Sejarah Terengganu

BUYONG ADIL adalah sejarawan dan guru yang bertugas di Maktab Perguruan Sultan Idris sekitar tahun 1930-an. Beliau menghasilkan Sejarah Alam Melayu Penggal IV dan Penggal V, dan menjadi buku teks di sekolah-sekolah Melayu sebelum merdeka.

DBP (Cetakan Kedua, 2021)
230 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM28.00

In stock

Product ID: 29915 Subject: Sub-subjects: , , , ,

Sejarah Terengganu menceritakan perkara yang berhubung dengan sejarah negeri tersebut yang telah berlaku pada Zaman Sebelum Sejarah, iaitu pada Zaman Batu Akhir (Neolitik), dan permulaan tahun Masihi hingga kurun Masihi yang ke-16, seperti yang diperoleh daripada buku sejarah karangan pengarang-pengarang Cina zaman dahulu. Semua kisah itu berlaku pada masa sebelum Sultan Zainal Abidin I menjadi Sultan Terengganu.

Sejarah Terengganu dahulu dari Kurun Masihi yang ke-16 itu menceritakan kisah sejarah beberapa buah tempat yang dipercayai terletak dalam negeri Terengganu, seperti tempat-tempat yang bernama Kole, Perimula dan Foloan. Tempat yang bernama Kole itu dikatakan oleh ahli-ahli sejarah, terletak di Kuala Sungai Kemaman; Perimula itu di Kuala Sungai Terengganu, dan Foloan itu pula ialah Kuala Berang di tepi Sungai Terengganu, dan kisah sejarah tempat-tempat itu. Setelah itu, teruslah diceritakan sejarah Terengganu dalam zaman pemerintahan sultan-sultan yang telah berkerajaan di negeri itu, iaitu sejak zaman Sultan Zainal Abidin I sampailah ke zaman Sultan Terengganu yang ke-15, iaitu Sultan Ismail Nasiruddin Syah.

Berdasarkan keterangan-keterangan ahli-ahli kaji kesan manusia dan ahli-ahli sejarah, dan oleh sebab gendang gangsa buatan orang Zaman Gangsa Besi telah dijumpai di Terengganu, dipercayailah bahawa negeri Terengganu itu telah didiami oleh Orang Melayu Pesisir atau Melayu Jati (Deutero-Malays) selewat-lewatnya dalam lingkungan masa dari tahun 300 sebelum Masihi hingga awal Kurun Masihi: dan mereka itulah nenek moyang orang Melayu yang mendiami daerah-daerah pantai (pesisir) Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, pulau-pulau di selatan Singapura, Pulau Singapura, Jawa, Madura, Bali, Kalimantan, Sulawesi dan pulau-pulau Filipina.

Kata Aluan
Pendahuluan

1. Terengganu pada Zaman Sebelum Sejarah (Prasejarah)

2. Terengganu dari Awal Kurun Masihi hingga Kurun Masihi XVI

3. Tun Zainal Abidin Sebelum Jadi Sultan Terengganu

4. Terengganu dalam Pemerintahan Sultan Zainal Abidin I, 1725 — 1733

5. Terengganu dalam Pemerintahan Sultan Mansur Syah I, 1733 — 1793

6. Terengganu dalam Pemerintahan Sultan Zainal Abidin II, 1793 — 1808

7. Terengganu dalam Pemerintahan Sultan Ahmad Syah I, 1808 — 1830

8. Terengganu dari Tahun 1830 — 1838

9. Terengganu dalam Pemerintahan Sultan Umar (Baginda Umar), 1839 — 1876

10. Terengganu dalam Pemerintahan Sultan Ahmad Syah II, 1876 — 1881

11. Terengganu dalam Pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, 1881 — 1919

12. Perihal Kemaman pada Zaman Sultan Ahmad Syah I, 1808 — 1830

13. Terengganu dalam Pemerintahan Sultan Muhammad Syah II, 1919 — 1920

14. Terengganu dalam Pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah, 1920 — 1942

15. Terengganu pada Masa Pendudukan Tentera Jepun, 1941 — 1945

16. Terengganu Menuju Zaman Kemajuan 1945 hingga Sekarang 1973

Lampiran
Daftar Nama Sultan-sultan Terengganu
Silsilah Sultan-sultan Terengganu

Bibliografi
Indeks

Weight0.27 kg
Dimensions21.6 × 14 × 1.2 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author