Minda Pelaut dan Kenangan Tanah Leluhur: Kemelayuan Malaysia-Indonesia adalah sebuah buku yang diterbitkan daripada beberapa artikel terpilih yang menggambarkan hubungan bersama antara Malaysia dan Indonesia. Hakikat yang perlu kita akui bersama adalah berkait dengan hubungan kedua-dua bangsa ini sama sekali tidak dapat dipisahkan dan saling melengkapi antara satu dengan yang lain.
Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian dengan variasi tema yang tersendiri. Bahagian I bertemakan Minda Pelaut dan Kenangan Tanah Leluhur: Kemelayuan Malaysia-Indonesia, Bahagian Il bertemakan Kebersamaan Bahasa, Media dan Pendidikan, dan Bahagian IlI bertemakan Alam Sekitar dan E-Komuniti.
Setiap bab yang mengikuti tema tersebut adalah saling berkait agar mudah difahami oleh para pembaca. Buku ini adalah manifestasi estetika kehidupan manusia dalam hidup bermasyarakat berkaitan dengan kecerdikan lambang kepintaran, keberagaman etnik, dan budaya yang menjadi asas lahirnya nuansa pasca moden dalam rumpunnya.
Bahagian I
Minda Pelaut dan Kenangan Tanah Leluhur Kemelayuan Malaysia-Indonesia
Minda Pelaut dan Kenangan Tanah Leluhur dalam Kepengarangan Arena Wati: Tafsiran Fenomenologi
Kamaruddin M. Said
Yang Tercatat dan Yang Tersirat: Keindahan dalam Syair Perang Mengkasar
Zubir Idris
Keterlibatan Bugis dalam Kerajaan Melayu di Borneo
Hanapi Dollah
Nusantara dan Alam Melayu: Di Manakah Sempadannya?
Mohamed Anwar Omar Din
Bahagian II
Kebersamaan Bahasa, Media dan Pendidikan
Anjakan Kebahasaan: Hambatan Orang Malaysia Memahami Kompas
Ajid Che Kob
Perbandingan Fonologi Bahasa Melayu dan Bahasa Bugis
Zaharani Ahmad
Dinamika Penelitian Bahasa Austronesia: Ikata Rumpun Melayu
Rahim Aman
Pengiklanan dan Identiti Nasional di Malaysia: Antara Global, Lokal dan Asing
Mohd Helmi Abd. Rahim
Berat Mata Memandang, Berat Lagi Ibu Mengandungkan Anak Tanpa Nikah
Yahaya Mahamood
Nor Firdaous Mohamed
Normah Che Din
Shazli Ezzat Ghazali
Bahagian III
E-Komuniti dan Alam Sekitar
Dari Jurang Digital ke Lembah Bestari: Kelahiran e-Komuniti di Malaysia
Mohammad Zaki Ibrahim
Menangani Fenomena Pulau Haba Bandar (PHB) sebagai lsu Alam Sekitar
Saharuddin Ahmad
Noorazuan Md. Hashim
Migrasi Keluar dari Wilayah Metropolitan: Bukti di Pinggiran Wilayah Metropolitan Lembah Klang
Katiman Rostam
Konflik Pembangunan dan Kesejahteraan Alam Sekitar Cadangan Pembinaan Insinerator
Zaini Sakawi
Reviews
There are no reviews yet.