Khazīnat al-Insān (Perbendaharaan Manusia) merupakan kitāb perubatan Melayu karangan Ḥakīm ‘Abdu’llāh, yang ditulis pada tahun 1951, iaitu sekitar tahun-tahun kemerdekaan. Kitab Khazīnat al-Insān secara asasnya dapat dikaji dalam beberapa aspek. Antara aspek utama yang agak menarik untuk dikaji ialah latar masa, penulis, kandungan, konsep perubatan dan qa’idah rawatan. Apabila disebut kemerdekaan, maka ianya berkait dengan penjajah atau pihak asing yang menduduki Tanah Melayu. Maka secara tidak langsung penjajah itu, khususnya British dan Jepun, memberi kesan kepada dunia perubatan ketika itu. Termasuklah juga pihak lain yang dibawa masuk oleh penjajah, khususnya bangsa Cina dan India.
Adapun kandungan kitab ini, sekali lagi ia menarik perhatian pengkaji kerana kitab yang bertemakan perubatan ini bukan sekadar membicarakan ilmu perubatan, bahkan penulis turut memuatkan beberapa ilmu kemahiran untuk menghasilkan beberapa produk yang menurut beliau boleh digunakan untuk perusahaan dan kegunaan sendiri, contohnya sabun, minyak atar dan kacang masin. Secara ringkasnya, kitab ini terdiri daripada enam bahagian seperti berikut: (i) Konsep manusia dan alam, (ii) Konsep asas perubatan, (iii) Bahan-bahan ubatan, (iv) Penyakit dan rawatannya, (v) Kemahiran produk dan (vi) Taqwim.
Pertamanya penulis membawa para pembaca agar mengenali haqiqat ‘ālam dan manusia, Manusia dikatakan sebagai ‘ālam kecil (‘ālam saghīr) manakala ‘ālam semesta ini sebagai ‘ālam besar (‘ālam kabīr). Ini bererti, manusia dan ‘alam saling menyerupai, hanyasanya manusia itu kecil, ‘ālam semesta itu besar. Jika ‘ālam mempunyai bulan dan bintang, maka manusia mempunyai dua biji mata. Jika ‘ālam mempunyai air hujan, maka manusia mempunyai air mata. Penulis juga menyebutkan tujuh martabat jiwa manusia yang sering disebut dalam bidang tasawwuf. Konsep asas perubatan yang penulis kemukakan adalah mengikut disiplin Perubatan Greek-‘Arab, ya’ni dimulakan dengan konsep empat unsur, sembilan mizāj, empat cecair tubuh, dan 40 anggota badan. Kemudiannya diikuti dengan konsep enam punca penyakit. Dan seterusnya dinyatakan sembilan tanda keadaan tubuh. Di akhirnya disenaraikan bahan-bahan ubatan dan nama penyakit, berserta ubatannya.
Selain Perubatan Greek-‘Arab, penulis juga memasukkan unsur-unsur tasawwuf ke dalam konsep perubatannya. Beberapa unsur Perubatan Moden juga dapat dilihat dalam kitab ini, khususnya pada rajah anggota badan. Berdasarkan asas-asas perubatan yang penulis kemukakan, dapatlah dikatakan bahawa penulis merupakan seorang yang sangat terbuka dalam menerima pelbagai sumber ilmu. Sumber dan aliran perubatan yang pelbagai itu disusun dan digabungkan sehingga kelihatan harmoni.
