Out of stock

Kaedah, Teknik dan Fenomena Terjemahan Bahasa Cina–Bahasa Melayu

Disunting oleh GOH SANG SEONG

DBP (Cetakan Pertama, 2021)
166 halaman termasuk Indeks

RM22.00

Out of stock

Kaedah, Teknik dan Fenomena Terjemahan Bahasa Cina–Bahasa Melayu membahaskan dan merumuskan kaedah, teknik dan fenomena terjemahan bahasa Cina-bahasa Melayu berdasarkan analisis terhadap korpus sebenar dengan bersandarkan kerangka teoretikal pengajian terjemahan. Kaedah dan teknik terjemahan ialah dua isu dasar yang menjadi kerangka utama dalam penterjemahan. Kaedah dan teknik terjemahan ini menjadi panduan kepada penterjemah bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi semasa menterjemah. Manakala, fenomena terjemahan pula ialah isu-isu yang memerlukan perhatian serius penterjemah bagi memastikan mutu terjemahan. Pastinya, buku ini bukan sahaja sesuai sekali menjadi sumber rujukan kajian ilmiah, malahan turut memberikan panduan penterjemahan yang boleh dimanfaatkan dalam kerja-kerja amali penterjemahan.

Senarai Rajah
Senarai Jadual
Senarai Penulis
Prakata
Pengenalan

BAHAGIAN A — KAEDAH DAN TEKNIK TERJEMAHAN

BAB 1 Kaedah dan Teknik Terjemahan Bahasa Cina-Bahasa Melayu
Goh Sang Seong

BAB 2 Teknik Terjemahan Kata Nama Khas Watak dalam Hikayat Jelajah ke Barat
Cheah Poh Ying dan Goh Sang Seong

BAB 3 Teknik Terjemahan Nilai Konfusianisme “Ren” dalam Hikayat Tiga Negara
Oo Jiu Bell dan Goh Sang Seong

BAB 4 Teknik Terjemahan Metafora dan Simile dalam Liang Shan-Bo dan Zhu Ying-Tai
Ren Hanyu

BAHAGIAN B — FENOMENA TERJEMAHAN

BAB 5 Sejarah Terjemahan Karya Sastera Mahua Moden, 1919 — 2019
Boh Phaik Ean dan Goh Sang Seong

BAB 6 “Terjemahan Lebih” dan “Terjemahan Kurang” dalam Terjemahan Kata Nama Khas Taoisme
Cheah Poh Ying dan Goh Sang Seong

BAB 7 Parateks dalam Terjemahan Hongloumeng dalam Bahasa Melayu
Haslina Haroon

BAB 8 Kata Ganda Berimbuhan meN- dan Padanannya dalam Kamus Umum Bahasa Melayu-Cina Serba Baru
Lee Pin Ling dan Goh Sang Seong

Indeks

Weight0.215 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1 cm
Author(s)

, , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.