Sejarah Perlis

BUYONG ADIL (1907–1976) adalah sejarawan dan guru yang bertugas di Maktab Perguruan Sultan Idris sekitar tahun 1930-an. Beliau menghasilkan Sejarah Alam Melayu Penggal IV dan Penggal V, dan menjadi buku teks di sekolah-sekolah Melayu sebelum merdeka.

DBP (Edisi semakan, 2020)
47 halaman termasuk Indeks dan Bibliografi

Siri Sejarah Nusantara

RM10.00

In stock

Product ID: 21937 Subject: Sub-subjects: , , ,

Sejarah Perlis menggalurkan tentang peristiwa pembukaan negeri Perlis, Raja-raja dan pembesar yang memerintah serta perhubungan Perlis dengan Negeri-negeri Melayu di Utara, khususnya dengan Kedah dan Pulau Pinang. Penulis juga menunjukkan adanya peranan dan pengaruh Siam dalam kenaikan raja ke atas takhta kerajaan Perlis; dan juga kesan perjanjian Inggeris-Siam ke atas negeri itu.

Pada pertengahan Kurun Masihi yang ke-19, wujudlah negeri Perlis. Raja negeri itu berasal daripada keluarga Jamalullail yang telah datang dari negeri Hadramaut di Semenanjung Tanah Arab ke negeri Kedah kira-kira pada awal Kurun Masihi yang ke-18. Sungguhpun demikian, asal nama negeri Perlis hingga sekarang tidak diketahui dengan jelas dan tepat. Di samping itu ada juga cerita lisan orang tua-tua yang menceritakan asal nama “Perlis” itu. Ada empat buah cerita yang didapati menunjukkan asal usul nama “Perlis” seperti yang disebutkan di bawah ini.

Dalam sejarah Perlis, cerita yang pertama mengisahkan kononnya nama “Perlis” itu berpunca daripada perkataan “Phrau Loi” (Maphrau-Loi), ertinya kelapa hanyut. Bagi orang Melayu perkataan itu dipendekkan dan dipelatkan sehingga berbunyi “perleh” (perlis). Kononnya pada zaman dahulu orang Siam yang tinggal di bahagian pantai barat negeri itu selalu keluar berniaga dengan menggunakan tongkang dan perahu-perahu besar. Pada masa itu “Langkasuka” sedang besar dan masyhur. Ramai saudagar dari India, Burma, China, Bugis dan lain-lain berulang-alik ke negeri itu menjualkan dagangan yang dibawa mereka dan membeli dagangan yang ada di situ.

Saudagar-saudagar Siam yang belayar berulang-alik menyusur pantai barat Tanah Melayu berpedomankan Gunung Jerai yang nampak tersergam dari jauh. Pada masa mereka sampai berhampiran dengan muara Sungai Perlis, selalulah mereka berjumpa dengan kelapa hanyut apabila air surut. Oleh sebab itu tempat itu mereka namakan Sungai Phrau Loi, ertinya sungai Kelapa Hanyut.

Cerita kedua pula ialah cerita yang didengar daripada penduduk yang berasal di tepi laut negeri itu dan cerita dipercayai mereka. Cerita ini menyatakan asal nama Perlis itu daripada perkataan “peroleh”. Peroleh yang dikatakan ini ertinya kurnia yang diperoleh (didapati) daripada Raja.

Kira-kira pada tahun 1793, Sultan Abdullah Mukarram Syah, Sultan Kedah telah mangkat. Pada masa itu putera sulung Almarhum yang bernama Tunku Ahmad Tajuddin (Tunku Pengeran) belum dewasa lagi. Oleh sebab itu adinda Almarhum Tunku Dhiauddin, iaitu Raja Muda Kayang dan Setul ditabalkan menjadi Pemangku Sultan Kedah bergelar Sultan Dhiauddin Mukarram Syah. Pada masa Sultan Dhiauddin menjadi Sultan Kedah baginda telah mengahwinkan puteri baginda yang bernama Tunku (timang-timangannya Tunku Tunjung) dengan seorang peranakan Arab bernama Syed Harun Jamalullail. Syed Harun Jamalullail telah membuat kampung halamannya di Arau (dalam negeri Perlis sekarang), iaitu setelah ia berpindah dari tempat yang bernama Cenak sebuah kampung di negeri Patani dalam perintah Siam.

Sultan Dhiauddin Mukarram Syah mengurniakan daerah Arau kepada puteri baginda Tunku Sahab dan suaminya Syed Harun Jamalullail lalu menjadi pusaka turun-temurun hingga kepada anak cucu mereka. Surat kuasa penyerahan itu telah dikurniakan baginda kepada Syed Harun Jamalullail. Surat kuasa itu bertarikh pada 12 Rabiulawal Tahun Hijrah 1212 (kira-kira dalam bulan Ogos tahun 1797).

Tidak berapa lama kemudian, Sultan Dhiauddin Mukarram Syah telah menyerahkan balik pemerintahan kerajaan Kedah kepada anak saudaranya Tunku Ahmad Tajuddin (Tunku Pengeran) putera Almarhum Sultan Abdullah Mukarram Syah Tunku Dhiauddin balik semula menjadi Raja Muda Kayang-Setul.

Pada masa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II itu negeri Kedah telah diserang oleh orang Siam-Ligor pada tahun 1821 dengan perintah Raja Ligor Nakhon Si Thammarat. Oleh sebab serangan orang Siam-Ligor itu dilakukan dengan mengejut, Kedah pun kalah. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II berundur meninggalkan negeri Kedah pergi ke Pulau Pinang dan kemudian pergi ke Melaka.

Sepeninggalan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II itu, orang Kedah dengan diketuai oleh Tunku Anum Paduka Raja Jambangan serta dibantu oleh Tunku Bisnu (Tunku Seraja Wang) dan Syed Husain Jamalullail bin Syed Harun Jamalullail, telah menyerang balas orang Siam-Ligor yang ada di negeri Kedah. Mereka bertiga itulah yang telah menjalankan tugas penting mengambil balik negeri Kedah dari tangan Raja Ligor itu.

Setelah selesai perang itu Tunku Bisnu telah pergi ke Melaka mempersilakan kakandanya Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II itu balik ke negeri Kedah. Pada mulanya baginda berasa khuatir juga tetapi kemudian setelah berangkat ke Pulau Pinang, baharulah baginda datang semula ke negeri Kedah. Kedatangan baginda balik ke negeri Kedah itu telah disambut oleh rakyat Kedah dengan penuh kemuliaan dan kebesaran. Pada masa itulah baginda melantik Tunku Anum Paduka Raja Jambangan menjadi Raja di negeri Kubang Pasu; Tunku Bisnu Raja di Setul, dan Syed Husain Jamalullail Raja di negeri Perlis.

Daripada cerita yang disebutkan itu dapatlah difahamkan bahawa negeri Perlis itu diperoleh daripada kurnia Sultan Kedah.

Kata Pengantar

Bab 1 Asal Nama Perlis

Bab 2 Peperangan Siam–Ligor dengan Kedah 1821-1841

Bab 3 Syed Husain Jamalullail Menjadi Raja Perlis yang Pertama

Bab 4 Perlis di bawah Naungan Siam 1843-1909

Bab 5 Perlis di bawah Pemerintahan Tentera Jepun

Lampiran I
Lampiran II
Indeks

Weight0.076 kg
Dimensions21.5 × 14 × 0.4 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.