Pendemokrasian di Indonesia: Kelahiran, Penyebaran dan Kematangan Kesedaran Politik

LEO AGUSTINO adalah mantan pensyarah di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM. Beliau berkepakaran dalam bidang demokrasi dan pendemokrasian.

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2013)
379 halaman, termasuk Indeks dan Bibliografi

RM40.00

Only 1 left in stock

Pendemokrasian di Indonesia adalah peristiwa bersejarah bukan hanya bagi Indonesia, tetapi juga untuk dunia akademik terutamanya sains politik. Pendemokrasian di negara tersebut boleh dijadikan makmal untuk memahami proses pendemokrasian abad ke-21. Mengapa demikian?

Pendemokrasian di Indonesia tidak hanya diinisiasi dan dilakukan oleh rakyat serta elit (dalam negara) yang telah sedar akan pentingnya nilai dan prinsip demokrasi, tetapi terdapat peranan atau ‘campur tangan halus’ daripada pihak luar antaranya NGO antarabangsa. Kedua-dua aspek ini (peranan dari dalam dan luar negara) berinteraksi satu sama lain yang berjaya melahirkan, menyebarkan dan mematangkan sebuah kesedaran politik mengenai pentingnya nilai dan prinsip demokrasi dilaksanakan di Indonesia. Mengapa interaksi kedua-duanya begitu penting?

Pendemokrasian di Indonesia: Kelahiran, Penyebaran dan Kematangan Kesedaran Politik menggariskan sebelum kesedaran politik menyebar dan matang, bentuk dan perjalanan sistem politik di Indonesia yang sangat tidak demokratik. Interaksi positif antara kumpulan prodemokrasi dan sokongan kuat daripada NGO antarabangsa akhirnya berjaya melahirkan dan mematangkan sebuah kesedaran politik untuk transformasi politik yang lebih terbuka, bebas daripada represi, tanpa kokongan, dan turut mendokong harkat martabat manusia sebagai warga negara, apabila Soeharto melepaskan kerusi kepresidenan pada tahun 1998.

Buku ini juga turut membincangkan mengenai impak positif pendemokrasian Indonesia seperti lahirnya sistem multipartai, pilihan raya yang bebas dan adil, pindaan Undang-Undang Dasar 1945, pilihan kepimpinan daerah secara langsung dan profesionalisme tentera telah mengubah sistem politik daripada autokrasi kepada demokrasi.

Telah banyak buku yang ditulis oleh sarjana mengenai proses pendemokrasian sama ada di negara sedang membangun mahupun di Indonesia (seperti yang terkandung dalam buku ini). Kebanyakan daripada mereka menulis dan membincangkan pendemokrasian di sekitar aspek pendemokrasian itu sendiri. Apa maksudnya?

Mereka menulis pendemokrasian mengikut persoalan seperti mengapa pendemokrasian boleh berlaku? Siapa penggerak di sebalik proses tersebut? Apakah faktor yang mendorong terjadinya pendemokrasian? Dan seterusnya. Tetapi tidak ada analisis yang menumpukan perbincangan ke atas fenomena (pendemokrasian) itu.

Di sinilah letaknya perbezaan buku ini dengan buku yang lalu. Ia bukan hanya berbeza dari segi paradigmanya, tetapi juga dari sudut pengamatannya. Untuk hal yang pertama, buku ini berbeza kerana selama ini sarjana yang lalu terlalu asyik dengan mengguna pakai teori Barat yang sedia ada tanpa ada usaha untuk melakukan kritikan ke atasnya. Para penulis dibawa ke dalam perbincangan dan perdebatan Barat, walaupun kajiannya dilakukan di dunia Timur.

Pendemokrasian di Indonesia: Kelahiran, Penyebaran dan Kematangan Kesedaran Politik tidak mahu mengikut kebiasaan ini. Buku yang berada dalam genggaman pembaca bukan hanya mengguna pakai teori yang sedia ada, tetapi sekaligus turut menyempurnakan teori tersebut-agar dapat diaplikasikan untuk kultur Timur-tanpa berpretensi mahu membangun teori baru. Manakala, ia juga berbeza dari sudut pengamatannya, yakni skop kajian yang dijalankan tidak hanya menggunakan (pendekatan) pengamatan pada umumnya. Ini disebabkan untuk memahami proses pendemokrasian, penulis sedar, bahawa ia memerlukan pemeringkatan dengan cara perlahan dan penuh cabaran. Oleh itu, model pengamatan dengan memanfaatkan cara pandang longue duree menjadi pembeza buku ini dengan buku lain.

Weight0.586 kg
Dimensions22.8 × 15 × 2 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.