Islam di India, aliran-aliran pemikiran Islam dan cabaran-cabaran serta permasalahan yang dihadapi masyarakat Islam di India. Keempat-empat tema ini mengikat perbincangan yang terdapat dalam buku ini.

Weight0.540 kg
Dimensions21.6 × 13.6 × 2.3 cm
Language

Publisher

Year Published

  1. Mokhtar Senik (verified owner)

  2. Stanley Jana (verified owner)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.