Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming Abad ke-15

Liang Liji lahir dan didewasakan dalam dua budaya: Melayu-Cina. Sebelum melanjutkan pelajarannya ke Universiti Peking pada 1950, beliau menuntut di Sekolah Menengah Hua Chiao, di tanah kelahirannya di Bandung. Kemudian Liang Liji menjadi Setiausaha di Pejabat Bahasa Indonesia, Universiti Peking (1955-65). Beliau juga pernah menjadi Pengarah Pejabat Bahasa dan Kebudayaan Indonesia (1972-88), Pengarah Institut Pengajian Kebudayaan Indonesia-Melayu (1989) dan Pengarah Institut Pengajian Kebudayaan Asia Tenggara (1992) semuanya di Universiti Peking. Dalam bidang penerbitan, selain banyak menerbitkan karya sendiri, beliau juga menjadi Ketua Editor Kamus Baru Bahasa Indonesia-Tionghoa (1976), dan Ketua Editor Bahagian Sastera Asia Tenggara untuk Chinese Great Encyclopedia (1979). Beliau juga adalah bekas Profesor Pelawat di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM.

Penerbit UKM (Cetakan Kedua 2009)
146 halaman

RM30.00

Only 1 left in stock

Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming Abad ke-15 merupakan buah tangan Liang Liji yang menghuraikan hubungan erat di antara dua empayar Timur yang besar berlangsung pada abad ke-15. Sejarah manusia memang penuh dengan bentrokan dan pertumpahan darah. Bangsa dan negara yang berbeza jarang dapat hidup berdampingan dalam rukun damai. Selalunya rakyat terheret ke dalam kancah permusuhan dan peperangan yang membawa malapetaka besar. Kerana itulah, kepada Liang Liji, sejarah perhubungan China-Melayu pada abad ke-15 amat menakjubkan kerana sepanjang pertalian selama lebih separuh abad tidak terdapat perselisihan atau pertikaian, apalagi peperangan.

Keadaan ini amat berbeza apabila Dunia Melayu dikuasai Barat. Melaka-China bukan sahaja membina kekuatan perhubungan mereka atas faktor politik dan ekonomi yang pragmatik. Hubungan budaya yang amat kukuh terbukti dengan beredarnya Man La Jiu Guo Yi Yu, kamus dwibahasa Cina-Melayu pada zaman perhubungan Dinasti Ming-Melaka. China pula banyak berpegang kepada falsafah Confucius.

Antara lain Confucius mengajarkan, “Kalau anda ingin tumbuh, tumbuhkanlah orang lain kalau anda ingin makmur, makmurkanlah orang lain.” Bertolak dari situlah China menyatakan “hendak bersahabat dan berkasih-kasihan.” Dan Melaka pun aman dan makmur bersama China.

Dengan menggunakan sumber-sumber asli dalam bahasa Cina klasik yang tidak diragui kesahihannya, pembaca didedahkan kepada beberapa maklumat baru mengenai pencapaian dan keagungan Kerajaan Melaka sepanjang abad ke-15. Betapa kewujudan seorang Maharaja bagi sebuah Kerajaan yang besar ketika itu memberi pengiktirafan secara rasmi terhadap kewujudan Melaka, malah kemuliaan raja pemerintahnya. Betapa hubungan diplomasi itu telah terlaksana dengan begitu baiknya seperti terkandung dalam warkah dari Kaisar Ming yang dicatatkan oleh Sejarah Melayu, “Surat dari bawah cerpu langit, datang ke atas mahkota raja Melaka, bahawa kita dengar raja Melaka raja besar, sebab itulah maka kita hendak bersahabat dan berkasih-kasihan dengan raja Melaka, kerana kita pun daripada anak cucu Raja Iskandar Zulkarnain, sebangsa juga dengan raja Melaka.”

Hubungan ini telah dijalin dengan erat menerusi seorang Laksamana dan diplomat Islam yang terbilang dalam sejarah China dan Dunia Melayu, dan layak dikagumi serta disanjung, Zheng He (Cheng Ho) atau nama Islamnya Ma Poh Sam yang membuat tujuh pelayaran ke tiga puluh buah negeri di Dunia Melayu, Timur Tengah, dan Asia Selatan.

Abad ke-15 adalah zaman bermulanya perkembangan Islam yang pesat di Dunia Melayu serta zaman bermulanya perkembangan dunia perbahasan dan persuratan Melayu. Tetapi yang paling jelas kepada kita ialah zaman ini juga merupakan zaman kemuncak dan kecemerlangan penguasaan bangsa Melayu dalam bidang perdagangan maritim yang merentasi benua dan lautan. Zaman ini juga adalah zaman penuh kedamaian di sepanjang Selat Melaka dan Laut China Selatan dalam era sebelum kedatangan gelombang pertama penjajahan.

Malangnya zaman kedamaian dan keemasan ini dengan begitu cepat berakhir, ditamatkan oleh kuasa-kuasa Barat yang menjejak bumi Melayu ini dengan gun-boat diplomasinya. Tahun 1511 memulakan satu era kejatuhan dan kemunduran bangsa Melayu yang disisihkan daripada fungsi utama sebagai pelaut dan pedagang, terpinggir menjadi petani dan nelayan.

Buku Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming Abad ke-15 akan muncul sebagai sebuah karya besar yang penting dan sesuai dijadikan bahan bacaan dan rujukan oleh para sarjana, peminat sejarah dan golongan pelajar yang berminat mendalami suatu era gemilang sejarah bangsa Melayu. Malah kejayaan yang dicapai dalam semua bidang utama pada abad ke-15 iaitu penguasaan dalam bidang politik, penguasaan dalam bidang perdagangan, peranan utama dalam mengembangkan agama Islam, dalam memajukan penggunaan bahasa Melayu, dalam mengasaskan dunia persuratan Melayu, serta menyemarakkan budaya cintakan ilmu, boleh dijadikan iktibar dan asas untuk kita membina satu lagi kejayaan dan kecemerlangan.

Pada akhir abad ke-20, ras Melayu berkembang kukuh. Perkembangan ini memungkinkan ras Melayu menjadi warga yang dominan di Dunia Melayu. Tentunya kita sama-sama ingin melihat ras Melayu dalam abad ke-21 nanti berjaya menjadi anggota eksklusif kelab kabilah sejagat (global tribe) yang kini dianggotai lima kelompok bangsa iaitu Yahudi, Anglo-Amerika, Jepun, Cina dan India.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.235 kg
Dimensions 15.1 × 0.8 × 22.8 cm
Edition

Format

ISBN

9789679423352

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming Abad ke-15”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.