Ulama Patani: Ketokohan dan Keilmuan

Buku ini telah disunting oleh FARID MAT ZAIN, EZAD AZRAAI JAMSARI, HAKIM ZAINAL, ZAMRI ARIFIN & ANWAR FAKHRI OMAR

FARID MAT ZAIN, EZAD AZRAAI JAMSARI & HAKIM ZAINAL  adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

ZAMRI ARIFIN adalah Profesor Madya di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

ANWAR FAKHRI OMAR adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (2016)

374 halaman

ISBN 9789674121945

RM50.00

Only 1 left in stock

Ulama Patani: Ketokohan dan Keilmuan

Ulama merupakan kelompok penting dalam masyarakat. Mereka merupakan golongan yang dihormati dan disanjung tinggi lantaran ilmu yang dimiliki dan usaha bakti yang dicurahkan dalam melahirkan generasi berilmu dan beramal saleh.

Kewujudan mereka telah mempengaruhi kehidupan sesebuah masyarakat itu. Ramai tokoh ulama besar lahir pada setiap zaman dalam sesebuah kelompok masyarakat, namun maklumat tentang diri, pemikiran dan peranan mereka itu tidak ditonjol dengan sewajarnya. Hal ini akan memberi kesan kepada masyarakat dalam melahirkan generasi cemerlang pada masa akan datang.

Pada dasarnya, pembentukan ulama Patani banyak dipengaruhi dan ditentukan melalui pendidikan yang dilalui, para guru yang banyak mengasuh dan kitab-kitab yang dipelajarinya. Buku ini tampil membicarakan secara khusus mengenai ketokohan ulama Patani yang menjadi sebahagian daripada ulama Alam Melayu.

Perbincangan menyentuh pelbagai sudut kehidupan iaitu riwayat hidup, pemikiran, sumbangan dan penglibatan ulama dalam masyarakat. Antara tema-tema yang terpilih termasuklah pembentukan ulama Patani daripada perspektif sejarah; pengajian akidah, hadith dan tasawuf perundangan Islam; pemikiran, dakwah dan politik dan Bahasa dan kesusasteraan.

Penulisan yang dimuatkan dalam buku ini dihasilkan dari sudut pandang peneliti yang banyak membuat kajian terhadap ulama Patani yang terdiri daripada peneliti Patani sendiri juga di luar Patani.

Usaha menghasilkan buku berkaitan ulama Melayu sesuatu yang sangat mencabar lantaran kekurangan bahan mengenainya diperoleh di samping banyak maklumat perlu ditapis lantaran status mereka ini sebagai golongan istimewa yang mewarisi tugas para anbia.

Walaupun rantau Melayu menghasilkan sebilangan ulama yang masyhur dan menghasilkan kitab dalam pelbagai bidang ilmu, tetapi maklumat mengenai mereka masih langka. Hal ini akan lebih serius jika usaha menulis semula mengenai mereka ini tidak dilakukan. Buku ini berkait langsung dengan ulama Patani.

Mudah-mudahan ketokohan dan kehebatan ulama-ulama silam Patani, sama ada untuk diketahui oleh masyarakat dunia Melayu mahupun dunia antarabangsa yang lain akan terserlah. Semoga dengan terlahirnya buku Ulama Patani: Ketokohan dan Keilmuan ini akan menambahkan lagi kefahaman dan kecintaan masyarakat terhadap peranan dan sumbangan ulama.

 

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.550 kg
Dimensions 15.2 × 1.8 × 22.7 cm
Edition

Format

ISBN

9789674121945

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Ulama Patani: Ketokohan dan Keilmuan”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You may also like…

  • Sejarah Kerajaan Melayu Patani

    , RM30.00
  • Ulama Besar dari Patani

    , , RM35.00
  • Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954

    , RM25.00