Buku Riwayat Hidup Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Sumbangannya kepada Pengajian Hadith memperkenalkan riwayat hidup seorang tokoh ulama pada abad ke-17 H, iaitu Syeikh Nuruddin al-Raniri. Ketokohannya yang begitu terserlah dalam dunia keilmuan dan sumbangan besar yang telah diwariskannya dalam pelbagai bidang terutamanya bidang hadis telah banyak membantu generasi kemudian memahami Islam dan menghayatinya sebagai satu cara hidup yang sebenarnya. Karya-karyanya yang begitu banyak dan masyhur cukuplah sebagai gambaran betapa masyhur dan luasnya penguasaan ilmu beliau.
Peranan ulama silam dalam usaha menyebarkan Islam dan membangunkan pemikiran umat amat besar sekali. Segala pengorbanan yang telah mereka curahkan tidak harus dilupakan, apalagi dipandang remeh. Oleh itu, usaha perlu dilakukan bagi mendedahkan ketokohan dan kewibawaan mereka untuk pengetahuan umum. Pendedahan ini perlu, khususnya pada zaman mutakhir ini bagi mengimbangi proses pembangunan yang semakin pesat.
Sekiranya tumpuan hanya diberi terhadap aspek pembangunan fizikal semata-mata, sedangkan aspek pembangunan fizikal semata-mata, sedangkan aspek pembangunan pemikiran dan kerohanian terabai, nescaya ia akan memberi kesan yang negatif terutamanya kepada generasi akan datang. Justeru generasi kini perlu diterapkan dengan nilai-nilai murni, supaya mereka dapat menjadi insan salih yang mempunyai kesedaran yang tinggi untuk membangunkan diri sendiri supaya dapat menyumbangkan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara.
Dalam usaha menerapkan nilai-nilai murni ini, maka ketokohan dan sumbangan ulama silam selaku pewaris para nabi perlu didedah dan disebar luas agar ia menjadi ikutan dan teladan.
“Amat nyata kesalahan mereka itu kerana ditamsilkan mereka itu (wujudiyyah) hak Ta’ala dengan makhluk seperti matahari dengan panas yang hadith (baru) keduanya maka dihubungkannya makhluk dengan hak Ta’ala seperti perhubungan panas dengan matahari dan tiada sesuatu daripada keduanya berhubung, maka misal yang demikian muhal (mustahil). Sekali-kali tiada diperoleh pada hak Ta’ala…”—al-Raniri
Anonymous (store manager) –
Anonymous (store manager) –