Radikalisme Melayu Perak 1945-1970

Ishak Saat merupakan anak kelahiran Sitiawan, Perak yang dilahirkan pada 30 November 1964. Beliau merupakan seorang pendidik yang berpengalaman luas dan telah berkecimpung dalam bidang pendidikan melebihi 20 tahun khususnya dalam pengajian Melayu dan Sejarah, sejak 1988 hingga sekarang. Ishak Saat kini merupakan seorang Profesor Madya di Jabatan Sejarah dan Arkeologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Ishak Saar juga giat berkarya dan antara buku-buku yang pernah diterbitkan ialah Malaysia 1945-2000 (2009), Penulisan Sejarah (2010), Madrasah Idrisiah Bukit Chandan 1922-2000: Sumbangan dan Kejayaan (2010), Warisan Melayu Perak (2010) dan Isu-isu Terpilih dalam Politik dan Perjuangan (2010).

Penerbit Universiti Sains Malaysia (Terbitan 2011)
270 halaman
ISBN 9789838614658

RM54.00

In stock

Product ID: 3230 SKU: 9789838614658 Categories: , , , Tags: , , , ,

Radikalisme Melayu Perak: 1945-1970 memuatkan catatan sejarah politik Melayu radikal yang pernah mewarnai sejarah Malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan.

Istilah radikalisme ini dipilih kerana umum masyarakat beranggapan bahawa radikal itu satu pendekatan yang drastik dan keterlaluan. Namun sebenarnya ia merupakan sebuah pengistilahan yang dilabelkan kepada mereka yang ingin menuntut kemerdekaan daripada penjajah British.

Malah, buku ini turut menyingkap perjuangan, aliran pemikiran, sumbangan dan pengorbanan yang terpaksa mereka lalui.

Justeru, buku ini diutarakan demi untuk memberikan gambaran sebenar perjuangan yang dipelopori mereka yang bergelar radikal agar masyarakat dapat menilai sumbangan dan pengorbanan mereka yang tidak ternilai pentingnya terhadap agama, bangsa dan negara.

Seharusnya buku ini dimiliki dan dibaca oleh para guru, siswa dan siswi, pengkaji sejarah dan ahli-ahli politik serta masyarakat umum agar dapat maklumat dan kefahaman yang mendalam. Seterusnya menilai catatan sejarah ini secara lebih terbuka dan adil.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.487 kg
Edition

Format

ISBN

9789838614658

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Radikalisme Melayu Perak 1945-1970”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You may also like…