Pahlawan Tak Bernama

ABDULLAH HUSSAIN (25 Mac 1920 – 31 Disember 2014) ialah seorang penulis novel dan penulis. Beliau menerima Anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1996 yang menjadikan beliau Sasterawan Negara kelapan. Karya pertama beliau terbit pada 1939, sebelum pendudukan Jepun iaitu cerita lucu yang disiarkan dalam majalah Tanah Melayu. Pelbagai genre dihasilkan seperti cerpen, novel, biografi / autobiografi, terjemahan dan esei sastera. Lebih 25 buah novel, tiga buah kumpulan cerpen, sembilan buah terjemahan, sebuah autobiografi dan enam buah biografi telah dihasilkan. Nama pena beliau ialah Zamroed, Roslani Shikin, A.A, Adiwijaya, A.H, Andijaya, Asly, Bintang Kecil, Iskandar Muda dan Suryakanta. Beliau telah dianugerahkan S.E.A Write Award di Bangkok pada tahun 1981.

DBP (Cetakan kedua, 2007)
459 halaman

Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad ke-20

RM30.00

Only 1 left in stock

Product ID: 21446 SKU: 9789836293640 Categories: , Tags: , ,

Pahlawan Tak Bernama merupakan sebuah kumpulan cerpen oleh Sasterawan Negara Abdullah Hussain, memuatkan sebanyak 20 buah cerpen yang memaparkan pelbagai tema dan persoalan, secara tersirat dan tersuratnya, sejalur dengan gelora perjalanan sejarah tanah air. Elemen dalaman cerpen-cerpen ini merupakan rakaman kreatif persekitaran beliau yang sekali gus memancarkan citra, cita-cita dan minda sepanjang seabad perjalanan sejarah tanah air yang dilewati. Kumpulan cerpen ini merupakan perada warisan yang mengilaukan tamadun bangsa dan sekaligus menjadi mercu tanda klasik arena pencerpenan yang terakam dalam bahasa Melayu.

Cerpen adalah salah satu genre yang penting dalam kesusasteraan Melayu moden. Selain novel, cerpen juga memberikan sumbangan yang menjadi sebahagian daripada warisan peradaban bangsa. Cerpen dianggap sebagai karya yang meniru kehidupan atau mimesis; justeru cerpen ialah cebisan kisah yang mengandungi fakta berbaur imaginasi berdasarkan berbagai-bagai ragam pengalaman masing-masing pengarangnya. Tersurat dan tersirat dalam cerpen sebagai hasil ciptaan seni kreatif juga ialah seni yang indah, persoalan yang terpilih, latar yang terpilih, watak-watak yang terpilih dan dipersembahkan dengan gaya bahasa yang terpilih juga.

Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad ke-20 yang mengandungi 37 judul buku hasil karya 37 orang pengarang ini mewakili segugus pengarang penting Persekutuan Tanah Melayu/Malaysia yang telah mencambahkan puluhan ribu cerpen dalam tempoh satu abad yang baru berlalu. Sebanyak 37 buah kumpulan cerpen berdasarkan ketokohan dipilih untuk diterbitkan dalam Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad ke-20 ini. Cerpen-cerpen tersebut telah pun diterbitkan sebelum ini sama ada di akhbar, majalah, jurnal, atau dalam bentuk kumpulan cerpen perseorangan atau kumpulan cerpen bersama sejak dekad 1940-an (zaman A. Rahim Kajai) hingga dekad 1990-an (zaman Zaen Kasturi dan S.M. Zakir).

Setiap dekad cerpen-cerpen tersebut seakan mewakili dekadnya dengan situasi yang terjadi. Yang paling jelas ialah cerpen-cerpen yang menyuarakan perjuangan kemerdekaan, iaitu pada zaman pra-merdeka. Selepas merdeka, persoalan cerpen ditumpukan pula kepada pengisian kemerdekaan. Kemasukan bangsa asing seperti kaum Cina dan India juga memberikan sumbangan kepada perkembangan cerpen dengan persoalan berbentuk perpaduan. Apabila dunia semakin canggih dengan teknologi komputernya, persoalan dalam cerpen pun ikut terserap dengan pelbagai gejala persekitaran pengarangnya yang juga berada dalam lingkungan teknologi maklumat dan komunikasi seperti yang terlihat pada cerpen-cerpen dekad 1990-an.

Selain menjadi bacaan kreatif, cerpen-cerpen yang termuat dalam Pahlawan Tak Bernama boleh sahaja dijadikan bahan rujukan generasi akan datang. Karya ini tentu sahaja mampu membentuk tradisi bangsa dan mempengaruhi nilai hidup yang positif.

Weight 0.598 kg
Dimensions 21.5 × 14 × 2.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789836293640

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Pahlawan Tak Bernama”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.