Teknologi Kreatif Digital Warisan Budaya

Disunting oleh NOR AZAN MAT ZIN

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2022)
123 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM25.00

Only 1 left in stock

Teknologi Kreatif Digital Warisan Budaya membincangkan teknik, kaedah dan proses pendigitalan mengguna teknologi kreatif untuk memelihara secara digital artifak warisan Melayu seperti tembaga Terengganu, senjata Melayu Melaka dan seni bina rumah Melayu lama serta ilmu peribahasa Melayu. Pemodelan artifak dalam bentuk tiga dimensi (3D) serta pengarkibannya ke dalam pustaka aset permainan adalah satu kaedah memulihara warisan budaya Melayu. Sementara itu, pembangunan permainan adalah untuk menyebarkan pengetahuan tentang warisan budaya Melayu kepada generasi muda khususnya agar mereka merasa bangga dengan warisan sendiri, justeru meningkatkan jati diri.

Teknologi kreatif adalah suatu bidang antara disiplin dan rentas disiplin, yang menggabung pengkomputeran, reka bentuk, seni dan kemanusiaan. Produk kreatif yang dicipta melibatkan pengintegrasian elemen multimedia seperti teks, grafik, video, animasi, dan audio untuk menghasilkan model dua dimensi (2D) atau 3D bagi permainan digital, dan pelbagai kandungan interaktif lain termasuk aplikasi mudah alih. Teknologi Maklumat dan Komunikasi sebagai pembolehdaya diguna untuk membangunkan model 2D atau 3D artifak warisan sejarah yang diintegrasi ke dalam persekitaran interaktif seperti permainan, animasi dan pangkalan pengetahuan untuk tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan digital khazanah warisan budaya dan sejarah Tanah Melayu.

Penggunaan teknologi membolehkan pemodelan dan penyimpanan secara digital artifak warisan budaya serta penyebarannya dalam bentuk yang menarik dan interaktif sesuai dengan minat dan kelaziman persekitaran generasi digital kini. Warisan tidak ketara tembaga Terengganu yang sedang mengalami kepupusan, contohnya dikaji untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran pengamal dan disimpan dalam pangkalan pengetahuan supaya kepakaran warisan ini tidak terhapus dengan kematian para tukang yang kebanyakannya telah lanjut usia. Pengetahuan ini kemudiannya disebar dengan cara dijadikan kandungan permainan serius untuk menggalakkan generasi muda menerokai warisan budaya masyarakat kita.

Buku ini mengandungi lapan bab, perbincangan setiap bab adalah berteraskan warisan budaya Melayu yang meliputi tembaga Terengganu, sejarah Melayu Melaka yang memfokus kepada senjata dan seni bina rumah Melayu zaman dahulu, sejarah pahlawan Melayu dan peribahasa Melayu. Penceritaan dan penyampaian warisan ini adalah melalui permainan dan animasi yang mengguna model 2D dan model 3D artifak warisan sebagai aset utama.

Senarai Jadual & Rajah
Prakata

1. Pendahuluan
Nor Azan Mat Zin

2. Teknologi Kreatif dan Pemeliharaan Warisan Kraf Tembaga Terengganu
Nor Azan Mat Zin & Wan Malini Wan Isa

3. Reka Bentuk Permainan Warisan Kraf Tembaga Terengganu
Wan Malini Wan Isa, Nor Azan Mat Zin & Hafiz Mohd Sarim

4. Permainan Simulasi Perjuangan Pahlawan Melayu Menentang Penjajah
Muhammad Aiefuddin Jamaludin & Nor Azan Mat Zin

5. Pemuliharaan Digital untuk Khazanah Senjata Kepulauan Melayu
NurLaili Mohd Azizi, Hafiz Mohd Sarim & Nor Azan Mat Zin

6. Ekstrapolasi Seni Bina Rumah Melayu Purba secara Pemodelan 3D
Nur Mahirah Mohamad Saleh, Hafiz Mohd Sarim & Nor Azan Mat Zin

7. Teroqa: Permainan Peribahasa Melayu
Marini Abu Bakar, Norleyza Jailani & Zuhairah Zulkhiri

8. Aplikasi Legenda: Cerminan Nilai Murni dan Budaya Melayu
Norleyza Jailani & Nur Hayati Aris

Rujukan
Senarai Penyumbang
Indeks

Weight0.198 kg
Dimensions22.8 × 15.1 × 0.6 cm
Author(s)

, , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Yusmilayati Yunos (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.