Penghargaan
Pengenalan Siri Persūratan Jāwī
Kata Pengantar
Pengenalan Naskhah
Naskhah Ruju’kan
KHAZĪNAT AL-INSĀN
– Ḥakīm ‘Abdu’llāh
Pendahuluan
Pada Menyatakan Permulaan Manusia di atas Muka Bumi
Pada Menyatakan Bahagian Manusia
Pada Menyatakan Pancaindera
Pada Menyatakan Perkara yang Halus di dalam Badan Manusia
Pada Menyatakan Kejadian Tubuh Manusia dan Lainnya
Pada Menyatakan Ḥāl Keadaan Tulang-Tulang Manusia dan Segala Sendinya
Pada Menyatakan banyak ‘Asab dan ‘Ūrat
Pada Menyatakan Panjang Tali Perut Manusia
Pada Menyatakan Banyak Rambut di Kepala Manusia
Pada Menyatakan Perkakas Manusia
Pada Menyatakan Keadaan Manusia
Pada Menyatakan Keadaan Penyakit
Pada Menyatakan Ubat-Ubat
Pada Menyatakan Pengajaran Tabīb
Pada Menyatakan Nasīḥat-nasīḥat Musannīf
Pada Menyatakan Perjalanan Nadi
Pada Menyatakan Nama-nama Penyakit yang ada di dalam Kitab ini
Pada Menyatakan Keadaan Gila
Pada Menyatakan Ubat Gila Pusaka
Pada Menyatakan Gila Babi
Pada Menyatakan Gila dirasuk oleh jīn
Pada Menyatakan Ubat Gila Terkena Sihīr
Pada Menyatakan Ubat Gila Isim
Pada Menyatakan Ubat Pitam
Pada Menyatakan Ubat Medu
Pada Menyatakan Ubat Sakit Kepala
Pada Menyatakan Ubat Sakit Telinga
Pada Menyatakan Ubat Sakit Mata
Pada Menyatakan Ubat Resdung
Pada Menyatakan Ubat Sakit Mulut serta Lidah yang Pecah-pecah
Pada Menyatakan Ubat Sakit Gigi
Pada Menyatakan Sakit Gusi ya’nī Barah Gigi
Pada Menyatakan Ubat Sakit Tengkuk
Pada Menyatakan Ubat Sakit Leher
Pada Menyatakan Ubat Sakit Dada
Pada Menyatakan Ubat Sakit Perut
Pada Menyatakan Ubat Sakit Pinggang
Pada Menyatakan Ubat Sakit Ari-ari
Pada Menyatakan Ubat Sakit Pangkal Paha
Pada Menyatakan Ubat Karang
Pada Menyatakan Bengkak Dhakar
Pada Menyatakan Ubat Beser
Pada Menyatakan Ubat Buasir
Pada Menyatakan Ubat Cacing
Pada Menyatakan Ubat Sakit Sendi-sendi
Pada Menyatakan Ubat Sakit Segala ‘Ūrat-‘ūrat
Pada Menyatakan Ubat Patah Tulang
Pada Menyatakan Ubat Sopak
Pada Menyatakan Ubat Kedal
Pada Menyatakan Ubat Kurap
Pada Menyatakan Ubat Panau
Pada Menyatakan Ubat Tepok ya’ni Mati Kaki Tangan
Pada Menyatakan Ubat Kenaling
Pada Menyatakan Ubat Mengah dan Lelah
Pada Menyatakan Ubat Termakan Racun atau Santau
Pada Menyatakan Ubat yang Kena Sihīr
Pada Menyatakan Ubat Orang yang Terkena Hantu Shaytan
Pada Menyatakan Ubat Pelesit ya’nī Bajang
Pada Menyatakan Ubat Faraj Perempuan
Pada Menyatakan Ubat Busung
Pada Menyatakan Ubat Dhakar yang Mati atau Lemah
Pada Menyatakan ‘Ilmū Saḥābat Empat
Pada Menyatakan Aturan Membuat Ma’jūn Bakar
Pada Menyatakan Ubat Orang yang Terkena Api atau Air Panas
Pada Menyatakan Ubat yang Menambahkan Mani
Pada Menyatakan Perihal Menolong Orang-orang yang Kena Kemalangan
Pada Menyatakan Aturan Membuat Sabun
Pada Menyatakan Aturan Membuat Kicap
Pada Menyatakan Membuat Kacang Masin
Pada Menyatakan Membuat Minyak Sāpī
Pada Menyatakan MemBuat Minyak ‘Atar
Taqwim Bilangan Haribulan Orang-orang Islām
Glosari ‘Umūm
Glosari Bahan
Glosari Penyakit
Glosari Bahan Kimia
Glosari Ubat Cina
Glosari Timbangan
لمڤيران کتاب خذينة الإنسان
Daftar Ruju’kan
Indeks
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet