Kedudukan Orang Melayu Sarawak di bawah Penjajahan British 1946-1963

HASHIM FAUZY YAACOB adalah Profesor Madya di Universiti Teknologi Malaysia.

DBP (Cetakan Pertama, 2013)
248 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM20.00

In stock

If you purchase this book you will earn 4 reward points!
ISBN: 9789834608712 Product ID: 481 Subjects: , , Sub-subjects: , , ,

Kedudukan Orang Melayu Sarawak di bawah Penjajahan British 1946-1963 menyorot keadaan sebuah kumpulan peribumi di bumi Sarawak sepanjangan berada dalam jajahan British selepas era pemerintahan keluarga Brooke. Sarawak mengalami beberapa peringkat penjajahan yang banyak meninggalkan kesan politik dan sosioekonomi kepada penduduk setempat. Peringkat pertama penjajahan apabila negeri ini diambil daripada Kesultanan Brunei oleh Brooke. Penjajahan peringkat kedua dialami oleh Sarawak apabila Jepun merampas wilayah ini daripada tangan Brooke, tetapi penjajahan Jepun ini tidak lama, iaitu dari tahun 1941 hingga tahun 1945. Tamat Perang Dunia Kedua, Brooke berasa tidak mampu lagi untuk mentadbir Sarawak, maka rundingan telah dibuat untuk menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Dengan itu, pada tahun 1946, Sarawak telah berpindah tangan daripada Brooke kepada kerajaan British walaupun sebahagian besar masyarakatnya tidak menyetujui penyerahan tersebut.

Orang Melayu di Sarawak kebanyakannya tinggi di lembah-lembah, kuala-kuala Sungai Sarawak, Sungai Rajang dan di kawasan persisiran pantai, Walaupun begitu, ada juga antara mereka yang tinggal di kawasan pedalaman, tetapi bilangannya tidaklah begitu besar. Penempatan orang, Melayu banyak didapati di kawasan barat daya Sarawak, terutamanya di daerah Kuching, Sadong, Saribas, Kalaka dan Simanggang. Selain itu, orang Melayu juga terdapat di Sibu dan di kawasan pantai Teluk Brunei, di daerah Lawas dan Limbang. Kawasan yang paling padat penduduk Melayu ialah daerah pentadbiran Kuching yang mempunyai lebih daripada 35 peratus penduduk Melayu.

Asal usul orang Melayu Sarawak belum dapat dipastikan kerana tidak terdapat bukti yang jelas menunjukkan sejarah asal usul mereka. Di samping itu, mereka juga merupakan satu kumpulan yang bercampur aduk. Oleh sebab asal usul ini masih merupakan satu kontroversi, maka asal usul orang Melayu Sarawak tidak dapat ditentukan dengan tepat tetapi boleh dirumuskan seperti yang berikut:

1. Orang Melayu Sarawak berasal daripada migrasi yang berlaku dari Sumatera, Jawa dan Tanah Melayu. Mereka membuka penempatan di Sarawak dan Brunei. Di Sarawak, mereka telah berjaya mempengaruhi golongan peribumi bukan Islam untuk memeluk Islam. Golongan peribumi ini mengalami proses asimilasi sosiobudaya sehingga menjadikan diri mereka Melayu. Dalam keadaan ini, wujud dua kelompok Melayu, iaitu orang Melayu yang datang dari luar Sarawak dan orang Melayu yang wujud selepas berlakunya asimilasi itu. Golongan orang Melayu yang berhijrah dari luar boleh disifatkan sebagai migran Melayu yang awal.

2. Orang Melayu Sarawak berasal daripada golongan peribumi yang memeluk Islam ekoran aktiviti pedagang-pedagang Islam dan juga pengaruh daripada pengislaman Brunei. Proses asimilasi sosiobudaya yang berlaku menyebabkan mereka menjadi Melayu.

3. Sebahagian orang Melayu berasal dari Tanah Melayu, Jawa dan Sumatera, tetapi kehadiran mereka agak terkemudian. Kedatangan mereka setelah terdapatnya orang Melayu di sini. Mereka ini boleh disifatkan sebagai migran Melayu yang baharu. Hal ini terbukti daripada kenyataan John Goatly pada tahun 1959 yang menyatakan terdapat kampung-kampung Melayu yang menunjukkan identiti masing-masing, misalnya Kampung Boyan, Kampung Gersik, Kampung Surabaya, Kampung Panglima Seman dan sebagainya, iaitu berdasarkan nama-nama tempat di Indonesia. Usia kampung-kampung ini tidak lebih daripada 100 tahun dan ini menunjukkan penempatan ini merupakan penempatan baharu.

Prakata
Pendahuluan
Penghargaan
Singkatan

BAB 1 Pengenalan

BAB 2 Latar Belakang Orang Melayu dan Kedudukan Mereka Semasa Pemerintahan Brooke

BAB 3 Penyerahan Sarawak kepada British

BAB 4 Dasar British di Sarawak

BAB 5 Sosioekonomi Orang Melayu-Islam di Bawah Pentadbiran British

BAB 6 Kedudukan Orang Melayu dalam Politik Tahun 1946-1958

BAB 7 Perkembangan Politik Melayu 1959-1963

Lampiran
Bibliografi
Indeks

Weight 0.365 kg
Dimensions 21.5 × 14 × 1.1 cm
Author(s)

Edition

Format

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.