Out of stock

Islam dan Sosialisme

H. O. S. TJOKROAMINOTO (b.1882 – d.1934), atau nama asalnya Raden Hadji Oemar Said Tjokroaminoto, merupakan salah satu pemimpin organisasi pertama di Indonesia, yaitu Sarekat Islam (SI). Bergelar De Ongekroonde van Java atau “Raja Jawa Tanpa Mahkota” oleh Belanda, Tjokroaminoto adalah salah satu pelopor pergerakan di indonesia dan sebagai guru para pemimpin-pemimpin besar di Indonesia. Berangkat dari pemikirannya pula yang melahirkan berbagai macam ideologi bangsa Indonesia pada saat itu. Rumahnya sempat dijadikan rumah kost para pemimpin besar untuk menimbah ilmu padanya, yaitu Semaoen, Alimin, Muso, Soekarno, Kartosuwiryo, bahkan Tan Malaka pernah berguru padanya. Beliau adalah antara orang yang pertama kali menolak untuk tunduk pada Belanda.

Ikraq (Edisi cetakan baru, 2019)
145 halaman

RM23.00

Out of stock

Di dalam buku kecil ini, Tjokroaminoto cuba bergelut dengan persoalan-persoalan yang dibangkitkan dalam arus perdana wacana Islam dan Sosialisme. Beliau bertanyakan, dan cuba menjawab dengan terperinci, soal sejauh manakah pegangan agama Islam itu bercanggah, atau selari, dengan prinsip-prinsip Sosialisme? Dan sejauh manakah harakah Islamiah dan gerakan Sosialis dapat menjalinkan kerjasama dalam mengangkat agenda perjuangan rakyat dalam sesebuah negara? Apakah titik temu, dan titik perbedaan, yang harus diketahui oleh kedua-dua pihak?

Tjokroaminoto bergelut dengan persoalan-persoalan ini sewaktu Sarekat Islam (SI) mengalami perbalahan dan perpecahan dalaman yang melibatkan dua kumpulan, iaitu kelompok Marxis daripada Indische Sociaal-Democratische Vereeniging (ISDV) dan kaum radikal Islam. Buku ini boleh dilihat sebagai satu usaha Tjokoraminoto, selaku pemimpin gerakan SI, untuk mencari jalan tengah antara keduanya yang pastinya bukan suatu kompromi yang mudah. Beliau merumuskan, melalui penelitiannya, bahawa ada tiga dimensi yang dipegang secara dasar dan bersama antara ajaran Islam dan Sosialis, iaitu soal Kemerdekaan, Persamaan, dan Persaudaraan, dan ketiga-tiga dimensi inilah yang sewajarnya menjadi titik mula bagi sebarang kerjasama antara gerakan Sosialis dan Haraki Islamiah.

Sudah pasti kerjasama antara gerakan kiri sosialis dan gerakan Islam ini tidak bermula dan berakhir pada tempoh kehidupan Tjokroaminoto. Di Tanah Melayu sendiri kita ada terlihat beberapa bentuk kerjasama yang terjalin antara gerakan Islam dan gerakan kiri.

Pada bahagian kedua, ada dimuatkan satu tulisan yang sebenarnya merupakan ucapan dasar Dr. Burhanuddin Al-Helmy selaku Yang Di Pertua PAS dalam muktamarnya pada tahun 1956. Dr. Burhanuddin pernah terlibat dengan gerakan Sarekat Islam (Merah) di Indonesia dan beberapa gerakan Islam yang maju; beliau juga pernah menjadi ketua Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dalam tahun 1940an. Beliau telah dipilih sebagai ketua PAS pada tahun 1955, dan terus memegang jawatan itu sehingga meninggal dunia pada tahun 1969, iaitu beberapa bulan saja selepas dibebaskan dari tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN).

Ucapan bersejarahnya, menjelang kemerdekaan pada tahun 1957, telah menyeru supaya diwujudkan kerjasama yang lebih erat dan berlanjutan antara golongan-golongan Islam, nasionalis progresif dan sosialis untuk mengisi kemerdekaan Ucapan penting ini dikutip dari buku Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Islam dan Bangsa Melayu (ABIM, 1980), dan disunting oleh Kamaruddin Jaffar. Sebahagian pemimpin Islam hari ini menolak agenda Sosialis dan meriahkan sebarang hubungan antara Dr Burhanuddin al-Helmy, mantan Presiden PAS sendiri, dengan gerakan Sosialis. Ternyata hal ini bercanggah dengan semangat ucapan beliau sepertimana yang tersiar di dalam buku ini.

Bahagian kedua juga memuatkan tulisan Suroosh Irfani tentang ‘Islam Progresif dan Sosialisme’. Suroosh Irfani merupakan seorang tokoh pemikiran Islam dari Pakistan yang lama bekerja di Iran dan pernah mengarang buku, Revolutionary Islam in Iran (Zed, 1983). Tulisan yang dimuatkan dalam buku ini diterjemahkan daripada petikan makalahnya ‘The Progressive Islamic Movement’ dalam buku Islam, Politics and the State (Ikraq, 1987). Di sini beliau meneliti idea-idea dari pemikir Islam, Iqbal dan Taleqani, yang melihat sisi-sisi persamaan antara idea-idea kekirian dengan aspirasi yang diangkat oleh agama Islam.

Edisi yang terbit kali pertama pada tahun 1988 oleh Ikraq ini telah disunting dan disesuaikan lenggok bahasanya untuk para pembaca Malaysia. Penerbitan semula ini diharap bukan sahaja dapat memperkenalkan buah pemikiran H. O. S. Tjokroaminoto malah turut merancakkan semula perdebatan dan perbincangan yang serius berkenaan tradisi pemikiran Islam dan idea-idea sosialisme dalam konteks Malaysia hari ini.

Weight0.185 kg
Dimensions21 × 13 × 0.8 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.