Ruhan Shahrir

Ruhan Shahrir adalah penyelidik bebas dan pemerhati politik nasional. Beliau banyak menelaah wacana nasionalisme Melayu, terlibat dalam siri bengkel pembinaan identiti Malaysia terangkum.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Mahu ke mana, MUDA?

Parti MUDA kelihatan terus tercari-cari hala perjalanannya. Sekejap dengan Pakatan Harapan, kemudian dipinggirkan daripada pembentukan kerajaan, dan kemudian cuba bergerak solo, hangus semua deposit dan kini, mungkin perlu terus mencari jalan untuk ke hadapan. Mahu ke mana, MUDA?

Mahathir Mohamad

Parti Pejuang: Apakah Yang Menjadi Motivasi Tun Mahathir?

Makalah ini adalah suatu percubaan sederhana untuk memahami tindak-tanduk politik Tun Mahathir dalam perencanaan beliau menubuhkan Parti Pejuang, dengan menggunakan kaedah sosiologi yang menekankan faktor struktur sosial dan psikologi menerusi penelusuran konsep “nama” yang tersulam dalam budaya Melayu.

Keterpendaman Melayu

Keterpendaman Melayu

Suatu cubaan awal yang sederhana untuk menteorikan fenomena kebangkitan unsur-unsur kemelayuan yang dizahirkan oleh sebahagian besar orang-orang Melayu dalam siri Pilihanraya Kecil pasca kejatuhan kerajaan Barisan Nasional pada 2018. Pada masa yang sama makalah ini juga mengajukan usulan yang juga sederhana mengenai kaedah bagaimana untuk mentransformasikan “Keterpendaman Melayu” kepada “Nasionalisme Malaysia Terangkum”.