Sejarah Sabah

BUYONG ADIL (b. 1907 – d. 1976) merupakan seorang guru dan penulis buku sejarah. Bersekolah di Sekolah Melayu Teluk Anson dan memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Semasa pemerintahan tentera Jepun, dia mengikuti kursus perguruan di Tokyo Syihan Gakko, Kajang iaitu Sekolah Menengah Tinggi Kajang, kini. Selepas British datang semula, dia menjadi guru besar di Ipoh dan aktif dalam Perikatan Melayu Perak. Kegiatan beliau tidak disenangi oleh British lalu dia dihantar ke Singapura sebagai Ketua Siaran Sekolah-Sekolah Melayu, Radio Malaya pada 1 Mac 1950. Pada 1952 dia bersara dan dilantik sebagai Ahli Perkhidmatan Awam di Singapura (1963 – 1969).

DBP (Edisi semakan, 2019)
97 halaman, termasuk Indeks dan Bibliografi

RM10.00

In stock

Product ID: 12565 SKU: 9789834922733 Categories: , Tags: , , , ,

Sejarah Sabah ialah sebuah lagi buku sejarah yang diterbitkan di bawah Siri Sejarah Nusantara. Sehingga kini Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan buku Sejarah Perak, Sejarah Selangor, Sejarah Melaka, Sejarah Johor, Sejarah Pahang, Sejarah Terengganu dan Sejarah Sarawak, yang ditulis oleh Allahyarham Tuan Haji Buyong Adil.

Sejarah Sabah menceritakan Sabah dalam tiga zaman, iaitu dalam masa pemerintahan British, pemerintahan tentera Jepun dan di bawah pemerintahan Kerajaan Malaysia. Pengarang juga telah memperlihatkan perjuangan Bumiputera Sabah menentang penjajahan dan memperjuangkan kemerdekaan negeri mereka. Di samping pergerakan politik, beberapa aspek perkembangan ekonomi dan sosial turut dibicarakan oleh penulis. Konfrontasi Indonesia-Malaysia dan tuntutan Filipina terhadap Sabah adalah antara kisah menarik di dalam buku ini.

Dalam tahun 1939, iaitu semasa bertugas sebagai guru di MPSI Tanjung Malim, Buyong Adil telah menyiapkan karangan beliau yang kemudian diterbitkan dengan nama Sejarah Alam Melayu Penggal IV dan Sejarah Alam Melayu Penggal V. Buku-buku ini telah menjadi buku teks di sekolah-sekolah Melayu sebelum merdeka. Bermula dari sinilah minat beliau semakin mendalam untuk mengarang.

Setelah meninggalkan dunia perguruan, beliau menumpukan sepenuh masa menulis mengenai sejarah negeri-negeri di Malaysia.

Gaya penulisan yang dibawa oleh Buyong Adil adalah “beriwayat” dan peristiwa-peristiwa disusun mengikut kronologi yang baik dengan menjadikan Tahun Masehi sebagai dasar pentarikhan. Bab-bab disusun sedemikian bagi memudahkan para pembaca memahami peristiwa dan perkembangan yang dituliskan. Konsep penulisan sejarah yang dibawa oleh Buyong Adil dalam pensejarahannya adalah bersahaja, menarik dan kadang kala diselitkan dengan unsur-unsur humor yang tidak membosankan.

Seperti juga gurunya, iaitu Abdul Hadi Hassan, Buyong Adil memang kerap menyelitkan unsur-unsur semangat kebangsaan dalam karya-karya pensejarahannya. Dalam hal ini beliau menggambarkan bahawa sejarah boleh berfungsi sebagai alat memperjuangkan atau membela bangsa. Beliau tegas menyatakan dan membuktikan bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang bukan mudah untuk ditunduk dan diperhambakan oleh orang-orang asing mahupun penjajah Barat.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.131 kg
Dimensions 21.4 × 14 × 0.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789834922733

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Sejarah Sabah”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.