Melayu Cape di Afrika Selatan

WAN HASHIM WAN TEH merupakan bekas pensyarah UKM. Pada tahun 2004, beliau telah dicalonkan mewakili Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 bagi parlimen Gerik. Kini beliau merupakan dekan di Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

HANAPI DOLLAH adalah pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia.

DBP (Cetakan Pertama 2010)
257 halaman

RM60.00

In stock

Melayu Cape di Afrika Selatan memperkenalkan pembaca kepada sudut sejarah, perkembangan dan kedudukan semasa rumpun Melayu diaspora yang unik di Afrika Selatan. Apa yang dibentangkan menerusi Melayu Cape di Afrika Selatan adalah perspektif daripada pemerhatian dan tanggapan penulis sebagai penyelidik dari luar yang mungkin berbeza daripada perspektif mereka sendiri.

Lebih setengah juta keturunan Melayu kini mendiami di beberapa bandar di Afrika Selatan seperti Cape Town, Johannesburg, Port Elizabeth, Simonston, Kimberly, Durban, dan beberapa lagi. Mereka merupakan salah satu rumpun Melayu diaspora yang berhijrah ke sana mulai pertengahan abad ke-17 semasa Wilayah Cape, Melaka dan sebahagian Kepuauan Alam Melayu di bawah penjajahan Belanda. Ketibaan golongan ulama seperti Sheikh Yusof dan Imam Abdullah Kadi dari Alam Melayu sebagai buangan politik telah mengasaskan serta mengembangkan agama Islam di sana.

Walaupun menerima tekanan yang pedih daripada kuasa penjajahan dan kemudiannya rejim Apartheid, mereka masih berjaya mempertahankan jati diri sebagai rumpun Melayu yang beragama Islam. Ada dalam kalangan mereka muncul sebagai tokoh cemerlang kerana terlibat secara langsung dalam arena politik, gerakan menentang Apartheid serta aktif dalam bidang perniagaan dan kesenian.

Melayu Cape di Afrika Selatan mempunyai beberapa ciri yang unik jika dibandingkan dengan kelompok Melayu minoriti yang lainnya. Dalam kalangan kumpulan Melayu diaspora, iaitu rumpun Melayu yang berhijrah ke luar wilayah Alam Melayu, mungkin mereka paling berjaya dari segi kedudukan sosio-ekonomi serta perkembangan budaya dan intelektual. Malah penghijrah awal pada abad ke-17 dan abad ke-18 yang terdiri daripada ulama dan buangan politik memberi sumbangan besar sebagai pengasas dan pengembang agama Islam di Afrika Selatan.

Konsep Melayu itu sendiri adalah sesuatu yang boleh diperbahaskan. Konsep ini merupakan konsep budaya dan bukannya konsep etnik ataupun ras. Lazimnya mereka merupakan penganut agama Islam yang berasal dari Alam Melayu. Pada abad ke-17 hingga abad ke-19, mereka bertutur dalam bahasa Melayu. Sebahagian besar mereka yang berasal dari Eropah, Afrika dan India yang beragama Islam serta mempunyai pertalian darah dengan orang Melayu melalui kahwin campur akhirnya akan mengambil jati diri sebagai “orang Melayu”, iaitu lebih dikenali sebagai Cape Malay.

Mulai awal abad ke-20, jati diri mereka sebagai orang Melayu mengalami penghakisan yang amat ketara. Hari ini, sesetengah penyelidik dan pemimpin masyarakat Islam di sana lebih bersedia mengkategorikan mereka sebagai orang Islam. Dalam kalangan orang Melayu sendiri, ada yang lebih selesa dikategorikan sebagai orang Islam atau golongan kulit berwarna (coloured) dan bukan sebagai orang Melayu.

Weight 0.605 kg
Dimensions 19.2 × 1.5 × 26 cm
Edition

Format

ISBN

9789834603120

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Melayu Cape di Afrika Selatan”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.