Out of stock

Sejarah Kedah Dua Millenia

AHMAD ZAHARUDDIN SANI AHMAD SABRI adalah pensyarah dan Profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UUM (Cetakan kedua, 2018)
389 halaman, termasuk Indeks dan Bibliografi

RM50.00

Out of stock

Product ID: 13538 SKU: 9789670876443 Categories: , Tags: , , , , , ,

Sejarah Kedah Dua Millenia mengandungi sembilan bab yang membincangkan tentang sejarah negeri Kedah Darul Aman dari setiap aspek. Ia merangkumi aspek kesultanan, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan lain-lain dari zaman tradisi hingga kini. Penghasilan buku ini juga diharapkan dapat memberi kesedaran kepada setiap golongan masyarakat di Malaysia tentang sejarah negeri Kedah Darul Aman dengan lebih jelas. Pemahaman tersebut sangat penting bagi melahirkan rasa syukur dan terima kasih terhadap semua nikmat yang diperoleh sebagai rakyat Malaysia khususnya rakyat negeri Kedah Darul Aman.

Berdasarkan kepada rekod dan catatan awal daripada Arab, Sanskrit dan China, Kedah Tua pernah mempunyai hubungan dengan kesemua negara berkenaan, iaitu Arab, India dan China. Hubungan awal Kedah dengan dunia luar sebenarnya telah bermula sebelum masehi lagi. aktiviti perdagangan, kebudayaan dan keagamaan. Hal ini menjadikan Kedah dikenali sebagai salah sebuah pusat tamadun awal di Semenanjung Malaysia. Selain daripada itu, bab ini juga membincangkan dari lokasi geografi Negeri Kedah dan daerah-daerah yang terdapat di negeri ini.

Berdasarkan Hikayat Merong Mahawangsa dan At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Kedah telah dibuka kira-kira seratus tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW, iaitu dalam tahun 407M, atau 1000 tahun terdahulu dari pembukaan kerajaan Melayu Melaka. Kewujudan negeri ini dikatakan sezaman dengan wujudnya kerajaan-kerajaan lain di benua Asia seperti kerajaan P’an P’an, Hunan, Cenla dan Campa yang sekarang ini telah hilang namanya dan diganti dengan nama-nama yang baharu. Kedah dianggap sebagai sebuah negeri tertua di Tanah Melayu oleh ramai sejarawan negara.

Pendapat ini berasaskan kepada penemuan arkeologi yang terdapat di beberapa kawasan di Kedah, khususnya di Lembah Bujang, di mana bukti kewujudan penempatan-penempatan secara teratur semenjak kurun keempat lagi. Penemuan-penemuan arkeologi ini menjadi bukti bahawa kawasan Utara Semenanjung telah didiami oleh manusia semenjak zaman ‘Pleistocene‘. Di antara peralatan yang dijumpai termasuklah alatan bercucuk tanam. Golongan Melayu-Proto (Proto-Malay) merupakan penduduk terawal yang mendiami kawasan ini.

Sejarah Kedah Dua Millenia turut membincangkan mengenai sistem pemerintahan dan pentadbiran di Negeri Kedah seawal kewujudan kerajaan Kedah Tua yang wujud sejak tamadun awal Asia Tenggara. Pemerintahan dan pentadbiran Negeri Kedah menunjukkan evolusi awal dengan kemasukan agama yang berbeza. Pengaruh agama yang berbeza menjadi sistem pentadbiran yang dijalankan berbeza dari semasa ke semasa sejak awal abad kedua. Antara agama yang terlibat dalam evolusi pentadbiran Negeri Kedah ialah agama Hindu-Buddha dan agama Islam. Setelah kedatangan Islam, pentadbiran Negeri Kedah berjalan lancar dan diketuai oleh Sultan sebagai pemerintah negeri.

Namun begitu pada awal abad ke-12, Negeri Kedah mula dijajah oleh negeri jiran iaitu Siam. Ketika ini dapat dilihat sedikit perubahan yang minimum dari segi corak pemerintahan yang dijalankan oleh Sultan. Pada awal abad ke-18, Negeri Kedah mula menerima campur tangan British yang mana telah sekali lagi merubah cara pentadbiran negeri. Kekalahan British kepada Jepun dalam Perang Dunia Kedua, sekali lagi membawa perubahan dalam sistem pentadbiran Negeri Kedah. Walaupun penjajahan Jepun di Negeri Kedah untuk satu tempoh yang singkat, namun telah banyak memberi implikasi dalam pentadbiran dan perjalanan urusan sosial di negeri ini.

Setelah pengunduran Jepun pada bulan Ogos 1945, British mengambil alih semula Kedah dan Malaya secara amnya’ Campur tangan British terus berlaku sehingga timbul kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk mendapat kemerdekaan. Selepas mendapat kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos 1957, Negeri Kedah menjadi salah satu negeri di bawah pentadbiran Malaysia.

Buku ini juga mampu mengisi keperluan para pembaca dalam usaha mengetahui sejarah negeri Kedah dengan mendalam. Diharapkan dengan penghasilan buku ini, sejarah negeri Kedah Darul Aman terus tersemat tanpa dilupai oleh generasi akan datang.

Weight 0.623 kg
Dimensions 22.9 × 15.2 × 2.3 cm
Edition

Format

ISBN

9789670876443

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Sejarah Kedah Dua Millenia”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.