Out of stock

Naratif Ogonshoto

Mohd Anwar Ridhwan (5 Ogos 1949 – ) merupakan Sasterawan Negara Malaysia ke-10 dan juga merupakan seorang penulis novel Malaysia. Beliau dilahirkan pada 5 Ogos 1949 dalam keluarga petani yang berasal dari Perak yang kemudiannya menetap di Sungai Besar, Selangor. Lulusan Sarjana Muda Sastera (1973) dari Universiti Malaya, beliau kemudiannya memperolehi ijazah Sarjana Sastera (1983) dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D pada tahun 1998) kesemuanya dari Universiti Malaya. Beliau menumpukan kerjayanya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sehinggalah bersara pada tahun 2005 dengan jawatan terakhirnya Pengarah Penerbitan DBP. Novelnya yang pertama ialah Hari-hari Terakhir Seorang Seniman yang memenangi Hadiah Novel Gapena-Yayasan Sabah, 1979. Sebuah lagi novelnya Arus (1985) memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985.Antara cerpen karyanya ialah Perjalanan Terakhir (1971), Dunia adalah Sebuah Apartmen (1973), Sesudah Perang (1976) dan Dari Kiev ke Moskova (1992). Karya beliau yang diilham dan disiapkan di Jepun pada tahun 2001 berjudul Naratif Ogonshoto memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001.

Penerbit Arsalia (Cetakan Kedua 2006)
256 halaman

RM25.00

Out of stock

Naratif Ogonshoto ialah sebuah karya novel yang menghimpunkan 12 buah cerpen tulisan Sasterawan Negara Datuk Dr Anwar Ridhwan yang mengisahkan sebuah negara kepulauan yang menjadi mangsa salah laku ekonomi dan politik. Menurut Dr. Anwar, beliau mendapat ilham untuk mengarang Naratif Ogonshoto dari krisis kewangan dan kemelut politik Dato Seri Anwar Ibrahim yang melanda Malaysia pada tahun 1998, maka terhasilnya “naratif politik” yang bukan sahaja menyentuh perkembangan politik di negara ini, bahkan juga di mana-mana negara yang mengalami kemelut politik dan ekonomi.

Beliau mengarang kebanyakan isi kandungan buku ini ketika menjadi Professor Pelawat di Universiti Bahasa Asing di Tokyo, selebihnya di Kuala Lumpur. Nama Ogonshoto, ihsan seorang kenalan Dr. Anwar di Jepun, dipetik dari bahasa Jepun iaitu ōgon shotō (黄金諸島) yang bermaksud “kepulauan emas.”

Naratif Ogonshoto diterjemah ke bahasa Inggeris oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan tajuk Tales of Ogonshoto pada tahun 2004, dan juga ke bahasa Rusia oleh Victor Pogadaev dengan tajuk Bili i nebili ostrovov Ogonsoto (Были и небыли островов Огонсото) pada tahun 2006.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.263 kg
Dimensions 10.5 × 1.7 × 17.8 cm
Edition

Format

ISBN

9789833768035

Language

Publisher

Year Published

5 reviews for Naratif Ogonshoto

  1. Kawah Buku

    “Naratif Ogonshoto muncul sebagai sebuah teks sastera rakyat moden yang dapat berdiri sebagai teks pascamodern multiwacana—pascakolonial, tekstualisme baru dan realisme magis… Kedudukannya dapat dibariskan dalam jejeran sastera antarabangsa.”—Mohamad Saleeh Rahamad

  2. Kawah Buku

    “Naratif Ogonshoto ialah sebuah teks sastera Melayu yang luar biasa.”—Kamaruddin M. Said

  3. Kawah Buku

    “Selain berunsur metafiksyen yang merupakan sistem teks Yang berlapis lapis untuk memahami kandungan karya dan diegesis teks, novel Naratif Ogonshoto saya anggap sebagai pewacana ilmu politik hegemoni… Peranan Anwar bukan lagi sebagai tukang cerita konvensional, sebaliknya berfungsi sebagai pewacana.”—Awang Azman Awang Pawi

  4. Kawah Buku

    “Anwar Ridhwan dan Gao Xingjian (pemenang Hadiah Novel, 2000) mempunyai persamaan wawasan… dengan karya yang lebih nyata dan lebih menyedarkan.”—Goh Teck

  5. Kawah Buku

    “Novel ini mempunyai ciri sastera yang diperlukan bagi pertimbangan Hadiah Nobel.”—Victor Pogadaev

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.