Bangsawan di Sarawak

NUR AFIFAH VANITHA ABDULLAH adalah Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

DBP (Cetakan Pertama, 2019)
206 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM30.00

Only 1 left in stock

Bangsawan di Sarawak memperincikan perkembangan dan perubahan seni persembahan bangsawan di bumi Sarawak selari dengan suasana ekonomi, politik, dan sosial masyarakat Melayu tempatan dari tahun 1930-an hingga kini. Bangsawan merupakan suatu bentuk seni persembahan yang mempunyai kesan yang mendalam terhadap peminat dan penggiatnya di Sarawak. Mereka pastinya tidak dapat melupakan kehebatan dan keseronokan menyertai dan menonton bangsawan. Bentuk-bentuk teater yang hadir selepas bangsawan tidak dapat menandingi kehebatan bangsawan daripada segala bentuk aspek teaterikal seperti lakonan, nyanyian, tarian, set pentas, kostum dan suasana pementasan.

Persembahan bangsawan di Sarawak bermula sekitar tahun 1930-an, terutamanya di kampung-kampung Melayu di sepanjang pesisir pantai Sarawak, setelah diperkenalkan oleh kumpulan bangsawan dari Tanah Melayu. Secara umum, buku ini mengenal pasti empat fasa persembahan bangsawan di Sarawak, iaitu “bangsawan Tanah Melayu”, “bangsawan kampung”, “bangsawan tahun 1980-an”, dan “bangsawan alaf ke-21”. Setiap fasa bangsawan ini dibincangkan dalam konteks tiga komponen penting persembahan, iaitu faktor persekitaran, production mode dan proses persembahan. Hasil analisis menunjukkan bahawa faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam mempengaruhi production mode dan proses persembahan yang kemudiannya mengakibatkan jatuh bangunnya bangsawan di Sarawak.

Penemuan ini membuktikan bahawa bangsawan yang muncul atas desakan faktor persekitaran mengalami perubahan yang lebih ketara dan memiliki jangka hayat yang lebih lama berbanding dengan faktor dalaman. Fenomena ini berlaku kerana teater ini dijadikan agen budaya bagi mencapai agenda tertentu. Pengaruh faktor dalaman pula hanya memberikan kesan yang minimum terhadap persembahan bangsawan. Penelitian terhadap production mode pula membuktikan bahawa setiap elemennya, iaitu penganjur, kewangan, tenaga produksi, gaya pengurusan dan tujuan penganjuran saling bergantungan dalam mempengaruhi proses persembahan bangsawan. Walau bagaimanapun, di sebalik perubahan persembahan bangsawan di Sarawak, struktur dan bentuk asas bangsawan yang asli (bangsawan Tanah Melayu) tetap dikekalkan. Dengan kata lain, perubahan yang berlaku terhadap persembahan bangsawan di Sarawak adalah lebih bersifat kosmetik dan luaran sahaja, manakala format pementasannya tetap sama.

Untuk mencapai kefahaman terhadap perkembangan dan perubahan persembahan bangsawan di Sarawak, teori persembahan yang dikemukakan oleh Richard Schechner digunakan sebagai kerangka perbincangan. Secara umum, teori ini memberikan fokus pada aspek persembahan suatu aktiviti sebagai persembahan. Konsep faktor persekitaran, production mode, dan proses persembahan diaplikasi untuk menerangkan fenomena teater bangsawan di Sarawak. Tahun 1914 tercatat sebagai tarikh terawal persembahan bangsawan dianjurkan di Sarawak, justeru tahun tersebut dipilih sebagai tempoh permulaan perbincangan buku ini. Persembahan bangsawan Sultan Tengah pada Mac 2016 merupakan pementasan terakhir teater ini di Sarawak, maka persembahan tersebut ialah subjek penutup bagi perbincangan buku ini.

Prakata
Pendahuluan
Penghargaan
Senarai Singkatan

Bab 1 Persembahan Bangsawan Tanah Melayu

Bab 2 Persembahan Bangsawan Kampung

Bab 3 Persembahan Bangsawan Tahun 1980-an

Bab 4 Persembahan Bangsawan Alaf ke-21

Bab 5 Cabaran dan Hala Tuju

Bibliografi
Indeks

Weight0.29 kg
Dimensions21.6 × 14 × 1.3 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.