Keintelektualan Melayu dalam Manuskrip dan Kitab Jawi

MOHD ASMADI YAKOB adalah pensyarah kanan di Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM).

DBP (Cetakan Pertama, 2018)
226 halaman

RM22.00

In stock

Keintelektualan Melayu dalam Manuskrip dan Kitab Jawi merupakan kumpulan kertas kerja tentang manuskrip dan kitab Jawi. Secara umumnya, buku ini dipecahkan kepada dua bahagian utama. Bahagian pertama membincangkan tentang pengenalan kepada manuskrip Melayu serta beberapa isu yang berkaitan seperti kaedah memahami teks manuskrip, penjagaan manuskrip, pengaruh bahasa Arab terhadap manuskrip dan kitab Jawi serta penggunaan kitab Jawi dalam pengajaran di surau dan masjid.

Pada bahagian kedua pula, Keintelektualan Melayu dalam Manuskrip dan Kitab Jawi membincangkan pemikiran beberapa intelektual Melayu dalam manuskrip dan kitab Jawi yang ditulis oleh mereka. Antaranya pemikiran Hamzah Fansuri dalam aspek muamalat, Nik Muhammad Salleh Wan Musa dalam aspek falsafah berumah tangga, Syeikh Abd al-Samad al-Falimbani dalam aspek adab pergaulan dan persahabatan. Selain itu, buku ini juga turut memuatkan beberapa pemikiran ulama Melayu lain seperti Syeikh Muhammad Sa’id bin Jamal aI-Din aI-Linggi dan Tuan Tabal.

Keintelektualan Melayu dalam Manuskrip dan Kitab Jawi turut membincangkan dua perkara, iaitu ancaman terhadap manuskrip Melayu seperti suhu, kelembapan, cahaya, habuk, air, api, makhluk perosak dan bencana alam. Bagi melindungi manuskrip Melayu daripada ancaman makhluk perosak, kaedah tertentu perlu dilakukan seperti menggunakan alat penyaman udara, penyemburan racun serangga yang sesuai seperti menggunakan rak besi yang tidak berkarat dan pengwasapan.

Keintelektualan Melayu dalam Manuskrip dan Kitab Jawi turut mengutarakan sumbangan bahasa Arab terhadap tulisan jawi khususnya perkara yang berlaku pada abad ke-19 hingga 20 M. Ianya ditulis berdasarkan analisis beberapa penulisan yang dihasilkan pada abad ke-19 hingga 20 M. Antara kitab tersebut ialah kitab Idah al-Bab li Murid al-Nikah bi al-Sawab, kitab al-Dur al-Thamin, dan kitab Kifayah al-Muhtaj karangan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, kitab Wusyah aL-Afrahwa Isbah al-Falah, Matla’ al-Badraini wa Majma’ al-Bahraini yang ditulis oleh Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fatoni, kitab Aqidah al-Najin oleh Syeikh Zainul Abidin bin Muhammad al-Fatoni dan kitab Faridah al-Fara’id fi Ilmi al-Aqa’id oleh Syeikh Ahmad bin Mohd. Berdasarkan kitab tersebut, penulis membuat analisis yang mendalam tentang pengaruh bahasa Arab terhadap tulisan jawi.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.290 kg
Dimensions 21.5 × 14 × 1.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789834900090

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Keintelektualan Melayu dalam Manuskrip dan Kitab Jawi”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.