Anatomi Revolusi

CRANE BRINTON (1898-1968) adalah sejarawan Amerika yang pakar dalam sejarah Perancis dan sejarah idea secara umumnya. Kecendekiawanan beliau dalam bidang sejarah telah melayakkannya menerima Rhodes Scholarship bagi memasuki Oxford University, kemudiannya beliau menerima Doktor Falsafah pada tahun 1923.

Terjemahan daripada judul asal The Anatomy of Revolution oleh HARISON SIDEK

Awal Nahdah Resources (Cetakan Pertama, 2016)
340 halaman termasuk Bibliografi

RM45.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9789671441831 Product ID: 928 Subjects: , , Sub-subjects: , , ,

Anatomi Revolusi adalah terjemahan daripada The Anatomy of Revolution tulisan Crane Brinton yang diterbitkan pada 1938. Anatomi Revolusi merupakan siri syarahan Crane Brinton yang telah diubahsuai serta dipanjangkan. Syarahan-syarahan yang dimuatkan dalam buku ini adalah syarahan yang telah disampaikan di Boston pada bulan Februari dan Mac 1938, atas pembiayaan Institut Lowell. Dunia pasca perang kita telah menghasilkan satu siri revolusi yang tidak terhad kepada negara-negara yang secara umumnya memberikan reputasi politik yang tidak baik. Rusia pada tahun 1917, Eropah Tengah dari tahun 1818-1919, Sepanyol pada tahun 1931, Jerman, sekali lagi pada tahun 1933, kesemuanya melalui perubahan kerajaan secara keganasan yang sering dikaitkan dengan perkataan revolusi. Sesetengah dari gerakan revolusi ini sememangnya tidak terhad kepada corak revolusi pada abad kesembilan belas, yang mana apa yang mereka jalani bukannya atas nama kebebasan, kesamarataan dan persaudaraan tetapi atas nama autoriti, disiplin dan kuasa. Mereka boleh dianggap sebagai autoritarian, konservatif dan reaksioner. Hitler dan Mussolini tidak bertutur dalam bahasa Hampden, Patrick Henry, Mirabeau, Mazzini, dan bukan juga Marx dan Engels.

Negara-negara yang telah lama mengamalkan demokrasi terbukti mempunyai kestabilan politik dan telah melalui banyak siri tarikan ekonomi yang sememangnya tampil sebagai lebih serius dari tarikan ekonomi yang sama yang telah mereka harungi dengan jayanya di abad kesembilan belas. Pelanggaran Perjanjian Versailles, kemunculan semula anarki antarabangsa dan masalah kewangan kerajaan, menyumbang kepada perasaan tidak selamat kepada negara-negara demokrasi ini. Peristiwa-peristiwa yang berlaku baru-baru ini di Rusia, secara halusnya, membingungkan dan menggugat semangat mereka yang berada di luar Rusia yang menaruh harapan kepada Revolusi di Rusia. Keseluruhan nada penulisan politik berubah khususnya di negara-negara seperti England, Perancis dan Amerika Syarikat. Utusan pembawa berita keruntuhan kini sama seperti utusan yang membawa berita kemajuan pada masa kecemerlangan dahulu apabila kita boleh melaungkan klise “Evolusi, bukan Revolusi” dengan gembira dan bangganya.

Malah di Amerika Syarikat, apabila memori indah tahun 1776 digabungkan dengan badan-badan yang tidak terlibat dengan revolusi seperti Daughters of the American Revolution (Anak-Anak Perempuan Revolusi Amerika), kejatuhan besar pada tahun 1929 menyebabkan pelbagai jenis orang menjadi bimbang, atau mengharapkan, sebuah peralihan malapetaka. Mereka yang berfikiran waras dalam lingkungan konservatif mula membincangkan sama ada ladang kecil di Vermont dapat menyara hidup mereka dan memberikan keselamatan yang sepatutnya dari kumpulan perompak yang berkeliaran di bawah kumpulan Pemerintahan Ganas (Reign of Terror). Golongan radikal yang mengharap, yang banyak membaca Marx, mula membincangkan sama ada ekonomi yang tenat mungkin tidak menyedarkan pekerja-pekerja di Amerika bahawa mereka adalah proletariat dan bukannya kumpulan kapitalis yang berpotensi. Kolumnis di Hollywood melaungkan frasa kegemaran yang naif, “Datangnya revolusi…”

Oleh itu, adalah mustahil bagi kita pada hari ini untuk merasa neutral terhadap revolusi. Namun, kita tidak sepatutnya pergi jauh dalam memahami revolusi kecuali sekiranya kita boleh mengekalkan pandangan walaupun bukan neutral, sekurang-kurang satu persepsi yang tidak terikat.

Pendahuluan

Bab 1: Kajian Perbandingan Revolusi
i. Kepertuan Pendekatan Saintifik
ii. Unsur-Unsur Asas Kaedah Saintifik
iii. Aplikasi Kaedah Saintifik Dalam Kajian Ini
iv. Kekangan Tajuk Perbincangan

Bab 2: Rejim Lama
i. Diagnosis Tanda-Tanda Awal
ii. Kelemahan-Kelemahan Suruktur, Ekonomi Dan Politik
iii. Peninggalan Kesetiaan Oleh Para Intelektual
iv. Kelas-Kelas Dan Pertentangan Antara Kelas
v. Ringkasan

Bab 3: Tahap-Fahap Pertama Revolusi
i. Figaro Yang Kekal
ii. Peristiwa-Peristiwa Tahap Pertama
iii. Kespontanan Atau Perancangan?
iv. Peranan Kuasa
v. Bulan Madu

Bad 4: Jenis-Jenis Revolusioner
i. Klise
ii. Kedudukan Ekonomi Dan Sosial: Pangkat Dan Jawatan
iii. Kedudukan Ekonomi Dan Sosial: Pemimpin
iv. Watak Dan Kecenderungan
v. Ringkasan

Bab 5: Pemerintahan Golongan Sederhana
i. Masalah Golongan Sederhana
ii. Peristiwa-Peristiwa Semasa Pemerintahan Golongan Sederhana
iii. Dwi-Kedaulatan
iv. Kelemahan Golongan Sederhana
v. Kegagalan Golongan Sederhana

Bab 6: Pengambilalihan Kuasa Oleh Golongan Pelampau
i. Rampasan Kuasa
ii. Penyusunan Golongan Pelampau
iii. Kesesuaian Golongan Pelampau
iv. Jentera Kediktatoran

Bab 7: Pemerintahan-Pemerintahan Ganas Dan Murni
i. Penularan Keganasan
ii. Keganasan Dan Orang Luar
iii. Keganasan Dan Orang Dalam: Keselarian Agama
iv. Apa Yang Menyebabkan Keganasan?

Bab 8: Thermidor
i. Keuniversalan Reaksi Thermidor
ii. Pengampunan Dan Penindasan
iii. Kemunculan Semula Gereja
iv. Pencarian Keseronokan
v. Ringkasan

Bab 9: Ringkasan Kerja-Kerja Revolusi
i. Perubahan dalam Institusi Dan Pemikiran
ii. Beberapa Keseragaman Sementara
iii. Paradoks Revolusi

Lampiran Bibliografi
i. Penulisan Sejarah Mengenai Empat Revolusi
ii. Kebijaksanaan Zaman
iii. Pengikut-Pengikut Marx .
iv. Sosiologi Revolusi-Revolusi

Weight0.380 kg
Dimensions20 × 13 × 2 cm
Format

Language

Publisher

Year Published

  1. Kawah Buku (store manager)

    “Adalah amat berguna untuk mempunyai keselarian-keselarian dalam empat revolusi yang dipilih oleh Crane Brinton—Inggeris, Amerika, Perancis dan Rusia—yang ditunjukkan dengan penuh pengetahuan dan kejelasan sepertimana yang ditunjukkan dalam bahagian bahagian utama buku ini. Perlu ditambah bahawa penulis adalah merupakan seorang ahli sejarah yang hebat dan seorang individu yang penuh semangat sehinggakan tidak wajar sekiranya kita menafikan bahawa penulisannya adalah lebih dari kepentingan sains semata-mata. Ia adalah merupakan satu buku yang mana banyak perkara boleh dipelajari daripadanya.”—Hajo Hoborn, The Yale Review

    (0) (0)
  2. Kawah Buku (store manager)

    “Demikianlah kepintarannya dan pengetahuan sejarahnya (Profesor Brinton) yang menyebabkan apa yang mungkin menjadi suatu silogisme bahan lama yang diolah semula di tangan orang-orang yang kurang arif bertukar menjadi suatu penjelasan terperinci yang menarik dan tajam, dan seperti satu seminar yang dijalankan dengan baik, menjadikan pemikiran pembacanya begitu aktif dengan sendirinya.”—The New Yorker

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.